Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 17 April 2014

JANGAN LAKUKANNYA



Lain orang lain perangainya bak kata orang-orang tua laksana lain galang, lain perahu yang disorong. Bukan semua yang ditemui mempunyai perangai dan akhlak yang sama. Pasti terdapat perbezaannya yang perlu untuk kita peka dan ketahui. Skil begini perlu ada dalam kita menjual. Pendekatan yang diberi perlu berbeza antara seorang dengan seorang yang lain mengikut perangai orang yang kita temui. Jangan nak sama rentaknya sama sekali dengan siapa pun yang kita jumpa dan temui.

Bila menjual kena pastikan bahawa perkara-perkara berikut jangan sama sekali kita lakukan. Sekali kita lakukan sampai bila-bila bakal pembeli atau pelanggan yang kita temui tidak akan mudah percaya lagi kepada kita. Elakkan sama sekali jika ia nya menjadi satu amalan dalam diri kita. Kita paparkan akhlak buruk kita walaupun kita rasakan betul tapi pada penglihatan mereka tidak seperti yang kita sangka kan. Berhati-hati dengan apa yang kita lakukan. Buatlah yang terbaik mengikut kesesuaiannya umpama jangan membuat baik, memberi itik bertaji, membuat jahat sampai ayam dikerat susuhnya.

Antara tindakan-tindakan yang dimaksudkan ini adalah

i.             Jangan mengata orang di hadapan mereka. Mungkin terkena sahabat handainya atau saudara maranya bukannya kita ketahui. Sebaik-baiknya ketika menjual jangan sama sekali mengata orang yang bukan-bukan. Nak tarik minat dan cenderung mereka pada produk yang hendak ditawarkan jangan sama sekali kita lakukan begini

ii.           Elakkan dari menipu dan berbohong. Sifat yang tidak baik untuk diamalkan. Sekali orang tahu kita menjual dengan penuh penipuan sampai kiamat orang tak akan percaya lagi kepada kita. Dahlah dapat dosa mereka lari tak akan percaya lagi kepada kita. Berfikirlah dulu sebelum bertindak agar penyesalan tidak berlaku di kemudian hari.

iii.          Nak nampak elok dan nampak hebat tolong jangan jadi sampai menyampaikan tambah perisa seolah-olah produk yang ditawarkan paling elok dan hebat di pasaran. Pembeli atau pelanggan bukannya begitu mudah untuk diperbodohkan. Maklumkan yang biasa dan berikan kebenaran secara berfakta. Itu lebih baik dari kita menambah perisa yang bukan-bukan jadinya.

iv.          Tatkala menjual elakkan melihat dan merenung mereka dengan penuh perasaan seperti orang yang jatuh cinta kepada seseorang. Semakin kita merenung pada seseorang semakin mereka naik segan naik bulu romanya keseganan. Elakkan sama sekali apabila kita berinteraksi dengan mereka.

v.            Nak tunjuk betapa betul dan tidak menipunya kita jangan sama sekali suka bersumpah. Satu perbuatan yang perlu dielakkan walaupun apa yang kita maklumkan dan khabarkan kepada mereka ada kebenarannya. Nak mendapatkan kepercayaan mereka langsung sukar pula selepas itu.

Berhati-hati dengan apa yang kita lakukan. Berhati-hati dengan apa yang kita cakap dan tuturkan. Berkata siang pandang-pandang berkata malam dengar-dengar. Semuanya perlu dilakukan dengan penuh waspada dan berhati-hati. Sekali kita gagal hebahan mulut mereka akan tidak baiknya kita menjual akan sampai ke merata tempat mengenai diri kita. Lakukan yang terbaik agar kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk untuk kita tawarkan dan berikan kepada mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan