Terdapat situasi yang perlu kita elakkan dalam melakukan jualan. Jangan
berlagak dan mudah rasa bangga diri yang
kita dalam keadaan sentiasa ok untuk melakukan jualan. Kena lihat sebelum kita
boleh berinteraksi dengan mereka kebanyakannya dalam keadaan yang macam mana.
Sehebat mana pun kita berikan persembahan dan presentasi tapi jika kita temui
keadaan seperti berikut eloklah kita melangkah pergi terlebih dahulu. Lebih baik
ambil tindakan yang cukup berhati-hati daripada tidak semena-mena dihalau pula begitu
sahaja.
Keadaan-keadaan yang dimaksudkan ini adalah
i.
Mengantuk. Asyik menguap sahaja dengan mata
yang merah atau berair keluar dari matanya.
ii.
Asyik mengadu kelaparan belum makan lagi
dan meminta kita segera menamatkan perbualan secepat mungkin.
iii.
Tidak fokus dan kurang melihat dan
memandang diri kita. Sama ada wajahnya ke kiri atau ke kanan dan mungkin juga
asyik memandang telefon bimbitnya. Resah yang keterlaluan sehingga kita terasa
amat terganggu dengan perbuatannya
iv.
Marah dengan nada asyik tidak puas hati
sama ada komplen, meninggikan suara atau memandang diri kita macam nak makan orang
sahaja
Jangan buang masa dan ketika. Walaupun diri kita ada keyakinan dalam
melakukan jualan tapi jika bakal pembeli atau pelanggan yang di temui
memberikan reaksi yang berbeza eloklah mencari jalan keluarkan diri kita
terlebih dahulu. Tidak mustahil juga jika temu janji telah dilakukan tetapi
mood seseorang tidak seperti yang dijangkakan. Ambil tindakan berhati-hati
kerana melakukan jualan adalah juga satu permainan emosi yang perlu dijaga dan
dikawal dengan sebaik yang mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan