Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 30 November 2013

MEMAHAMI ASAS DALAM JUALAN




Masih ramai sehingga kini yang sangsi dalam melakukan jualan. Bolehkah atau tidak boleh untuk melakukannya. Macam senang jer. Macam mudah jer. Semuanya pada penglihatan dan pengamatan dari diri kita sendiri. Tapi bila kita mula melakukannya rupanya indah khabar dari rupa. Seolah-olah melakukan jualan adalah satu perkara yang menyukarkan sama sekali. Seperti tiada persamaan dengan apa yang kita tengok dengan apa yang telah dimaklumkan oleh kenalan kita dalam melakukan jualan.

Betul ke ni? Mereka ni semua nak permain kan kita ke? Atau mungkin nak pekena diri kita. Mentang-mentanglah kita ini lebih banyak yang tak tahu langsung begitu mudah pula dipermainkan orang begitu sahaja. Seperti mengambil kesempatan ke atas diri kita yang serba tidak mengetahuinya. Inilah yang perlu kita atasi dan lakukan ambil tindakan yang terbaik mengenali beberapa perkara asas dalam melakukan jualan yang perlu untuk kita ketahui terlebih dahulu. Antaranya adalah

i.             Penjual
Menjual bukan setakat bermatlamatkan keuntungan untuk diperoleh sahaja. Kena ada luagan masa untuk melakukannya. Perancangan kena ada agar setiap tindakan melakukan jualan pasti boleh dilakukan. Jangan dengar apa orang lain perkatakan tapi lakukan dengan sepenuh hati dan tenaga. Niat kena betul iaitu bantu dan tolong orang menerusi produk yang ditawarkan. Hulurkan bantuan sudah pasti pada akhirnya nanti keuntungan akan datang dengan sendirinya. Tiada satu pun perkara yang mudah dan senang melainkan sanggup menghadapi apa juga cabaran dan ujian yang mendatang.

ii.           Pelanggan yang layak
Nak menjual bukan bermakna jumpa siapa pun juga kena menjual. Kena ada sasarannya. Umpama nak memanah kena sasarkan tempat yang betul supaya mengena apa yang kita mahukan. Ketahui dahulu ragam dan corak pelanggan yang sesuai dengan produk yang kita tawarkan. Jangan main hentam sesuka hati nanti hasil yang dimahukan tidak ke mana. Buat penat sahaja melakukannya. Pencarian kena betul dengan melakukan saringan terlebih dahulu. Ambil masa sedikit dari langsung tak buat apa pun.

iii.          Kemahuan atau kehendak pelanggan
Apa yang mereka mahukan dan carikan perlu untuk kita kenal pasti terlebih dahulu. Menerusi produk yang ditawarkan kena tahu pelanggan yang bagaimana yang akan boleh memiliki produk yang ditawarkan. Bukan semua bakal pembeli atau pelanggan mahu menerima  produk yang ada melainkan mereka yang benar-benar berminat untuk memilikinya. Teruskan pencarian ketahui pelanggan yang bagaimana untuk kita bantu dan tolong selesaikan masalah yang mereka tanggung selama ini.

iv.          Produk yang ditawarkan
Ketahui pengetahuan produk yang mendalam dan betul-betul segala kelebihan, manfaat dan ciri-ciri produk yang ditawarkan. Ambil sedikit masa ketahui pengetahuan produk. Setiap kali melakukan jualan sudah pasti ada yang membangkang dan membantah. Tak perlu risau bagaimana untuk menjawabnya mencari alternatif untuk mengatasinya. Selagi pengetahuan produk kita kukuh dan diketahui apa juga persoalan yang timbul sudah pasti boleh dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

v.            Strategi yang betul
Umpama kita mahu pergi ke sesuatu lokasi yang tidak kita ketahui, sudah pasti kita akan bertanya kepada orang lain bagaimana kita boleh sampai ke sana atau pun dengan menggunakan GPS. Dalam jualan pun sama, kena fikirkan apa strategi yang terbaik untuk melariskan produk yang ditawarkan. Bukan main hentam begitu sahaja. Nak ketahui cepat belajar dari orang yang telah berjaya melakukannya untuk kita melakukannya pula. Jangan malu dan segan. Semakin hari melakukan jualan semakin akan menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan kita dalam jualan. Semakin bertambah pengalaman semakin mudah untuk kita tahu strategi yang bagaimana boleh kita lakukan bagi memastikan jualan yang dilakukan cukup boleh mendapat sambutannya.

Belajar untuk tidak menyalahkan sesiapapun atau apa juga keadaan yang berlaku dan terjadi. Setiap apa yang dilakukan dan ditempuhi ini semuanya adalah ujian dan cabaran dari Allah SWT untuk diri kita. Senang atau susah kena tempuhi. Belajar untuk melakukan jualan dipermudahkan untuk melakukannya. Bukan dilakukan secara tanggapan dan andaian sahaja. Pencarian ilmu perlu dilakukan dari masa ke semasa agar sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana untuk menjual dan berinteraksi dengan hebat apabila bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal pasti tak akan dilepaskan bila-bila pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan