Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 16 April 2014

BUKAN KENA DUIT PUN BILA MELAKUKANNYA




Ramai yang menyangka nak kan apa sahaja memerlukan wang ringgit. Nak kan barang yang dihajati, menjaga kesihatan atau kecantikan, nak belajar atau nak melancung semuanya memerlukan wang. Ada juga yang sanggup melakukan pelaburan demi mendapatkan motivasi diri, pembangunan diri atau juga keselamatan diri. Semuanya memikirkan tentang wang ringgit untuk digunakan demi mencapai kehendak, kemahuan dan memenuhi kepentingan diri sendiri. 

Mungkin inilah yang kerap kita fikirkan. Nak apa juga semuanya duit, duit dan duit. Walau bagaimanapun terdapat perbuatan-perbuatan yang kita lakukan langsung tidak memerlukan wang ringgit demi memastikan motivasi dan kesempurnaan hidup kita berjalan seperti biasa dan elok. Semuanya mungkin telah kita abaikan sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Terlalu memikirkan wang ringgit langsung perkara-perkara percuma ini tiada langsung kita mengambil berat dan fikirkan sama sekali. Seolah-olah hidup di dunia ini wang semata-mata tempat pergantungannya.

Apa yang dimaksudkan percuma tanpa tiada langsung memerlukan wang ringgit untuk di keluarkan demi membentuk keperibadian, di murahkan rezeki, di hormati orang dan mendapat ganjaran pahala dan rahmat Allah adalah

i.             Sentiasa berdoa ke hadrat Allah dalam apa keadaan sekalipun. Mintalah apa pun sudah pasti Allah mendengarnya. Cepat atau lambat semuanya kerja Allah. Kita minta sahaja dan tidak ada satu pun ada sekatan dan halangan dari orang lain. Pergunakanlah sebaik mungkin

ii.           Perbetulkan niat melakukan amal kebajikan agar sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada siapa pun juga yang memerlukan menerusi produk yang ditawarkan.

iii.          Tepati janji-janji yang diberikan memastikan tiada keingkaran pula boleh berlaku dan terjadi dengan sewenang-wenangnya

iv.          Bertanggungjawab sepenuhnya akan apa yang telah diamanahkan

v.            Sentiasa memohon maaf terutama apabila menyedari telah melakukan kesilapan atau kesalahan walaupun tidak disengajakan.

vi.          Bersedia untuk mendengar dari mengkritik atau memberi komen akan apa juga yang diperkatakan orang kepada kita.

vii.        Menghadapi dengan tenang dan tabah dalam menangani setiap isu dan cabaran yang timbul.

viii.       Bersangka baik dan jangan fikirkan yang bukan-bukan

ix.         Sentiasa melontarkan senyuman pada siapa pun juga

x.           Sentiasa menampilkan keperibadian yang disukai oleh orang

xi.         Mengeluarkan kata-kata yang baik, merendah diri dan berhemah.

xii.        Melakukan tugasan dengan konsisten dengan semangat juang yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

Mendahulukan apa yang Allah mahukan dari menurut apa yang hawa nafsu mahukan. Bukan kena keluar modal pun jika dapat kita lakukan yang terbaik kepada orang lain. Semuanya bermula dari diri kita sendiri asalkan kita sentiasa berilmu dan tahu apa yang perlu untuk kita lakukan. Kawal apa juga yang negatif dalam diri kita terus cenderung untuk fokus apa yang perlu. Kejar sebanyak yang mungkin redha dan rahmat Allah agar hidup kita jiwa kita memberikan ketenangan dan keseronokan dalam menghadapi kehidupan sehari-hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan