Sering kali bila berinteraksi ketika melakukan jualan tiba-tiba terasa
betapa hati kita tidak puas hati dengan orang yang kita tawarkan. Bila dah mula
merasa tidak puas hati ini yang boleh mengundang perkara-perkara yang tidak
baik pula akan terjadi dan berlaku walaupun secara tidak sedari. Kerana karenah
dan tabiat mereka, kita yang berada di hadapan mereka dalam penuh ketenangan
dan kesabaran tiba-tiba sahaja merasakan seolah-olah ada sesuatu perkara yang boleh
mengakibatkan kita cukup-cukup rasa tidak selesa dan terkedu dibuatnya.
Semuanya gara-gara input mereka yang kita terima tidak dimaklumkan dengan lebih
lanjut dan lebih mendalam lagi.
Hanya kerana terlalu berahsia hajat kita akan tersekat disebabkan keengganan
mereka untuk bekerjasama dengan kita, hati mereka setengah tertutup buat kita.
Puas ditanya dan puas juga kita memasang telinga namun hasil hampeh tidak berhasil
begitu sahaja. Hajat di hati boleh diperoleh namun kekecewaan sahaja yang mampu
untuk didapati. Inilah akibatnya bila sesuatu yang diharapkan namun perkara
lain pula yang diterima.
Atasilah rasa ketidakpuasan hati seberapa segera yang termampu agar mode
kita ketika menjual tidak terganggu dengan apa yang telah berlaku dan terjadi.
Ambil tindakan secara berhemah dan bersopan agar kesabaran dan ketenangan kita
dapat dikekalkan dengan sebaik yang termampu. Antara tindakan-tindakan yang
perlu dilakukan adalah
i.
Bertanya dengan memberitahu kenapa kita
amat memerlukan maklumat yang diperlukan. Ini bagi membolehkan dan memudahkan
tugasan kita menyediakan produk yang bersesuaian dengan apa yang mereka
carikan. Selagi kita tidak tahu masalah mereka selagi itulah kita akan gagal
dalam menjual. Masalah mereka perlu kita ambil tahu bagi mudahkan kita
kemukakan solusi nya dengan produk yang bersesuaian. Berkata secara berhemah
dan jangan sama sekali berkasar. Kita yang berkehendakkan maka kita lah yang
perlu bertanya apa masalah mereka. Yang penting jangan putus asa mengorek apa
yang kita perlukan.
ii.
Pilih di bahagian yang terbaik untuk
mencelah. Hidupkan suasana agar komunikasi dua hala boleh berlaku. Cari
bahagian dan tumpuan daripadanya yang membolehkan mereka untuk berbicara dan
bercerita kepada kita. Jangan terus-terusan menjual dahulu tapi terus-terusan
kenal pastikan terlebih dahulu permasalahan mereka. Selagi komunikasi dua hala
tidak diwujudkan selagi itulah kita akan gagal untuk melakukan jualan.
iii.
Kejujuran dalam memberitahu secara ikhlas
dan bersungguh akan niat kita melakukan jualan perlu diserlahkan lagi. Beri
kefahaman dan pengetahuan yang mendalam kepada mereka kenapa kita tawarkan
produk yang ditawarkan kepada mereka. Ketulusan dan ketelusan amat diperlukan
dalam peringkat ini agar keyakinan dan kepercayaan mereka cukup mudah untuk
diperoleh.
iv.
Beri peluang luahkan perasaan mereka kepada
kita. Pasang sahaja telinga untuk ketahui apa yang mereka perkatakan walaupun
kadang-kadang ada bahagian yang cukup membosankan kita. Layan sahaja. Ikut
rentak mereka agak pada peringkat akhirnya kita sudah ketahui apa yang mereka
cari dan mahukan. Berilah sedikit masa buat mereka untuk meluahkan apa yang
terpendam selama ini kepada kita.
v.
Jangan salah bertempur dengan mereka pula.
Tersilap gempur hanya nak dapatkan maklumat terus menjadi peperangan besar yang
pasti sudah tidak mampu untuk dikawal lagi. Elakkan sama sekali. Per banyakkan
bersabar dan bertenang, jangan gopoh dan kecoh kerana mereka tidak ke mana pun.
Berjaya kita mengawal keadaan bermakna berjaya kita mengawal mereka. Bila
semuanya dalam keadaan terkawal sudah tentu dan pastinya segala proses jualan
akhirnya akan berjalan seperti mana yang dirancang dan dimahukan.
Sebagai manusia memang tidak dinafikan pasti ada kelemahannya. Atasilah
dengan sebaik mungkin kerana telah pun kita ketahui yang kita masing-masing ada
kelemahan yang boleh membantutkan usaha kita melakukan jualan. Ambil jalan selamat
sentiasa berhemah dan bersopan. Timbul geram, ketidakpuasan hati, marah atau
kecewa belajar untuk mengawalnya dan bukan sikap yang negatif mengawal diri dan
perasaan kita. Asalkan niat kita ikhlas dan jujur dalam melakukan jualan pasti
akan ada hasilnya yang mungkin kita pula tak sangka-sangka boleh perolehnya
pula.