Berhubung dengan siapa sahaja asalkan boleh dijadikan pelanggan atau pun
tidak jangan dihiraukan. Mungkin tidak menjadi pelanggan tanpa melalui beliau
kita boleh membina rangkaian networking bagi tujuan mendapatkan referral atau
perujuk yang kita mahukan. Semuanya nanti akan menyenangkan kita juga dalam
melakukan tindakan menjual kepada mereka. Kerana itu kita di saran berbuat baik
dengan siapa pun juga. Niat untuk membantu dan menolong sudah pasti akan
memberikan satu kelebihan pada mereka untuk lebih mempercayai dan meyakini diri
kita.
Apa yang dimaksudkan dengan 3T ini adalah satu proses dalam membina
perhubungan sesama insan yang perlu kita lakukan dari awal lagi. 3T itu adalah
i.
Ta’aruf
(perkenalan)
Berkenalanlah
dengan siapa juga. Ada kala dengan perniagaan mampu untuk hulurkan seramai mana
kita bertemu. Perkenalkan diri kita biarlah secara berhemah dan bersopan. Biar
beradab agar orang lebih hormat kepada kita. Jangan sesekali kurang ajar kerana
bertindak kurang ajar sudah pasti jalinan persahabatan tidak ke mana perginya.
Eloklah di ambil tindakan yang selamat yang tidak mudah menyakitkan dan
memberikan perasaan buruk sangka terhadap diri kita. Berhemah dan bersopan itu
yang sepatutnya kita lakukan apabila proses perkenalan baru dan sedang berlaku
dan terjadi.
ii.
Tafahum
(saling memahami)
Ambil
peluang sebaik yang mungkin. Buka telinga dan lontarkan soalan-soalan yang
tidak perlu menyentuh persoalan peribadi atau sensitif. Dengar baik-baik tidak
perlu diulang-ulang perkara yang sama. Kita mengenali dirinya begitulah juga mereka
juga mahu mengenali diri kita. Tidak ada gunanya kita sombong dan berlagak tak
tentu hala ego yang bukan-bukan. Berikan tumpuan berikan kefahaman yang
mendalam agar jalinan persahabatan dan perhubungan antara kita dan dirinya
dapat berjalan lancar dan teratur.
iii.
Takaful
@ Takamul (Lengkap melengkapi)
Cuba hulurkan
bantuan dan tolong menolong antara satu sama yang lain. Jangan fikirkan diri
kita tetapi fikirkan sama pada orang lain juga. Ketepikan segala kepentingan
peribadi tapi fikirkan apa kepentingan untuk diri mereka yang boleh kita
lakukan. Jangan mudah berprasangka buruk dan fikirkan yang negatif yang bukan-bukan.
Berikan yang sewajarnya agar bersangka baik terlebih dahulu dapat di cipta dan diwujudkan.
Mencari jalan mencapai kesejahteraan dan keseronokan di samping kepercayaan
antara satu sama yang lain dapat dijalinkan dengan sebaik yang mungkin.
Kesan Al-Ithar iaitu pasti kita akan selalu mendahulukan saudara yang menjadi kenalan
baik kita berbanding dengan diri kita sendiri. Kepentingan kita kepentingan
buat mereka juga. Hubungan silaturahim perlu diwujudkan agar kepercayaan dan
keyakinan mereka terhadap diri kita dapat dikekalkan dan diwujudkan. Bak kata pepatah
cubit paha kiri paha kanan juga terasa sakitnya. Jangan mudah memandang remeh dan
rendah atas keupayaan seseorang berlalu begitu pantas mengambil kesempatan atas
kelemahan seseorang. Bertindak jujur dan ikhlaslah agar jalinan perhubungan dan
persahabatan dapat dikekalkan sampai bila-bila sekalipun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan