Sering kali mereka yang melakukan jualan
merasakan bahawa mereka telah dipenuhi dengan pelbagai simpanan nama bakal
pembeli atau pelanggan. Tapi malangnya sehingga kini jualan mereka masih tidak keharuan
untuk mendapatkan pelanggan. Harap data pelanggan sahaja yang banyak namun
hasilnya tidak ke mana. Ini sesuatu yang boleh merugikan kita dalam melakukan
jualan. Buang masa buang tenaga dan buang fokus sahaja kita melakukan penyaringan
dan pemilihan kepada mereka.
Bila data pelanggan yang banyak tidak
semestinya ia nya adalah sesuatu yang baik untuk kita. Dengan data pelanggan
yang banyak bermakna peluang kita untuk mencipta jualan yang tinggi mengikut
logik akal pasti boleh menyebabkan penutupan jualan mampu untuk kita meraihnya
setinggi yang termampu. Masalah timbul segala andaian berlaku kegagalan begitu
sahaja. Kenapa mudah melakukan andaian pada hal pada realitinya tidak sebegitu?
Kebanyakannya jualan dilakukan dengan menggunakan teknik pujukan demi pujukan
kerana kegagalan menyasarkan bakal pembeli atau pelanggan yang betul.
Sememangnya akan membuang masa melakukan perkara yang sebegini. Lebih banyak
sampah sarap di dalam data bakal pembeli atau pelanggan yang ada dari
sepatutnya yang kita mahukan.
Ini lah tugasan sepatutnya di mana mengenal
pasti sasaran bakal pembeli atau pelanggan perlu ada untuk kita lakukan. Jangan
main hentam kromo begitu sahaja. Ambil langkah yang sepatutnya dari memikirkan
bagaimana pujukan ke atas mereka boleh berlaku kepada bagaimana mencari sasaran
yang tepat dan betul kepada mereka. Kenal pasti terlebih dahulu apa yang mereka
cari-carikan selama ini bersesuaian dengan produk yang ditawarkan. Jangan
terlalu yakin pula dikhuatiri akan memakan diri kita semula.
Bertindak mengikut ilmu dan pengalaman yang
telah kita atau orang lain lalui yang telah berjaya melakukannya. Betapa pentingnya ilmu bagi memandu tindakan
sewajarnya untuk kita. Pengalaman pula guru terbaik buat kita. Jangan mudah
putus asa dan kecewa tetapi muhasabah semula ketahui dan kesan di mana salah
dan silapnya diri kita. Berusaha perbetulkan semula dari menurut hati merasa
kecewa tak sudah-sudah. Bersangka baik, positif dan fokus semula agar pencarian
sasaran bakal pembeli atau pelanggan yang tepat dan betul boleh ditemui juga
pada akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan