Keyakinan dan kepercayaan yang terbina perlu kuat pegangannya. Tanpa
keyakinan yang kuat sudah pasti kepercayaan dalam melakukan jualan mudah luntur
dan longlai. Jangan bermain dengan api jika keberanian melakukannya masih belum
utuh lagi. Lakukan dengan keyakinan yang ada agar kepercayaan yang terbina
mudah untuk di hadapi walaupun terdapat pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan
yang perlu untuk dihadapi. Apa yang dikhuatiri adalah apabila melihat seseorang
seolah-olah sukar melakukan jualan tidak semena-mena dengan kita sekali merasakan
begitu sukar juga melakukan jualan. Kita menjadi begitu kuat suka terikut-ikut dengan
orang lain yang melakukan jualan. Inilah tandanya jika keyakinan dan kepercayaan
menjadi begitu lemah dalam diri seseorang dan hanya suka mengikut-ikut sahaja arah
dan tuju dari orang lain sahaja.
Banyak kelebihannya jika diri kita amat yakin untuk melakukan jualan.
Terasa apa juga halangan dan rintangan walaupun sukar namun akan tetap untuk
dihadapi hanya disebabkan kita yakin dengan apa yang kita lakukan. Pedulikan
sahaja dengan ragam dan tabiat orang yang ditemui. Bila dah yakin dan percaya
dengan diri kita sendiri sudah pasti boleh kita harungi dengan sebaik yang
mungkin tanpa perlu merasa bimbang, takut mahupun risau yang bukan-bukan.
Inilah keistimewaannya jika keyakinan diri telah terbina dan percaya bahawa
apa juga yang kita lakukan sudah pasti boleh dilakukan. Binalah keyakinan dan
percaya kita boleh melakukannya kerana
i.
Apa juga halangan dan cabaran yang hadir
pasti kita boleh menghadapinya
ii.
Merasakan mudah untuk melakukannya
iii.
Mudah ketahui di peringkat mana boleh
dimulakan dahulu
iv.
Yakin pada produk yang di jual dan
ditawarkan
v.
Mencipta nilai-nilai yang unik dalam diri
kita
vi.
Pelanggan lebih mudah terpesona dan datang
keyakinan diri mereka terhadap kita
vii.
Lebih mudah terbuka hati kita untuk
menghulurkan bantuan dan pertolongan
viii. Segala
kerisauan, kebimbangan dan ketakutan boleh di atasi
ix.
Bertemulah dengan siapa pun kita pasti
boleh melakukannya
Jangan mudah melatah. Bina keyakinan diri sebaik yang mungkin. semakin
berpengalaman diri kita melakukan jualan semakin berkeyakinan untuk kita
melakukannya. Dapatkan pengalaman melakukan jualan bermula dari kenalan dan
sahabat handai dahulu. Segala kesilapan, kesalahan dan kritikan yang diterima
perbaiki terlebih dahulu agar bertemu dengan orang lain sekurang-kurangnya kita
lebih bersedia untuk melakukannya. Pastikan jangan merapu dan mudah bangga
diri. Berhemah dan bersopanlah ketika menjual agar apa juga tindakan yang kita
lakukan amat mudah menarik perhatian dan tumpuan orang ketika kita menjual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan