Siapalah tak suka pada kejayaan. Semua orang pasti mahukan dan berkehendak
agar apa yang diidamkan menjadi satu realiti. Berlumbalah masing-masing bagi
membuktikan apa yang diidamkan bukanlah satu dongengan kosong begitu sahaja.
Tengoklah kepada kesungguhan dan kegigihan seseorang dalam melakukannya. Kalau
betul apa yang dilakukan pasti kejayaan akan menjelma mengikut apa yang telah
diusahakan dengan gigih selama ini.
Memang seronok tapi dikhuatiri boleh pula melalaikan seseorang pula.
Kejayaan juga merupakan satu ujian dari Allah yang perlu kita hadapi dan
tempuhi. Kena selalu beringat, bukan
setakat dalam masa kesukaran sahaja yang Allah akan uji tetapi juga masa senang
pun sama sahaja ujiannya. Cuma bentuk ujian adalah berbeza dan tidak sama
semuanya. Dalam kita menjaga agar karier kita berada dalam satu situasi yang
baik dan menyeronokkan jangan pula kita lupa dan alpa. Kena beringat sentiasa kerana
kalau tidak dijaga dan dipelihara sudah tentu ia nya akan menjadi pembunuh secara
senyap pula buat karier kita sendiri.
Oleh itu dipelihara sebaik-baiknya agar
sama sekali tidak menjejaskan karier jualan kita di masa sekarang dan
seterusnya di masa hadapan pula. Elakkan perkara-perkara ini dari berlaku
kerana sudah semestinya dalam senyap sahaja pasti akan membunuh karier kita
sendiri tanpa kita sedari iaitu
i.
Mudah lupa diri
Jangan
mudah berlagak sombong dan merasa diri dah terlalu hebat dengan apa yang telah
kita kecapi selama ini. Kejayaan yang dinikmati bukannya boleh memberikan kita
satu lesen untuk menjadi bongkak dan takbur. Dikhuatiri nanti kalau beginilah
sikap kita nanti boleh mengakibatkan lupa diri dan mula tidak kenal pada diri
sendiri. Terlalu meninggi diri nanti akan membuatkan kita lupa dan alpa dalam
melakukan jualan. Percayalah kalau perkara ini kita kekalkan sudah pasti bakal
pembeli, pelanggan dan rakan setugas kita akan lari meninggalkan kita pula.
ii.
Bercakap besar
Satu lagi
penyakit yang jangan dibuat semasa proses jualan dilakukan. Pasti orang yang
berada di hadapan kita akan meluat dan membenci kelakuan kita. Bila orang
membenci macam mana nak menjual? Bolehkah dengan bercakap besar beserta ego
yang ada dapat menarik minat seseorang untuk menerima tawaran yang dikemukakan.
Fikirkan periuk nasi kita agar jangan sama sekali boleh terjejas hanya disebabkan
kita suka bercakap besar
iii.
Rasa lebih hebat
Kalau kita
rasa lebih hebat sudah pasti akan ada orang yang lebih hebat dari kita. Kalau
kita rasa hebat bermakna kita akan mudah memandang rendah keupayaan orang lain.
Adakah ini yang kita cari-carikan selama ini apabila melakukan jualan?
Bagaimana kita hendak membantu dan menolong seseorang kalau kita sibuk
merasakan kita terlalu sibuk dengan kehebatan diri sendiri. Kena buang ego yang
ada ini agar tidak melarat yang pasti boleh menjejaskan jualan kita.
iv.
Mula mementingkan diri sendiri
Pasti
sukar melakukan jualan apabila sikap tamak sudah mula menular dalam diri kita
sendiri. Sikap tamak pasti tidak memikirkan kepentingan diri orang lain tetapi
sibuk memikirkan apa yang boleh dibuat untuk memuaskan nafsu diri sendiri
terlebih dahulu. Jangan hairan jika orang yang tamak dia akan suka
memanipulasikan keadaan yang boleh mendatangkan keuntungan pada dirinya sahaja.
Kerana tamak tidak kira apa juga keadaan sekalipun pasti keuntungan yang ada
pada orang lain seboleh-bolehnya akan kita tarik juga kepada diri kita sendiri
dalam apa keadaan sekalipun. Suka sangat menipu dan ambil kesempatan atas
kelemahan orang lain. Adakah ini juga yang perlu kita lakukan dalam jualan?
v.
Lebih terima dari memberi
Buat apa
fikirkan apa yang boleh orang lain dapat. Fikirkan apa yang boleh kita terima
semaksimum yang termampu. Komisen dan pendapatan tambahan menjadi buruan utama
kita tanpa perlu memikirkan usaha orang lain melakukannya. Semuanya nak dikebas
asalkan penerimaan tersebut berpihak di sebelah kita sahaja. Nak bersedekah
menghulurkan derma memang jauh sekali. Nanti dikira rugi yang amat sangat pula
merasakan apa yang diterima selama ini adalah dari pencarian titik peluh diri
kita sendiri. Ini belum lagi dikira untuk membayar zakat. Pasti rugi tidak
terkata dibuatnya.
Memang kalau tiak dijaga pasti akan membunuh dan meranapkan karier jualan
kita secara senyap tanpa kita sedari. Dah mula mengacapi kesenangan dalam
melakukan jualan kita mudah menjadi lupa dan alpa. Bertindak seolah-olah segala
usaha kita datangnya dari kerajinan diri kita sendiri tanpa bantuan sesiapapun
walaupun Allah. Elakkan perkara sebegini boleh berlaku pada kita. Sentiasa
sedar hidup ini umpama sebuah bulatan ada masanya kita berada di puncak dan ada
kalanya tiba-tiba sahaja kita berada di bawah pula. Fikirlah sebaik mungkin
sebelum melakukan sebarang tindakan yang sepatutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan