Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 31 Januari 2014

BILA BORING TELAH MENJELMA




Sesuatu yang merisaukan apabila melakukan jualan apabila kita dengan mudah merasa bosan dengan apa yang telah dan sedang kita lakukan dan lalui. Selama ini telah kita berikan yang terbaik namun secara tiba-tiba mode kita hilang begitu sahaja tanpa adanya semangat lagi untuk bertindak memberikan yang terbaik. Segala kecenderungan dan minat yang ada sudah pasti lesu begitu sahaja hanya disebabkan diri ini terlalu kuat merasakan bosannya. Mulalah kita semakin mudah merasakan betapa lecehnya apa yang telah kita lakukan, membuang masa dan mahu sahaja hidup menyendiri jauh dari orang lain begitu sahaja.

Kenapa boleh berlaku begini? Terlalu banyak penyebabnya antaranya mungkin merasa diri ini terlalu sukar untuk mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang diharapkan. Bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan yang sentiasa tidak pernah mahu untuk bertemu apa tah lagi menerima tawaran yang dikemukakan. Mungkin  juga masalah peribadi yang terlalu berat dirasakan untuk menanggungnya. Semuanya ini akan memberi kesan kepada karier kita dalam melakukan jualan yang boleh membawa kepada kebosanan yang amat sangat.

Ambil tindakan sewajarnya agar mode boring yang dinyatakan ini tidak menguasai diri kita. Kenal pasti puncanya agar tindakan yang sepatutnya boleh kita ambil untuk atasinya dengan sebaik yang mungkin. Terdapat beberapa tindakan juga yang perlu kita ambil agar keadaan boring yang kita rasakan ini dapat kita kawal. Antara tindakan yang sepatutnya adalah

i.             Atur keutamaan tugasan
Jangan main hentam lakukan tugasan. Sentiasa semak dan ketahui yang mana satu keutamaan dalam melakukan tugasan jualan. Setiap tugasan sudah pasti ada turutan kepentingan dan prioriti sepatutnya yang sepatutnya kita ketahui. Ambil tindakan mengikut prioriti yang sepatutnya.

ii.           Disiplinkan diri
Dalam apa juga hal dan keadaan. Disiplin merupakan tugasan dan tindakan utama yang perlu ada dalam diri kita. Biar apa juga bencana dan halangan yang menimpa sama ada baik atau buruknya, kita tetap berdisiplin untuk melakukan tugasan. Dari mula kita hadir untuk melakukan jualan di pagi hari sehinggalah badan mula rasa kepenatan di petang atau di malam hari semuanya perlu kita beri kan perhatian untuk mendisiplinkannya. Penting sangat agar perasaan putus asa dan kecewa perlu dielakkan sama sekali.

iii.          Hindari penyebabnya
Apa juga penyebab yang mendatangkan boring yang ditanggung selama ini perlu kita awasi dan hindari dengan sebaik yang mungkin. Selagi kita melayannya selagi itulah sikap boring kita akan bersarang dengan lebih kuat dan kukuh lagi. Lakukan sesuatu yang membolehkan diri kita mampu bergerak untuk pergi jauh dari menanggung keboringan yang tak tentu fasal ini.

iv.          Tetapkan tujuannya
Biarlah berkali-kali tidak mengapa asalkan diri kita tahu apa tujuan sebenarnya kita melakukan jualan. Sedari diri kita sendiri lebih baik tindakannya dari kita buat tak tahu sahaja yang boleh memberikan kesan tidak baik pula. Sentiasa diperingatkan kenapa kita boleh terjerumus dalam karier kita melakukan jualan. Adakah untuk bersuka-suka sahaja atau hanya memenuhi masa lapang ataupun kerana periuk nasi? Fikirkan jawapan yang bersesuaian kerana kita sahaja yang mengetahui apa punca sebenarnya.

v.            Luang masa redakan ‘BAD MOOD’ kita
Ambil masa ‘BREAK’ tenangkan fikiran untuk dilontarkan perasaan boring ini ke tempat lain. Mungkin melihat benda-benda ciptaan Allah mampu meredakan perasaan boring ini. Dapat membaca Al-Quran lagi terbaik. Semuanya bergantung kepada individu sendiri bagaimana untuk melakukannya.

vi.          Beriadah dan melancung
Mencari ketenangan diri antaranya beriadah bermain sukan melakukan perkara-perkara yang boleh mengeluarkan peluh bagi menjamin kesihatan diri. Mungkin juga perlu mengambil cuti berehat dengan cara melancung ke tempat orang pula agar dapat melupakan seketika segala yang bermasalah yang mendatangkan rasa boring dalam tugasan. Semuanya hasil dari apa yang mampu untuk kita lakukan. Asalkan jangan diabaikan sudahlah.

vii.        Cari sesuatu yang berharga
Ambillah sedikit masa mencari sesuatu yang boleh dimanfaatkan seperti aktif dalam berpersatuan, menjadi kakitangan sukarelawan mana-mana NGO atau bergotong royong membersihkan tempat tinggal dan sebagainya. Semuanya boleh dilakukan untuk melupakan seketika perkara yang memboringkan kita. Memang ada kepenatan sedikit tapi hasilnya agak berbaloi untuk dicuba.

viii.       Cari pendorong dan pencetus semangat
Berkawan dengan mereka yang sentiasa positif dan berjaya. Tiru stail mereka atau dapatkan pendapat telus darinya. Jangan segan dan malu untuk berdamping dengan mereka. Sekali kita dibantu sudah pasti satu hari nanti kita mampu untuk membantu orang lain pula.

ix.         Jangan lupa berdoa
Jangan sama sekali malu atau buat-buat lupa untuk memohon apa sahaja yang kita mahukan. Firman Allah bermaksud ‘ Ya Allah tidak ada kemudahan kecuali jika Engkau menjadikannya mudah. Sesungguhnya jika Engkau menghendaki, Engkau berkuasa menjadikan sesuatu yang susah itu menjadi mudah’ (Surah Al-Baqarah Ayat 201)

Kalau ini yang kita amalkan sudah semestinya dalam apa juga keadaan yang kita alami dan harungi sudah pasti akan dapat kita atasi dengan sebaik yang mungkin. Mode yang baik sudah semestinya akan memberikan semangat dan pendorong yang kuat untuk semakin gigih dan rajin melakukan tugasan jualan. Begitulah sebaliknya jika mode yang lemah dan membosankan sudah pasti lebih mudah untuk menjahanamkan lagi karier kita dalam jualan. Berfikir sejenak muhasabah diri agar keadaan yang tidak baik berpunca dari diri kita sendiri dapat kita ubahkan menjadi yang lebih baik pada setiap detik dan ketika.



Read more >>

Khamis, 30 Januari 2014

BILA PENUTUPAN JUALAN BERJAYA DI PEROLEH




Apa yang kita harapkan dalam melakukan jualan adalah kejayaan mendapatkan penutupan jualan. Persetujuan bakal pembeli atau pelanggan menerima tawaran yang dikemukakan sudah pasti akan mendatangkan kegembiraan yang amat sangat kepada diri kita. Apa tidaknya, segala perancangan, usaha dan kegigihan melakukan tindakan sudah pasti amat-amat berbaloi andai kata mereka dengan hati yang terbuka suasana yang menggembirakan menerima tanpa adanya sebarang bantahan dan penolakan lagi. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya betapa gembira dan sukanya kita berada dalam situasi yang sebegini.

Sentiasa ingat, jangan mudah merasa seronok dan gembira sahaja yang kita kena fikirkan. Di atas kegembiraan itu pastikan setiap kali mendapat dan memperoleh penutupan jualan jadikan sebagai satu amalan atau tabiat semula jadi kita untuk melakukannya perkara-perkara seperti berikut iaitu

i.             Sentiasa bersyukur ke hadrat Allah
Jangan sama sekali abaikan rasa syukur kita ke hadrat Allah. Sentiasa di dalam hati menyebut perkataan syukur alhamdulillah ke hadrat Allah. Tunjukkan kepada Allah bahawa kita amat menghargai akan segala bantuan dan pertolongan Allah kepada kita. Sekali kita ucapan kesyukuran kita ke hadrat Allah akan semakin banyak lagi akan Allah berikan kepada kita.

ii.           Ucapkan terima kasih kepada pelanggan
Lontarkan senyuman manis penuh keikhlasan kepada pelanggan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang yang sudi menerima tawaran menjadi pelanggan kita. Menghargai seseorang secara ikhlas sudah pasti akan membuatkan mereka gembira dan semakin yakin terhadap kita. Pasti mereka akan memberikan lebih kepercayaan kepada kita. Bukannya susah untuk menyatakan terima kasih kepada mereka selagi kita tahu betapa sukar dan payahnya kita untuk mendapatkan tawaran yang diterima dari mereka. Hargai dengan sebaik-baiknya.

iii.          Memastikan produk yang terbaik telah dibekalkan
Tanda setuju telah diperoleh. Maka tugasan kita seterusnya adalah memastikan produk yang kita tawarkan adalah betul-betul dengan apa yang telah kita janjikan kepada mereka. Berikan produk yang mereka mahukan dengan kualiti yang mengikut apa yang kita perkatakan. Jangan jadikan cakap lain jadinya lain pula. Sekali kita menipu sampai bila-bila orang tidak akan mempercayainya pula.

iv.          Berazam untuk memberi khidmat selepas jualan
Bila kita rasakan nak dapat pun sukar, bila dah diperoleh hargai dengan sebaik mungkin. Tanamkan keazaman dalam diri kita agar sentiasa kita mampu untuk berikan perkhidmatan selepas jualan sebaik yang termampu. Jangan tinggalkan atau abaikan pelanggan yang sedia ada begitu sahaja. Layan mereka apa sahaja yang mereka mahukan walaupun penerimaan tawaran sudah pun berlalu. Mungkin hanya dengan mereka ini di masa hadapan jualan berulang atau silang boleh dilakukan kepada mereka. Sekurang-kurangnya siapa juga yang menjadi pelanggan kita sudah pasti kesetiaan mereka adalah terlalu tinggi kepada diri kita.

Jangan sama sekali apabila penutupan jualan telah kita peroleh walaupun kita dalam keadaan yang bergembira kita biarkan sahaja pelanggan tersebut berlalu begitu sahaja. Berikan perhatian dan tumpuan kepada mereka karena mereka pernah menjadi pelanggan kita pada satu hari yang lalu. Keyakinan seseorang bukan mudah untuk dibina dan kalau sudah dibina sekalipun tidak mustahil boleh runtuh dalam sekelip mata begitu sahaja. Berwaspada dan ambil tindakan yang sewajarnya agar kita sama sekali tidak mudah kehilangan pelanggan begitu sahaja.

Read more >>

Rabu, 29 Januari 2014

KERTAS CADANGAN




Salah satu caranya kita melakukan jualan adalah apabila bakal pembeli atau pelanggan mahukan kertas cadangan jualan. Tidak dinafikan kemahuan mereka yang mahukan kertas cadangan ini kebiasaannya melibatkan syarikat-syarikat yang mahukan pembelian dapat dilakukan berdasarkan kepada kertas cadangan yang dikemukakan. Semuanya perlu diberikan cadangan-cadangan yang bernas dan terbaik agar apabila mereka mahu melakukan keputusan mudah menerima akan kertas cadangan yang dinyatakan.

Berikan yang terbaik. Jangan di abaikan kerana peluang menjual bukan setakat bercakap dan mempersembahkan sesuatu di hadapan mereka sahaja. Sekurang-kurangnya kita pergunakan segala medium yang ada dalam melakukan jualan. Cuma kena sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga apabila sesuatu kertas cadangan yang diberikan iaitu dengan cara

i.             Susunan ayat-ayat dan format
Susunan ayat biarlah sedap dibaca orang dan mudah difahami. Susunan format pula biarlah ada penariknya seperti pengenalan, isi kandungan, harga, spesifikasi produk sehinggalah kepada kesimpulannya. Semuanya kena teratur dan tersusun walaupun kita bukanlah seorang yang profesional dalam melakukannya.

ii.           Biar jelas, ringkas dan padat
Elakkan dari berjela-jela panjangnya. Berikan kefahaman dan  ketelusan memberikan fakta yang terbaik tentang produk yang ditawarkan. Bukan nak tunjuk pandai tapi berikan satu solusi kepada mereka secara ringkas, jelas dan mudah difahami.

iii.          Fokus apa yang mereka mahukan
Nak tawarkan apa yang mereka mahu dan terima pastikan kita fokus pada produk yang sememangnya mereka mahukan. Tak perlu menceritakan habis-habisan segala produk yang ada untuk mereka ketahui. Berikan saja dengan penawaran yang terbaik tentang produk yang mereka mahukan sahaja.

iv.          Berikan 3 pilihan
Sebaik-baik solusi berikan tiga kaedah atau cara bagaimana untuk mereka paling mudah untuk memilikinya. Jangan berikan satu solusi sahaja tapi paling baik tiga caranya untuk mereka memilih mana satu cara yang paling sesuai untuk mereka menerimanya. Berfikirlah secara kreatif agar mereka tahu pada akhirnya kita mampu untuk tawarkan pelbagai cara dan kaedah untuk mereka menerimanya dengan baik sama sekali.

v.            Mudah di hubungi dan dirujuk semula
Jangan dilupakan sama sekali nyatakan caranya bagaimana untuk menghubungi kita semula dengan paparan yang jelas di atas kertas cadangan yang dikemukakan. Walaupun satu usul tapi berikan segala-galanya apa yang kita termampu. Dari nama kepada alamat sehinggalah kepada laman sesawang dan juga no untuk dihubungi.

Asalkan ikhlas dan betul berikan sahaja yang terbaik. Usaha kena ada asalkan dilakukan dengan cara yang betul dan telus. Tak perlu nak melobi-lobi mengatakan usul dalam kertas cadangan kita adalah yang terbaik. Jauhi juga dari merasuah orang yang melakukan rasuah ataupun konco-konconya kerana perbuatan rasuah amat dibenci oleh Allah. Berikan yang terbaik dan berdoa serahkan diri hanya pada Allah kita bertawakal sepenuhnya. Yakinlah dengan apa yang telah kita lakukan.


Read more >>

Selasa, 28 Januari 2014

FAHAMI YANG DI MAHUKAN OLEH AUDIENS




Berpantang maut sebelum ajal. Inilah luahan hati apabila kita mungkin akan ditugaskan untuk bercakap atau berpidato di khalayak ramai. Demi melakukan jualan tidak salah untuk kita berbicara dan inilah peluang yang terbaik untuk mendapatkan jualan dalam satu masa sekali gus. Sememangnya peluang yang ada jangan di per sia-sia kan sama sekali tapi jangan kita abaikan pula mampu kah kita bercakap berdiri berseorangan di hadapan orang yang ramai.

Keselaluan dalam memberikan ceramah dalam satu kumpulan orang yang ramai pasti kita akan merasakan bahawa 

i.             Seolah-olah kita bercakap menyampai maklumat untuk dihakimi oleh mereka sama ada ‘BEST’ ataupun tidak

ii.           Merasa yakin apa yang diperkatakan sebenarnya adalah tentang diri kita sahaja

iii.          Pasti minat mereka untuk mendengar apa yang kita perkatakan hanya disebabkan bilangan audiens yang ramai

Mudah sangat kita syok sendiri. Padahal hasilnya belum kita ketahui lagi bagaimana. Semuanya bergantung kepada keupayaan diri kita sebenarnya bagaimana untuk menyampaikan apa yang perlu kita sampaikan. Lihatlah penyanyi atau pendakwah yang berdiri secara berseorangan menyampaikan dengan gaya dan caranya yang tersendiri. Yakin diri dan petah untuk menyampaikan. Kesemuanya dilakukan dengan kesungguhan dan keberanian yang ada.

Ketahuilah apa yang sebenar audiens mahukan dari kita. Selagi kita tidak mengetahuinya selagi itulah apa yang ingin kita sampaikan tidak ke mana juga hasilnya. Selain logik akal dan berfakta harus kita sampaikan, suasana yang harmoni ditambah dengan keberanian untuk berucap perlu ada bersemadi. Apa yang kita rasakan bukan itu yang di cari oleh mereka sebenarnya. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Antara faktor-faktor yang mereka rela untuk mendengarnya adalah

i.             Apa manfaat yang boleh mereka peroleh untuk diri mereka sendiri

ii.           Ambil peluang untuk ketahui produk yang ditawarkan dengan lebih mendalam lagi

iii.          Mencari dan menambah ilmu apa yang boleh dipelajari dari menghadiri taklimat atau ceramah yang diberikan

iv.          Sebagai satu cara hiburan pada mereka menenangkan fikiran secara tidak disedari oleh orang lain

v.            Sebagai satu alternatif pada diri mereka membuat perbandingan produk atas apa yang telah mereka ketahui.

Sedarilah, langsung tiada berkait langsung dengan diri kita yang menyampaikannya. Kesemuanya berpunca untuk kepentingan diri mereka sahaja. Kerana itu perlu untuk kita berikan sesuatu yang terbaik dan berbaloi buat mereka yang sanggup menghabiskan masa emas mereka untuk kita. Berikan yang terbaik pasti yang terbaik juga hasilnya akan kita peroleh.


Read more >>