Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 24 April 2014

MOHON KEMAAFAN SAHAJA




Jangan dinafikan sebagai seorang manusia tidak pernah melakukan sebarang kesilapan dan kesalahan. Kenapa perlu berbangga diri merasa bongkak, takbur dan tinggi diri mendabik dada mengatakan kita yang terbaik melakukan jualan. Tidak kah ini akan membuatkan kita hilang pertimbangan merasa apa yang kita lakukan adalah betul dan benar pada tanggapan dan andaian kita sahaja.

Inilah yang perlu dielakkan sama sekali. Andai kata kita sedari dan ketahui akan apa juga sebarang kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan eloklah memohon kemaafan terlebih dahulu. Selesai masalah. Kenapa perlu dipertahankan lagi jika ternyata kesilapan dan kesalahan memang kita telah lakukan. Kenapa perlu pertahankan benang yang basah yang pasti tidak mampu untuk berdiri teguh.

Berfikirlah semula. Buang segala ego dan lagak diri yang ada. Kita melakukan jualan biarlah merendah diri dan berhemah sentiasa. Pilih jalan yang selamat yang tidak akan mengganggu gugat karier kita dalam melakukan jualan. Sekali kita memohon kemaafan dan keampunan kepada pelanggan kita sudah pasti maruah kita tidak akan tercalar apatah lagi akan jatuh terperosok. Terlalu banyak hikmah nya kalau kemaafan yang kita lakukan antara kita sedar ataupun tidak akan berpihak semula kepada kita.

Kerana itu kita amat di saran dan dituntut sentiasa merendah diri dan berhemah dalam melakukan apa juga bidang tugasan yang dilakukan. Biar mereka nampak betapa telus dan tulusnya kita melakukannya. Bagaimana kita membawanya sudah pasti orang lain akan terpesona dan mampu memikat pemikiran mereka terhadap kita. Apabila ada kesilapan dan kesalahan walaupun sebesar zarah sekalipun ketika kita melakukan jualan apabila disedari ambillah jalan selamat agar kita sentiasa memohon kemaafan dan keampunan dari mereka. Bukankah ini satu perbuatan mulia di sisi Allah SWT? Lakukanlah dengan sebaik mungkin agar tiada rasa penyesalan di kemudian hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan