Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 27 April 2014

TARIK MINAT DAN PERHATIAN




Tidak dinafikan menarik perhatian seseorang dalam melakukan jualan amat penting. Bagi syarikat yang besar-besar sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit hanya semata-mata menghasilkan iklan-iklan yang hebat yang mampu untuk menarik minat dan perhatian orang. Mungkin kita tidaklah sampai ke tahap atau peringkat itu untuk menghabiskan wang ringgit bagi menarik minat dan perhatian orang . Cukuplah diri kita sendiri dengan tindakan yang betul masih mampu memikat menarik minat dan perhatian mereka di luar sana sebagai pelanggan istimewa kita. Hendak seribu daya tak mahu seribu dalih pula.

Kenapa perlu berbelanja besar dalam menarik minat dan perhatian orang? Cukuplah dengan apa yang kita ada hanya perlu melakukan tindakan yang betul dengan waktu dan masa yang tepat. Umpama sebutir peluru mengenakan seorang dengan tembakan yang tepat. Itulah tindakan yang perlu kita lakukan dalam jualan. Pilih sasaran yang betul sudah pasti sasaran tersebut akan mengena dengan apa yang kita mahukan. Antara tindakan-tindakan yang dimaksudkan ini adalah

i.             Diri kita sesibuk mana sekalipun cukup mudah ditemui oleh siapa pun juga yang memerlukan kita. Jangan berikan sebarang ulasan dan alasan tapi bertemu segera seperti mana yang mereka mahukan. Ambil tindakan proaktif agar nampak kesungguhan kita melakukannya.

ii.           Sanggup mengemas diri segala apa yang berlaku pada segala aktiviti promosi yang ada. Biar mereka ketahui. Pergunakan segala medium perhubungan media sosial yang ada. Kemas kini sentiasa dan jadikan diri mereka sentiasa mahu dan dahagakan sebarang maklumat terkini dari kita. Jangan tangguh dan teragak-agak.

iii.          Berikan yang WOW. Berfikir sejenak nyatakan sesuatu yang boleh memberikan kejutan dan  rasa tergamam mereka pada produk yang ditawarkan. Secara kreatif reka dan cipta ayat-ayat yang hebat terutama dalam media sosial beri mereka sentiasa tertanya-tanya apa kehebatan dan kelebihan produk yang kita tawarkan di samping flyer-flyers yang diedarkan dan diberikan.

iv.          Sentiasa ‘on’ kan telefon bimbit kita. Jangan di ‘off’ kan kerap pula. Tak dapat nak bersembang maklumkan secara bermesej yang kita akan hubungi semula secepat mungkin. Sentiasa berhemah dan bersopan dengan mereka elakkan dari menipu jika kita gagal menyahut panggilan mereka. Alangkah ruginya jika tindakan susulan tidak dilakukan.

v.            Ada kelapangan sahaja berhubung dengan mereka walaupun sekadar memberi salam dan bertanya khabar. Keras mana pun hati manusia kalau kita sentiasa berhubung dengan mereka sudah pasti cair juga mereka kepada kita. Tunjukkan keprihatinan kita kepada mereka jika kita ketahui jika ada apa-apa yang berlaku kepada mereka. Kita berikan yang terbaik sudah tentu mereka akan cukup menghargainya. Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita juga yang akan merasa.

Kenapa perlu malu untuk melakukannya. Buat saja dan berikan yang terbaik. Kalau orang lain boleh melakukannya kenapa tidak kepada kita. Jangan melatah jangan melalut. Nak tarik minat dan perhatian orang kerana lakukan perkara yang sepatutnya bukan main sembang tonjolkan diri begitu sahaja. Sepatutnya nak dapat mereka tak semena-mena jadi meluat pula mereka terhadap diri kita. Berfikirlah dahulu sebelum bertindak agar segala minat dan perhatian mereka menjadi suatu yang realiti kepada kita akhirnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan