Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 28 April 2014

KEIKHLASAN PENDORONG KEJAYAAN




Apa juga pekerjaan yang dilakukan asalkan mengikut syariah adalah dikira sebagai satu ibadat. Dikira sebagai satu ibadah hanyalah disebabkan oleh niat yang ikhlas dan suci. Bila niat yang betul sudah pasti tindakan juga akan ke arah yang betul. Semua tindakan akan berpandu kepada niat yang disertakan dari awal lagi. 

Kerana itu kerja yang dilakukan tanpa keikhlasan hanyalah sia-sia, membuang masa dan yang pastinya sudah tentu tidak akan mendapat apa-apa juga ganjaran pahala seperti mana yang diharapkan. Ini membuktikan orang yang ikhlas adalah orang yang bijaksana. Untung dunia untung akhirat. Mereka bijak menggunakan dan menguruskan masa dan waktu kerja secara produktif yang sepatutnya dilakukan. Bahkan mereka juga tidak akan mengambil kesempatan membazirkan masa kerja begitu sahaja.

Dari Umamah Al-Bahili katanya sabda Rasulullah SAW ‘Sesungguhnya Allah tidak menerima suatu amalan melainkan dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah sahaja’ (Hadis Riwayat Imam An-Nasai). Amat mementingkan keikhlasan dalam melakukan tugasan yang dilakukan. Jangan abaikan keikhlasan kerana ia merupakan faktor utama dalam melakukan tugasan dalam jualan. Antara sebabnya kenapa keikhlasan ini amat diperlukan oleh kita adalah kerana

i.             Jujur dalam tugasan jujur juga kepada bakal pembeli dan pelanggan

ii.           tidak berkira dalam melakukan tugasan walau terpaksa melayan betapa cerewetnya bakal pembeli atau pelanggan.

iii.          Semakin tinggi tahap bersabar, tabah dan berhemah dalam melayan karenah orang

iv.          tidak akan terburu-buru melakukan tindakan dan keputusan walaupun desakan dan tekanan diterima

v.            tidak mudah berputus asa dan kecewa walaupun apa pun yang berlaku

vi.          semakin mengelak untuk berbohong, menipu dan merasakan perbuatan yang tidak baik akan mendatangkan sia-sia sahaja

vii.        menimbulkan keyakinan dalam melakukan tugasan jualan dan berinteraksi dengan orang ramai

Firman Allah bermaksud ‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui (salahnya)’ (Surah Al-Anfaal ayat 27). Melakukan jualan adalah satu amanah yang perlu dilakukan dengan sepenuh hati, kecenderungan untuk melakukannya dan minat yang mendalam untuk meneroka lebih jauh lagi. Selagi kita tidak jujur dan ikhlas dalam melakukan jualan selagi itulah kita tidak akan amanah dengan apa yang kita lakukan selama ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan