Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 15 April 2014

MEWUJUDKAN KEIKHLASAN DALAM JUALAN




Berilah yang terbaik dalam melakukan jualan. Jangan mudah merasakan kesukarannya terlebih dahulu andai kata keikhlasan yang kita cari belum lagi kita lakukan. Jangan pandai di mulut sahaja kita bijak berbicara menyatakan keikhlasan tetapi sebaliknya belajar untuk mendapatkan keikhlasan tersebut sesempurna yang termampu. Jangan mengeluh atau menyukarkannya kerana Allah lebih tahu dari diri kita sendiri. Biarlah selari dengan niat kita sama ada untuk melakukan yang terbaik atau main buat-buat sahaja.

Dalam memastikan keikhlasan itu ada dan wujud dalam diri kita, berikan sebaik mungkin segala perlakuan kita dalam melakukan jualan seperti berikut

i.             Beri perkhidmatan bukan untuk mengharapkan pulangan yang tinggi

ii.           Memastikan tiada kesempatan diambil atas kelemahan atau kebodohan orang lain

iii.          Berjasalah kepada mereka memberi kejujuran bukan mengharapkan balasan

iv.          Menghulurkan bantuan dan pertolongan tidak dijadikan sebagai penerimaan gaji pula

v.            Menyampaikan kebenaran produk tanpa perlu berselindung apa juga kekurangan produk yang ditawarkan

vi.          Berbuat baik tapi pastikan jangan mengaku baik. Mereka buka juri tapi pada Allahlah tempat kita menyerahkan segala-galanya

vii.        Sentiasa berhemah dan bersopan agar orang cukup mudah menerima kehadiran diri kita

viii.       Mulut manis sentiasa menguntum senyuman agar kemesraan boleh diperoleh

ix.         Berjuallah sebaik mungkin bukan keuntungan matlamat utama walaupun itu yang dicari

x.            Jangan abai beribadat kepada Allah tapi berhati-hati dengan Allah. Allahlah yang menghitung segala-galanya perbuatan dan amalan kita segala kebaikan dan kejahatan kita. Allah yang membalasnya. Minta bantuan Allah setiap masa perbetulkan diri dan pekerjaan kita.

Memang banyak cabarannya tapi tidak mustahil untuk dilakukan. Kadang-kadang keadaan sekeliling cukup kuat mempengaruhinya. Per kuatkan Iman dan pegangan hidup kita agar kita tahu arah mana yang perlu untuk kita bawa pergi ke destinasi sewajarnya. Perbaikilah diri kita sentiasa ke jalan yang sepatutnya dengan cara sentiasa memohon kepada Allah perbetulkan mana-mana kelemahan kita dan pertahankan mana-mana yang terbaik telah dilakukan. Selagi kita berpegang kukuh dan kuat di jalan Allah selagi itulah hidup kita akan selamat baik di dunia mahupun di akhirat kelak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan