Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 23 April 2014

SEGMENTASI PASARAN




Ianya adalah satu proses mengenal pasti secara memecahkan beberapa bahagian yang sama besarnya mengikut pasaran sedia ada. Proses kenal pasti ini dengan mengikut segmen atau pecahan yang mempunyai satu pelbagai keperluan, kemahuan atau sebarang ciri-ciri permintaan. Objektifnya adalah untuk mereka bentuk satu campuran pemasaran yang tepat dan disasarkan mengikut sepadan dengan jangkaan daripada permintaan pelanggan dalam sasaran segmen tersebut.

Bagi syarikat-syarikat yang berupaya pasti mencuba untuk membekalkan keperluan pelanggan mengikut sasaran segmen yang telah dikenal pasti. Kesemuanya mengikut jumlah pecahan jangkaan permintaan dalam segmen tersebut untuk dikendalikan. Terdapat empat faktor asas yang boleh dan mampu memberi kesan atas segmentasi pasaran berdasarkan kepada

i.             Segmen yang dikenal pasti itu adalah jelas dan tepat

ii.           Saiz besar atau kecilnya berdasarkan pada pengukuran pecahan tersebut

iii.          Kemudahan dalam melakukan usaha-usaha promosi dan pengenalan produk

iv.          Segala kesesuaian polisi dan sumber dari pengeluar produk untuk ditawarkan

Inilah asas dalam melakukan proses segmentasi pasaran yang perlu untuk kita ketahui terlebih dahulu sebelum boleh kita melakukan kajian dan sasarkan pelanggan yang layak untuk menerima tawaran kita terlebih dahulu. Terdapat empat cara atau kaedah asas dalam menentukan segmentasi ini iaitu

i.             Tingkah laku yang mungkin merangkumi budaya, sikap, emosi, nilai, etika, peradaban, aktiviti perhubungan dan sebagainya

ii.           Demografi yang berkaitan dengan taburan dan perkembangan salasilah kelahiran, kematian, perkahwinan, migrasi termasuk saiz kepadatan kependudukan, kadar perubahan, komposisi umur dan sebagainya

iii.          Psikologi yang lebih menjurus kepada jiwa, mental dan kerohanian

iv.          Keadaan setempat tentang sara hidup, pekerjaan, taraf kehidupan dan sebagainya

Inilah strategi yang boleh dipergunakan bagi memastikan sasaran pelanggan lebih mudah untuk diketahui dan diperoleh. Tanpa ada segmentasi dan bukan main buat sahaja akan lebih memudahkan tindakan kita melakukan jualan. Ada segmen-segmen yang dinyatakan ini bertujuan bagi memudahkan mengenal pasti apa yang kita sasarkan sudah pasti membuatkan kita lebih mudah untuk melakukannya. Berikan tumpuan dan fokus yang utama agar kita tidak sama sekali gagal dalam memilih sasaran pelanggan sepatutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan