Apabila merancang sudah pasti semua orang akan mengatakan pernah melakukan
perancangan dan merancang perkara-perkara yang diingini. Tidak perlu penafian
tapi inilah kejujuran apabila ditanya tentang perancangan semuanya secara
automatik pasti mengaku telah melaksanakannya. Begitulah pentingnya dalam
melakukan, melakar dan merancang sesuatu perancangan yang perlu bagi disusuli
dengan tindakan apa yang sepatutnya dilakukan.
Pelan yang dikehendaki sememangnya memerlukan masa. Penggunaan masa yang
terlalu lama pasti akan mengakibatkan segala tindakan untuk melakukan jualan
akan terbantut begitu sahaja. Fokus utama adalah melakukan jualan tetapi
terhalang hanya disebabkan masih melakukan perancangan. Tak habis-habis merancang
tapi tindakan belum boleh dilakukan lagi. Inilah yang perlu dielakkan sama
sekali agar aktiviti jualan dapat dilakukan dengan seberapa segera dan sebaik
yang mungkin.
Setiap perancangan yang dilakukan kena pastikan ada perancangan untuk
tujuan menghadapi kecemasan atau Pelan B atau C. Tujuannya adalah kerana kita
mungkin tidak mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan sama ada pelan
asalnya boleh dilakukan ataupun tidak. Semuanya bergantung kepada keadaan dan
situasi yang akan dialami. Sering kali kita mendengar ‘People don’t plan to
fail but they fail to plan’ di mana manusia semuanya tidak melakukan
perancangan untuk gagal tapi sebenarnya mereka gagal untuk merancang.
Pepatah cina ada mengatakan bahawa kalau nak menanam selama setahun
tanamlah jagung. Untuk mendapatkan satu dekad tanamlah pokok dan kalau hendak
merancang bagi sebuah kehidupan latih dan ajarlah manusia. Lakukanlah sebaik
yang mungkin agar apa juga perancangan yang dilakukan perlu ada ‘back up pelan’
untuk melakukan sesuatu. Berikan yang terbaik agar apa juga tindakan yang
dilakukan pasti memberikan hasil yang terbaik juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan