Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 31 Oktober 2011

MENDAPATKAN INFO PROSPEK

Sememangnya kita di galakkan untuk mencari dan bertemu prospek bagi melakukan jualan. Tapi sebenarnya apa hakikatnya yang perlu kita cari dahulu daripada prospek tersebut? Memadai kah dengan nama, pekerjaan, no telefon sahaja yang di perlukan? Sebenarnya maklumat dan info tentang prospek amat-amat di perlukan bagi memudahkan lagi urusan tugasan kerja kita. Mungkin perkara-perkara ini paling mudah di terima oleh anda iaitu
               
    Nama prospek
                Tempat prospek bertugas dan alamatnya
                No Telefon tempat kerja dan Hand Phone nya
                Alamat emel prospek (itu pun jika ada tertera dalam Kad perniagaannya)


Jadi apa bentuk maklumat yang di kehendaki lagi dari prospek bagi memudahkan lagi tugasan kita sebelum kita dapat bertemu dan berbual-bual dengan prospek nanti bila pertemuan dapat di lakukan?
Mungkin ini ada beberapa idea yang boleh di praktik kan


i.                     Dapatkan dari referral tentang latar belakang prospek dahulu

ii.                   Adakah prospek seorang yang cerewet, mudah mesra ataupun terlalu berkira

iii.                  Kenal pasti kedudukan jawatannya dahulu

iv.                 Lihat kenderaan prospek gunakan untuk lakukan penilaian asas dahulu terhadap prospek

v.                   Bolehkah prospek membuat keputusan secara sendiri ataupun perlukan orang lain

vi.                 Apakah kesukaran yang akan di tempuh untuk memasuki premis prospek

vii.                Bagaimana untuk bertemu dan berapa kali kekerapannya

viii.              Bila masa yang paling bersesuaian untuk bertemu dengan prospek

ix.                 Adakah mereka mempunyai Face book, Twitter untuk mengetahui minatnya terlebih dahulu

x.                   Tindakan seterusnya yang boleh mendatangkan minat prospek untuk bertemu dan mendengar tawaran kita

xi.                  Adakah pesaing pernah memasuki premis prospek


Pasti ianya bukan kerja mudah dan senang tapi kalau sudah mendapati maklumat awal terlebih dahulu ianya benar-benar membantu kita menyenangkan lagi tugasan kita.  Banyak yang kita ketahui dari luarannya sahaja.  Tetapi jika prospek merasakan beliau boleh mendapat keuntungan hasil dari produk dan perkhidmatan kita tidak mustahil pelbagai bentuk bantuan dan pertolongan boleh di dapati dengan mudahnya tanpa di sangka-sangka. Bina hubungan yang baik dan mesra sepertimana yang telah kita bina dengan pelanggan-pelanggan yang lain. Ganjaran akan kita perolehi kalau kesungguhan dan komitmen telah kita tunjukkan.


Read more >>

Ahad, 30 Oktober 2011

MENANGANI BANGKANGAN - Konsep ‘Seni Putaran’ Part 2

Berlakunya bangkangan adalah disebabkan satu proses emosi yang berlaku kepada bakal pembeli.  Jadi adalah lebih baik untuk menangani bangkangan ini secara beremosi juga dalam memberikan jawapan balas.  Ketahui bahawa dengan


i.                     Memahami situasi – sentiasa tunjukkan sifat memahami dan peka terhadap apa jua keadaan pelanggan di mana letaknya ke tidak puasan hatinya ataupun kekecewaannya


ii.                   Menjelaskan semula – biasakan balik memberitahu penjelasan yang diberi dengan menunjukkan kelebihan-kelebihan dan faedah-faedah produk yang di tawarkan yang pasti boleh menguntungkan bakal pembeli tersebut


iii.                  Memujuk kembaliFokuskan perhatian bakal pembeli semula untuk mendapatkan produk yang di tawarkan. Ketenangan berkomunikasi secara berhemah dan pujuk rayu yang baik adalah senjata utama yang perlu di mainkan.


Ikhlas dan jujur dalam memberi penjelasan akan mengakibatkan bakal pembeli akan berfikir semula.  Penerangan yang di beri perlu jelas dan pastikan penerangan yang di beri itu kefahamannya bukan untuk kita tetapi untuk bakal pembeli.


Memahami situasi yang sebenar segala permasalahan dan komplen bakal pembeli perlu di ambil berat.  Atasi secara berhikmah dan penuh rasa tanggung jawab.  Bakal pembeli akan merasa seronok jika diri mereka terasa seperti di ambil berat dengan penuh perhatian.


Read more >>

Sabtu, 29 Oktober 2011

MENANGANI BANGKANGAN - Konsep ‘Seni Putaran’ Part 1


Konsep 'Seni Putaran’ adalah membawa makna sesuatu keupayaan secara berseni ataupun secara saintifik dalam memberi sesuatu maklum balas terhadap segala bangkangan ataupun komp len yang di hadapi di mana  di dalam jangka waktu yang sama berupaya menonjolkan semula perhubungan yang baik kepada bakal pembeli sebagai satu tarikan balik/semula kepada kita.

Terdapat 3 langkah yang perlu di praktik an bagi menangani bangkangan ini iaitu dengan mengamalkan ‘3M’ iaitu

                Langkah                               Mesej yang perlu di lakukan

                MEMAHAMI                                         “Saya memahami masalah anda”
                    SITUASI                                                “Saya fahami keadaan anda”
                                                                                    “Saya ambil berat kesusahan saudara”


                MENJELASKAN                                    “Ada cara untuk mengatasinya....................”
                SEMULA                                                  “Pasti segala masalah ada penyelesaiannya......”
                                                                                   “Tidak mengapa, kesusahan bole di atasi........”

                MEMUJUK                                              “Masih ingat apa yang telah saya katakan......”
                KEMBALI                                                “Beri saya peluang semula menjelaskan.........”
                                                                                   “Seperti yang telah saya perkatakan................”

Paling baik di praktikkan di dalam keadaan jika ada merasakan masih ada peluang untuk mendapatkan penutupan jualan dari prospek/pelanggan yang sama.

Read more >>

Jumaat, 28 Oktober 2011

Tambah Pendapatan Anda - Tindakan yang perlu

Umar Ibnu al-Khattab pernah berkata : "Janganlah kamu berdoa dengan hanya duduk berdiam diri sahaja meminta kepada Allah supaya menurunkan rezeki, sedangkan langit tidak akan sama sekali menurunkan hujan emas dan perak."

Firman Allah SWT berfirman maksudnya "Dia (Allah) yang menjadikan bumi untuk mu supaya mudah kamu jalani kehidupan seharian, maka berjalanlah kamu di seluruh pelusuknya dan makanlah rezeki dari Allah." Surah al –mulk, ayat 15.

Berfikir untuk menambah pendapatan yang di redhai oleh Allah SWT amatlah di tuntut sama sekali. Lakukan lah ia kerana isinya bukan setakat membantu diri kita sendiri tetapi juga keluarga kita di samping dapat kita mengeluarkan zakat dan memberi sedekah sebanyak yang boleh bagi di gunakan oleh umat Islam yang lain.  Tindakan yang perlu di lakukan selepas ini adalah

i.                     Buatlah kajian dan belajar dari orang yang berjaya di dalam bidang yang sama bagaimana mereka boleh lakukan dengan berjaya dan nampakkan perbezaannya untuk tidak di ikuti dari orang yang sama bidangnya tapi kurang berjaya dan berkesannya. Tiru apa yang di lakukan setiap hari (tidak salahnya untuk berjaya dan bukannya ada dalam Akta Hak Cipta) demi mencapai kejayaan yang di ingini

ii.                   Segera perbetulkan matlamat dan sasaran anda bagaimana untuk perolehi gandaan pendapatan anda dalam tempuh sehingga setahun, lagi pendek lagi bagus. 

iii.                  Berdoa ke hadrat Allah SWT, mengharapkan agar sentiasa membantu hambanya, sentiasa per mudahkan tugasan untuk menjual dan di bukakan hati dan pemikiran prospek/pelanggan untuk menerimanya dengan hati yang terbuka.

Firman Allah SWT dalam Surah Ghafir Ayat 60 bermaksud – “Berdoalah kamu kepada KU nescaya Aku perkenan kan doa permohonan kamu

Bertindak dari sekarang! Rancang lah dengan betul dan sepenuh hati. Jika ada orang lain boleh melakukannya kenapa anda tidak boleh melakukannya? Sampai bila anda harus berpendapatan sebanyak itu sahaja sedangkan orang lain telah pun menikmatinya melebihi dari yang anda sangka kan. Adakah anda malu untuk menerima pendapatan tinggi dari malu menanggung kegagalan tidak mencapai sasaran?.  Tepuk dada tanya selera.



Read more >>

Khamis, 27 Oktober 2011

Tambah Pendapatan Anda - Langkah-langkah yang di perlukan


Tidak di nafikan semua orang memerlukan wang ringgit sebagai sumber pendapatan bagi menampung segala keperluan yang ada dan segala kemahuan yang di ingini. Semakin banyak pendapatan yang boleh kita perolehi semakin panjang lagi langkah kita untuk bergerak memenuhi apa yang selama ini kita idamkan.  Namun, sampai bila kita perlu dan berupaya untuk mencapai pendapatan yang tinggi dan di idamkan. Cukup kah sekadar kita merenung, termenung dan berkhayal sahaja? Perlu kah kita sekadar menjadi penonton melihat orang lain sahaja yang hidup senang dan kaya raya walaupun orang yang senang dan hidup kaya raya itu adalah rakan sekerja kita sendiri?

Bagaimana kita dapat melakukan? Bayangkanlah jika pendapatan bulanan kita berkisar sebanyak RM1,500 sahaja dengan berkat usaha dan kerajinan, kita berupaya menjana pendapatan kita sebulan sebanyak 15,000 sebulan bermakna keupayaan pendapatan kenaikannya 10 kali gaji. Siapa nak bagi? Adakah orang akan mencemburui kita? Sudah tentu tidak tetapi kita akan lebih di hormati orang di sebabkan usaha dan kerajinan kita boleh di jadikan contoh tauladan yang baik untuk di ikuti.

Antara langkah-langkah yang di perlukan supaya kita juga berupaya menjana pendapatan yang tinggi dan yang di ingini adalah dengan cara

i.                    Yakin di atas keupayaan diri sendiri
Mulakan berfikir tentang kebolehan dan keupayaan diri sendiri bagaimana untuk kita gerakkan diri mencapai apa yang kita ingini. Jangan mudah terpengaruh dengan tindakan orang lain apatah lagi fikiran-fikiran yang negatif. Jika tidak percaya pada diri sendiri, siapa lagi yang hendak percaya?

ii.                  Tiada alasan perlu di berikan
Elakkan sama sekali pandai mencari alasan dan penyebab kepada kegagalan. Gagal bukan bermakna kita tidak boleh lakukan tetapi ianya adalah satu permulaan untuk kita bergerak perbetulkan dan bangkit semula mencapai kejayaan

iii.                Perlu kah kerja 10 kali lebih lama untuk dapatkannya?
Nak dapat pendapatan 10 kali lebih bukan bermakna kena kerja lebih 10 kali lebih masa juga.  Gunakan kepandaian yang ada mencari oportuniti yang sebenarnya bagaimana perolehi pendapatan yang banyak dengan waktu kerja yang sama setiap hari. Peluang ada di hadapan mata, per gunakan bukan untuk di lihat sahaja. Gunakan masa kerja utama kita dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang bagi mendapatkan tambahan pendapatan dan bukan sama sekali melakukannya hingga lewat tengah malam.

iv.                 IQ bukan penyebab utama
IQ yang tinggi bukan bermakna pandai dan bijak dalam menambah pendapatan manakala IQ yang rendah bukan bermakna hidup di tempat paling miskin sekali. Apa yang di perlukan adalah bijak dan pandai mencari peluang bukannya bijak dan pandai mengata orang. Kita akan lebih terkejut apabila di selidiki latar belakang jutawan-jutawan yang sedia ada kebanyakan kurang berpendidikan tinggi jika di bandingkan dengan orang-orang yang majoritinya ramai berpendidikan tinggi. Di mana ada usaha di situlah jalannya. 



Read more >>

Rabu, 26 Oktober 2011

SENI PERBUALAN – Rancang Soalan Anda

Sememangnya persiapan sebelum bertemu dengan prospek/pelanggan amat di tuntut.  Pengetahuan dalam produk atau perkhidmatan yang di tawarkan mestilah di fahami sedalam-dalamnya dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Melakukannya biarlah secara bersungguh supaya nanti apabila prospek/pelanggan bertanya kita dengan senang hati mampu memberikan jawapan balas yang cukup menarik dan memuaskan hati prospek/pelanggan yang bertanya. Lagi baik jika dapat di sentuh di dalam hati dan sanubari prospek/pelanggan yang menyebabkan emosi prospek/pelanggan begitu tertarik dan terpesona di buatnya.

Bagi mendapatkan emosi prospek/pelanggan begitu tersentuh dengan kehadiran kita yang melakukan jualan, adalah di sarankan agar anda dapat menyediakan beberapa siri soalan-soalan yang perlu di kemukakan kepada prospek/pelanggan bagi memudahkan tindakan anda mengambil kesempatan mengetahui kedudukan sebenar prospek/pelanggan samada prospek/pelanggan telah bersedia ataupun tidak untuk menerima segala tawaran produk atau perkhidmatan yang di tawarkan.

Antara siri-siri soalan yang di syorkan adalah

i.                     Adakah prospek/pelanggan faham, jelas dan mengikuti apa yang di per bincangkan?

ii.                   Adakah soalan yang di kemukakan kepada prospek/pelanggan memberikan satu penyelesaian kepada mereka? Memahami masalah mereka bagi memudahkan tugasan kita membantu apa yang di hajati oleh prospek/pelanggan amat di perlukan. Apabila kita telah faham dan tahu  maka makin mudah untuk kita melakukan mengesyorkan yang lebih baik dan lengkap kepada mereka bersesuaian dengan apa yang di inginkan.

iii.                  Adakah prospek/pelanggan masih mahu lagi menggunakan produk atau perkhidmatan yang di tawarkan oleh pesaing?

iv.                 Adakah pertanyaan-pertanyaan kepada prospek/pelanggan begitu meyakinkan mereka?

v.                   Adakah prospek/pelanggan orang yang melakukan keputusan akhir? Sebaik-baiknya cuba kenal pasti siapa atau adakah mempunyai orang yang di belakangnya mempengaruhi keputusannya.  Kemukakan persoalan ini bagi mendapatkan kepastian dahulu sebelum kita dapat menutup jualan.

vi.                 Adakah soalan anda berkisar kepada minat dan keadaan sekeliling prospek/pelanggan? 

vii.                Adakah ganjaran menjadikan faktor penting kepada prospek/pelanggan?

viii.              Adakah soalan yang di kemukakan telah memudahkan proses jualan anda kepada prospek/pelanggan? Memastikan kefahaman yang di terima dan di fahami oleh prospek/pelanggan di samping menunjukkan kesungguhan kita membantu dan mencari jalan penyelesaiannya dengan segala bantahan dapat di selesaikan dengan baik akan membuatkan jualan akan lebih senang  dan teratur.

ix.                 Adakah persoalan yang di timbulkan menjadi satu persoalan yang boleh membangkitkan  semangat dan kemahuan prospek/pelanggan untuk menerima produk atau perkhidmatan yang di tawarkan?

x.                   Adakah anda telah melakukan persoalan bagi mendapatkan komitmen persetujuan prospek/pelanggan yang mereka telah melakukan keputusan yang betul dan tepat menerima tawaran anda? 

Ringkas dan padat. Itu yang di perlukan semasa berurusan dengan prospek/pelanggan. Tidak memerlukan masa yang panjang dan lama lebih dari kebiasaannya dalam mendapatkan jualan. Tenang dan tidak serabut kan kepala, sabar dan mudah dalam pertuturan perlu di amalkan.  Kepastian dan persetujuan akhir prospek/pelanggan sememangnya di perlukan bagi menandakan kejayaan jualan kita setiap kali kita berurusan dengan sasaran prospek/pelanggan. Pengalaman adalah guru terbaik dan akan lebih mematangkan kita melakukan jualan.


Read more >>