Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 30 April 2014

BILA KITA TIDAK BERPUAS HATI




Sering kali bila berinteraksi ketika melakukan jualan tiba-tiba terasa betapa hati kita tidak puas hati dengan orang yang kita tawarkan. Bila dah mula merasa tidak puas hati ini yang boleh mengundang perkara-perkara yang tidak baik pula akan terjadi dan berlaku walaupun secara tidak sedari. Kerana karenah dan tabiat mereka, kita yang berada di hadapan mereka dalam penuh ketenangan dan kesabaran tiba-tiba sahaja merasakan seolah-olah ada sesuatu perkara yang boleh mengakibatkan kita cukup-cukup rasa tidak selesa dan terkedu dibuatnya. Semuanya gara-gara input mereka yang kita terima tidak dimaklumkan dengan lebih lanjut dan lebih mendalam lagi.

Hanya kerana terlalu berahsia hajat kita akan tersekat disebabkan keengganan mereka untuk bekerjasama dengan kita, hati mereka setengah tertutup buat kita. Puas ditanya dan puas juga kita memasang telinga namun hasil hampeh tidak berhasil begitu sahaja. Hajat di hati boleh diperoleh namun kekecewaan sahaja yang mampu untuk didapati. Inilah akibatnya bila sesuatu yang diharapkan namun perkara lain pula yang diterima.

Atasilah rasa ketidakpuasan hati seberapa segera yang termampu agar mode kita ketika menjual tidak terganggu dengan apa yang telah berlaku dan terjadi. Ambil tindakan secara berhemah dan bersopan agar kesabaran dan ketenangan kita dapat dikekalkan dengan sebaik yang termampu. Antara tindakan-tindakan yang perlu dilakukan adalah

i.             Bertanya dengan memberitahu kenapa kita amat memerlukan maklumat yang diperlukan. Ini bagi membolehkan dan memudahkan tugasan kita menyediakan produk yang bersesuaian dengan apa yang mereka carikan. Selagi kita tidak tahu masalah mereka selagi itulah kita akan gagal dalam menjual. Masalah mereka perlu kita ambil tahu bagi mudahkan kita kemukakan solusi nya dengan produk yang bersesuaian. Berkata secara berhemah dan jangan sama sekali berkasar. Kita yang berkehendakkan maka kita lah yang perlu bertanya apa masalah mereka. Yang penting jangan putus asa mengorek apa yang kita perlukan.

ii.           Pilih di bahagian yang terbaik untuk mencelah. Hidupkan suasana agar komunikasi dua hala boleh berlaku. Cari bahagian dan tumpuan daripadanya yang membolehkan mereka untuk berbicara dan bercerita kepada kita. Jangan terus-terusan menjual dahulu tapi terus-terusan kenal pastikan terlebih dahulu permasalahan mereka. Selagi komunikasi dua hala tidak diwujudkan selagi itulah kita akan gagal untuk melakukan jualan.

iii.          Kejujuran dalam memberitahu secara ikhlas dan bersungguh akan niat kita melakukan jualan perlu diserlahkan lagi. Beri kefahaman dan pengetahuan yang mendalam kepada mereka kenapa kita tawarkan produk yang ditawarkan kepada mereka. Ketulusan dan ketelusan amat diperlukan dalam peringkat ini agar keyakinan dan kepercayaan mereka cukup mudah untuk diperoleh.

iv.          Beri peluang luahkan perasaan mereka kepada kita. Pasang sahaja telinga untuk ketahui apa yang mereka perkatakan walaupun kadang-kadang ada bahagian yang cukup membosankan kita. Layan sahaja. Ikut rentak mereka agak pada peringkat akhirnya kita sudah ketahui apa yang mereka cari dan mahukan. Berilah sedikit masa buat mereka untuk meluahkan apa yang terpendam selama ini kepada kita.

v.            Jangan salah bertempur dengan mereka pula. Tersilap gempur hanya nak dapatkan maklumat terus menjadi peperangan besar yang pasti sudah tidak mampu untuk dikawal lagi. Elakkan sama sekali. Per banyakkan bersabar dan bertenang, jangan gopoh dan kecoh kerana mereka tidak ke mana pun. Berjaya kita mengawal keadaan bermakna berjaya kita mengawal mereka. Bila semuanya dalam keadaan terkawal sudah tentu dan pastinya segala proses jualan akhirnya akan berjalan seperti mana yang dirancang dan dimahukan.

Sebagai manusia memang tidak dinafikan pasti ada kelemahannya. Atasilah dengan sebaik mungkin kerana telah pun kita ketahui yang kita masing-masing ada kelemahan yang boleh membantutkan usaha kita melakukan jualan. Ambil jalan selamat sentiasa berhemah dan bersopan. Timbul geram, ketidakpuasan hati, marah atau kecewa belajar untuk mengawalnya dan bukan sikap yang negatif mengawal diri dan perasaan kita. Asalkan niat kita ikhlas dan jujur dalam melakukan jualan pasti akan ada hasilnya yang mungkin kita pula tak sangka-sangka boleh perolehnya pula.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan