Bulan yang penuh dengan ganjaran. Inilah janji Allah yang perlu kita ambil
kesempatan dan tunaikan. Sambil menyelam minum air, sambil lakukan jualan
pastikan ia nya satu ibadah. Bukan nak memikat atau menyedapkan hati tapi satu kenyataan
yang perlu untuk kita adalah menimba sebanyak yang mungkin dan termampu. Buat bekalan
kumpulkan segala ganjaran yang Allah janji kan pada kita kalau kita lakukan dengan
ikhlas, jujur dan betul.
Memang memenatkan. Dengan menahan perut lapar dan dahaga di tambah pula
dengan cuaca yang panas pasti akan menjadikan kerja semakin sukar dan
memayahkan kalau diikutkan logik akal dan fikiran. Elakkan berfikiran begitu
kerana apa juga yang Allah minta kita lakukan sudah pasti ada hikmah dan cerita
baik tersimpan tanpa kita ketahui dan sedari. Sememangnya Allah tidak akan
membebankan seseorang itu dengan beban kerja dan tugas yang berat-berat sahaja.
Semuanya Allah dah rancang kan pada kita cuma yang memisahkan itu semua adalah
pada usaha, sama ada telah kita lakukan ataupun tidak.
Berpuasa bukanlah satu alasan untuk tidak bekerja dan berpuasa juga bukan
satu alasan untuk duduk dalam masjid 24 jam sehari. Kena imbangkan kena
perbetulkan kerana niat yang betul sudah pasti ganjaran pahala dan keredaan
Allah sudah pasti kita temui. Jangan di tangguh lagi berusahalah sebaik mungkin
dan termampu kerana Allah sudah pasti menolong dan membantu kita selagi nyawa
masih diberikan.
Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ‘Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
kerana keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan di ampuni dosa-dosanya
yang terdahulu’ (Hadis
Riwayat Ahmad)