Apabila berada dalam sesebuah tim jualan yang disertai kebanyakan
kakitangan jualan pasti merasa senang hati dan gembira apabila mendapat seorang
pemimpin atau ketua yang boleh menerajui tim jualan dengan begitu baik dan
disenangi oleh semua orang. Sentiasa bersemangat dan mahu bersaing melakukan tugasan
walaupun dengan rakan sekerja yang lain. Setiap hari dahagakan untuk melakukan
jualan walaupun mungkin terdapat pelbagai halangan, rintangan dan cabaran yang
perlu dilakukan dan dihadapi. Kegembiraan dan keseronokan jelas terbukti apabila
kekuatan tim jualan dan keutuhannya cukup kuat dan tidak mudah untuk dirobek
dan dihancurkan dengan begitu mudah sekali.
Kadang-kadang bukan hanya tugasan dan kerja yang dilakukan boleh menaikkan
semangat tim jualan tersebut boleh dibentuk hebatnya mereka dalam melakukan
jualan. Cukuplah sekadar kata-kata perangsang dan pencetus semangat dilontarkan
kepada mereka. Inilah kekuatan dalaman yang sering mereka cari-carikan selama
ini yang perlu untuk kita lakukan andai kata kita sebagai seorang pemimpin,
ketua atau pengurus dalam sesebuah tim jualan yang kita diamanahkan oleh
mana-mana organisasi.
Antara kata-kata yang perlu diperkatakan kepada ahli-ahli tim jualan di bawah
kendalian kita yang perlu untuk kita perkatakan sebagai satu sumber motivasi
atau pendorong adalah
i.
Bersyukur ke hadrat Allah yang kita masih
mampu lagi melakukan tugasan untuk hari ini.
ii.
Inilah situasi atau keadaan sebenarnya terjadi
pada hari ini
iii.
Ini pelan tindakan kita. Sama-sama kita fahami
dan hayati
iv.
Apa yang anda mahukan dan perlukan dalam
memastikan tindakan adalah betul dan tepat
v.
Maklumkan kepada saya lagi dan lagi
vi.
Ingat apa visi dan nilai yang perlu ada kita
patut lakukan
vii.
Saya yakin dan percayakan anda
viii. Anda boleh
yakin terhadap saya
ix.
Anda boleh melakukan yang terbaik
x.
Kenapa perlu memendam dan berahsia
xi.
Mari raikan kejayaan bersama
Nampak mudah dan senang. Lakukan bagi pihak tim jualan kita agar rangsangan
dan keupayaan mereka untuk menjual boleh dipertingkatkan lagi. Perkara mudah
dan senang jangan kita melupakannya. Inilah asas yang perlu kita lakukan dalam
memberikan tindakan yang terbaik buat kita memastikan kepimpinan dan pengurusan
kita mampu untuk berjalan lancar. Yakin diri sudah pasti tim jualan akan turut
yakin dengan apa yang kita perkatakan selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan