Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 31 Ogos 2014

BEBASKAH KITA SELAMA INI?




Telah  57 tahun negara kita bebas dari di jajah. Bebas dari di kuasai dan dikongkong oleh negara mana sekalipun yang penting rakyat dari negara sendiri yang mentadbirnya. Laungan ‘Merdeka’ di laungkan di serata tempat setiap kali hadir 31hb Ogos. Sehingga kini cukup merasa bangga pasti tersemat di dada masing-masing sebagai satu kepuasan dan pembuktian dalam diri kita bagi mencapai kemerdekaan. Tidak kira peringkat umur sudah pasti laungan tersebut pasti kedengaran dilaungkan dengan penuh semangat.

Pernah kah kita terfikir kan pula tentang diri kita? Adakah kita turut sama merdeka? Bebas dari di jajah dari anasir-anasir negatif yang telah membelenggu diri kita untuk bertindak lebih cemerlang mencapai kejayaan di samping menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Kadangkala mulut hanya pandai berbicara apa yang orang lain lakukan tapi malangnya apabila kita dituntut untuk melakukannya kita hanya diam membisu seolah-olah satu bebanan pula untuk kita melakukannya. Hasilnya mulut bijak berbicara tapi tindakan sepi membisu begitu sahaja.

Mengkritik, mengomen dan menunjukkan kelemahan orang lain cukup cekap kita tunjukkan. Umpama menonton perlawanan bola sepak di kedai kopi bukan main lantang kita mengkritik tanda tidak puasnya hatinya kepada pemain pasukan yang kita gemari bila melakukan  kesilapan dan kesalahan. Agak-agaknya bagaimana keadaannya jika kita yang bermain di tempat pemain yang kita kritik tersebut? Mampu kah kita melakukannya seperti mana yang kita mahukan? Berfikirlah sebaik mungkin agar tidak mudah untuk kita kondem dan mengata yang bukan-bukan terutama kepada orang lain walaupun orang tersebut tidak mengenali diri kita.

Berubah segera merdekakan diri kita dari terus-terusan melakukannya. Sepatutnya apa yang berlaku dan terjadi ambillah sebagai satu pengajaran dan iktibar untuk diri kita. Yang baik kita ambil yang tidak baik kita jauhi jangan melakukannya. Merdeka untuk lebih cemerlang mencapai kejayaan di samping menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT ini matlamat utama kita. Lakukan walaupun sedikit tapi secara konsisten dan berterusan pasti lama-kelamaan naik mendadak seperti membina sebuah gunung. Benda yang baik memang sukar dan payah untuk dilakukan tapi kalau dilakukan sudah pasti tercapai juga akhirnya. Mohonlah pada Allah agar sentiasa dipermudahkan dan disenangkan segala tindakan yang kita lakukan selama ini. Bukan kerana merdeka tapi inilah semangat dan perbuatan yang perlu kita lakukan sampai bila-bila sebelum Allah menutup mata kita.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 57.
Read more >>

Sabtu, 30 Ogos 2014

PERLUKAH KITA MENGGODA?



(Gambar yang di paparkan adalah sebagai satu hiasan sahaja)


Ada orang mengatakan bila melakukan jualan kena menggoda baru boleh laku. Menggoda sehingga bakal pembeli tak tahu nak kata apa hanya kerana tergoda dan digoda sehingga apa yang dicadangkan dan ditawarkan sanggup diterima mentah-mentah begitu sahaja. Adakah ini yang kita lakukan dan mahukan apabila melakukan jualan.  Langsung tidak memberi peluang dan ruang kepada bakal pembeli untuk memikirkan sama ada apa yang ditawarkan boleh ataupun tidak untuk diterima begitu sahaja.

Bagi kita yang menjual yang mementingkan agar stok yang ditawarkan mudah habis dengan cepat dan segera tidak mustahil kaedah menggoda orang amat efektif untuk dilakukan. Asalkan orang terima dan semua stok dapat dihabiskan itu menunjukkan satu kejayaan dalam melakukan jualan. Tidak kiralah mereka tergoda ataupun tidak asalkan apa yang kita tawarkan diterima mentah-mentah begitu sahaja dikira amat memadai dengan apa yang dilakukan. Begitulah jalan mudah dan pintas kalau kita menggunakan konsep menggoda pada orang lain.

Masalahnya berapa lama boleh kita lakukan jualan cara menggoda ini? Berapa ramai yang boleh kita goda? Kalau setakat seorang dua mungkin boleh kita lakukan tapi kalau setiap kali bertemu orang dengan setiap hari kena lakukan godaan ada kah kita sanggup? Berfikirlah secara waras agar kaedah menggoda orang perlu dijauhkan sama sekali. Jangan kerana nak untung banyak, nak jalan mudah, nak perabiskan stok atau nak mendapatkan pujian orang kita menggunakan kaedah sebegini. Suatu hari nanti sudah pasti orang ramai dan rakan sekerja kita akan hilang hormatnya pada tindakan dan perbuatan kita ini.
Lakukanlah dengan sebaik mungkin. Beri penerangan dengan rasa tanggungjawab yang sepenuhnya. Ketika proses perundingan beri masa mereka untuk fikirkan sedalam-dalamnya sama ada untuk menerimanya ataupun tidak. Tak perlu memaksa tak perlu menggoda tapi pujuklah secara baik mendatangkan persetujuan mereka menerimanya secara logik akal. Selagi niat kita ikhlas untuk membantu sudah pasti Allah akan melorongkan mereka untuk menerima tawaran kita atas keikhlasan dan kejujuran dari diri kita. Percayalah dan yakinilah apa yang sepatutnya kita lakukan.



Read more >>

Jumaat, 29 Ogos 2014

APA JUGA KEADAAN BERDOALAH




Fitrah manusia pasti berkehendakkan yang banyak. Tak mainlah sikit-sikit. Kalau boleh nak dapat tu biar kita seorang sahaja yang punya seolah-olah usaha orang lain tak perlu tahu tapi kita sahaja yang menikmatinya. Itu lah kita dalam apa hal sekalipun pasti hendak kan yang banyak dan yang besar. Rasulullah juga menuntut agar apabila berdoa minta banyak-banyak bukan sedikit-sedikit sahaja seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang pula. bersesuaian dengan Rasulullah SAW bersabda Apabila seseorang antara kamu berdoa, maka hendaklah memperbesarkan keinginannya, sebab sesungguhnya bagi Allah tiada sesuatu pun yang di anggap besar (Hadis Riwayat Ibnu Hubban).

Alangkah baiknya betapa kerapnya kita sering melakukan doa terhadap Allah agar Allah bukan setakat permudahkan urusan kita tetapi mengabulkan setiap permintaan kita juga. Mintalah sebelum melakukan tugasan, sedang dan selepas melakukan jualan. Benar-benar mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah dalam apa keadaan dan situasi sekalipun. Bukankah Allah menuntut kita berdoa kepadanya meminta dan memohon apa juga yang kita inginkan dan mahukan daripada Nya. Firman Allah bermaksud ‘Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Aku maka (beritahulah kepada mereka) : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku’ (Surah Al-Baqarah Ayat 186).

Berdoalah dan yakinlah dengan janji Allah. Berdoa kena dengan cara dan gayanya. Jangan main hentam kromo begitu sahaja. Dah kita berkehendakkan sesuatu, maka biarlah beradab dan bersopan bila kita memohon. Firman Allah bermaksud ‘Berdoalah kepada Tuhan mu dengan merendahkan diri dan (dengan suara) perlahan’ (Surah Al-Araf’ Ayat 55). Sentiasalah merendah diri bukan setakat manusia sahaja tetapi dengan Allah kena di lebihkan lagi.

Lakukanlah berdoa dengan sebaik yang mungkin. Mintalah apa saja pada Allah akan di makbulkan. Kalau tidak diperoleh apa yang kita minta di dunia, di akhirat kelak pasti akan dipenuhi juga. Hendak dimakbulkan dengan Allah pastikan segala amalan dan ibadah kita hanya pada Allah. Bukan apabila terdesak baru nak ingat Allah dan apabila sedang menikmati kesenangan habis Allah kita lupakan. Biar senang ataupun susah hanya Allah sahaja tempat kita bergantung sesungguhnya.

Read more >>

Khamis, 28 Ogos 2014

BUKAN SEKADAR MENJUAL




Majoriti mengatakan orang yang menjual pasti nak dapatkan income yang tinggi memperoleh pendapatan dan ganjaran se maksimum yang termampu jika dibandingkan dengan orang yang makan gaji atau berpendapatan tetap. Semuanya bersangka yang bukan-bukan pada orang yang menjual kerana inilah realiti sebenar yang perlu kita hadapi. Tidak kira baru bermula atau pun sudah dikira cukup otai namun persepsi orang ramai tidak mampu untuk ditolak lagi. Segala tohmahan perlu dihadapi dengan berlapang dada pada kita yang menjual.

Fahami segera pada kita yang menjual. Bukan sekadar menjual untuk mendapat dan menambahkan pendapatan tapi sebenarnya terlalu luas skop kita yang melakukan jualan. Apa yang dimaksudkan dengan bukan sekadar menjual sahaja adalah kerana

i.             Kita sebenarnya menghulurkan bantuan dan pertolongan pada mereka yang memerlukan produk yang ditawarkan bagi tujuan untuk menyelesaikan apa juga masalah yang mereka hadapi.

ii.           Memberikan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam lagi kepada mereka yang berminat untuk mengetahui produk yang ditawarkan. Selagi ilmu tidak disampaikan sudah tentu kefahaman mereka tidak ke mana.

iii.          Per mudahkan dan menyenangkan mereka untuk peroleh produk yang ditawarkan mengikut kesesuaian dan kesenangan mereka peroleh produk yang ditawarkan. Jangan disukarkan tapi disenangkan setiap cara dan kaedah yang diberikan.

iv.          Lagi ramai yang ditemui lagi banyak silaturahim terjalin antara kita dan mereka di luar sana. Bukan berkempen untuk menjadi wakil rakyat memerlukan sokongan ramai tapi satu cara mudah semakin ramai dikenali semakin mudah untuk melakukan jualan.

v.            Semakin banyak produk yang ditawarkan di pasaran semakin memudahkan lagi untuk kita mendapatkan keuntungan dan perolehan yang diidam-idamkan. Ganjaran dan imbuhan tambahan dari pengeluar produk di atas kebolehan dan kehebatan kita melakukan jualan mungkin boleh diterima tanpa kita duga seperti hadiah penghargaan, melancung ataupun bayaran bonus.

vi.          Melakukan setiap tugasan hanya kerana Allah SWT. Bukan setakat untung di dunia sahaja tetapi untung juga apabila di akhirat kelak. Untung dua dalam satu pekerjaan semuanya bergantung kepada niat dan keikhlasan kita melakukannya.

Berilah yang terbaik. Niat yang baik sudah pasti tindakan yang ditunjukkan akan memberikan impak yang baik juga kepada mereka yang memerlukannya. Selagi kita ikhlas melakukannya apa orang lain perkatakan jangan dihiraukan. Bertindak mengikut apa yang di rancangkan agar setiap jualan kita mudah menjadi kenyataan pada akhirnya nanti. Sentiasa berhemah dan bersopan walau dengan siapa pun juga kita bertemu dan berinteraksi dengan mereka. Bersungguh untuk melakukannya sudah pasti ganjaran dan imbuhan akan menjelma juga pada akhirnya juga. Yakinilah dengan apa yang dilakukan.


Read more >>

Rabu, 27 Ogos 2014

BILA DAH MALAS




Bila ada peluang pergunakan segera. Hidu cepat segala oportuniti yang berada di hadapan mata kita. Jangan main agak-agak atau main tak apa sahaja dikhuatiri nanti akan terlepas begitu sahaja segala peluang yang terhidang dan terbuka buat diri kita. Kerana kelalaian dan sikap tidak mengambil berat sudah pasti yang ruginya adalah diri kita sendiri. Adakah ini yang kita mahukan? Tidak kah ada sedikit rasa tanggungjawab dan bersalah atas kegagalan kita menyedari apa yang telah kita lakukan? Tepuk dada tanyalah selera. 

Bila lambat bertindak sudah pasti perkara berikut akan kita hadapi

i.             mudah hilang bakal pembeli

ii.           orang lain akan cepat bertindak pantas hanya kerana kelemahan diri kita sendiri

iii.          hilang kepercayaan orang lain pada kita 

iv.          nampak sangat kita ni seorang yang pemalas orangnya

v.            tidak menjaga karier kita dalam bidang jualan

vi.          lebih banyak kesusahan dari kesenangan yang bakal kita hadapi nanti

vii.        mudah hilang mood untuk melakukan jualan

Kalau ini lah yang ada dalam diri kita sudah pasti tidak ke mana segala usaha dan tindakan kita. Yang ruginya nanti adalah kita sendiri dan bukannya orang lain pun. Hal yang demikian eloklah segera kita berubah dan perbetulkan demi kebaikan diri kita sendiri. Tiada orang yang sanggup berubah demi orang lain melainkan diri sendiri. Tak salah pun berubah, yang salahnya jika sampai sekarang masih tidak mahu berubah-ubah lagi. Buanglah sikap malas kita itu kerana yang untungnya nanti bukannya orang lain pun.


Read more >>