Bidang jualan merupakan satu bidang yang
amat menitikberatkan tentang prestasi tugasan yang dilakukan. Berilah apa
alasan sekalipun namun hasil akhir menjadi penentu sama ada prestasi kita telah
mencapai dengan sasaran yang diberikan ataupun tidak. Semuanya bergantung pada
usaha dan kegigihan kita dalam memastikan prestasi kita seperti mana yang
diidamkan. Segala-galanya mainan fakta dan petunjuk angka pasti tidak boleh
ditipu dan di bohong sama sekali.
Prestasi yang baik bukan sahaja konsisten
dan berterusan tetapi juga setiap hari dan masa sentiasa berkembang baik
meningkat naik. Selaras dengan Sabda Rasulullah SAW ‘Sesungguhnya orang yang
paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang
yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam, manakala orang
terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam’ (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim).
Memastikan apa yang telah dilalui mesti
lebih baik dari semalam perlu dikekalkan dan dilakukan. Bukan untuk memaksa
tetapi menjadikan satu ukuran kepada diri kita sendiri muhasabah adakah
prestasi telah meningkat ataupun tidak. Inilah saranan Rasulullah sendiri yang
mahukan prestasi tugasan kerja kita perlu dipertingkatkan pada kedudukan yang
dimahukan. Bukan setakat melepaskan batuk di tangga sahaja namun menjadikan
tugasan sebagai satu amanah yang perlu dipikul tanggungjawabnya secara
bersungguh-sungguh tanpa sebarang alasan dan ulasan lagi.
Berikan yang terbaik per tingkatkan lagi
prestasi agak kepuasan kita melakukan tugasan terasa kepuasannya. Jangan anggap
mudah dan senang sahaja tapi perlu kepada kesungguhan dan kegigihan untuk
melakukannya. Jangan mudah kelentong dan memberi pelbagai alasan dan ulasan.
Tiada gunanya kerana dalam bidang jualan prestasi kita semuanya diukur dari
kebolehan dan kemampuan atas kita berapa banyak penutupan jualan yang boleh dilakukan
dan dibawa balik.
Firman Allah bermaksud ‘Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi
kehendak agama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami
(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya
(Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha
membaiki amalannya’ (Surah
Al-Ankabut Ayat 69).
Bukan setakat orang Islam yang memerlukan esok lebih baik dari hari ini tetapi
syaitan pun turut sama melakukannya sehingga mana-mana syaitan yang hebat pengaruhnya
membawa kepada kemungkaran sudah pasti syaitan tersebut diberi penghormatan yang
tinggi di kalangan mereka. Ini selaras dengan Sabda Rasulullah SAW ‘Singgahsana iblis berada di lautan. Dari
sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa
bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana dialah
yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka’ (Hadis Riwayat Muslim).
Berazam untuk melakukan yang terbaik. Bukan cakap kosong sahaja tetapi pembuktian
yang lebih elok perlu ada. Sekurang-kurangnya kita kena mencuba sebaik mungkin.
Penat dalam pekerjaan tidak mengapa kerana untuk menjaga rezeki, amanah dan tanggungjawab
yang telah diberikan. Selagi kita tidak melakukannya selagi itulah kita pasti tidak
akan mengetahui hasilnya. Tiada apa yang lebih hebat melainkan kepuasan dalam melakukannya
telah berjaya kita buktikan dari hari ke sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan