Jangan diabaikan begitu sahaja. Apa yang kita pertuturkan bukan setakat
didengari oleh orang yang berada di hadapan kita tetapi juga akan diperhatikan
sama sekali. Bertindak dengan memberikan tutur bahasa yang baik bukan setakat
mudah difahami tetapi juga tidak menyakiti hati seseorang. Bukankah apa yang
kita perkatakan itu satu doa? Ambillah langkah sebaik-baiknya agar siapa pun
juga yang mendengar apa yang kita perkatakan sentiasa senang hati dan boleh
menerima apa juga yang kita lontarkan.
Sabda Rasulullah SAW ‘Peliharalah diri mu dari api neraka,
walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma. Jika kamu tidak sanggup, maka
berilah tutur kata yang baik-baik’ (Hadis Riwayat Muslim). Pentingnya kita memberikan tutur kata yang
baik-baik kepada sesiapapun yang kita temui seperti mana yang Rasulullah
sarankan. Jangan main suka hati perkatakan yang bukan-bukan kerana setiap patah
perkataan yang dikeluarkan atau disebutkan adalah satu doa. Sedari atau tidak
kena terima. Kerana itu sebelum kita berkata-kata pastikan sebelum mengeluarkan
apa juga yang mahu kita perkatakan berfikir dahulu. Ambil tindakan selamat
kerana terlajak perahu boleh di undur tapi kalau terlajak kata buruk padahnya.
Banyak hikmah nya kenapa kita di saran untuk bercakap dengan tutur yang
baik. Antara penyebabnya adalah
i.
Apa yang
diperkatakan adalah satu doa
Cakap yang
baik-baik. Jangan berkasar kerana percakapan yang berhemah dan lembut lebih
mudah diterima oleh orang yang mendengarnya. Kita bercakap yang baik-baik
bermakna kita doakan orang yang berada di hadapan kita berada dalam keadaan
yang sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Apabila kita berkata baik sudah tentu
orang yang hendak berkasar dengan kita pun akan memikirkan juga perlu atau
tidak mereka berkasar dengan kita. Jadi malu alah lah pula mereka kepada kita.
ii.
Pengerat silaturahim
Jalinan
ukhuwah dan persaudaraan boleh dijalankan dan dieratkan sama sekali. Tidak ada
perselisihan faham dan membangkitkan perasaan marah. Masing-masing akan cuba
mengawal situasi menjadi harmoni sebaik yang mungkin. Jangan disalahkan satu
sama lain tapi cari jalan berbaik sangka. Bila dah wujud kepercayaan seseorang
kepada kita semakin mudah untuk kita melakukan jualan. Hormat kita pada orang
sudah pasti orang lain akan turut sama hormat kepada kita.
iii.
Kawal keadaan
Dengan
tutur kata yang baik dan bersopan sudah pasti akan membangkitkan rasa selesa
untuk berinteraksi dan berkomunikasi sesama kita. Bila masing-masing dah mula
selesa dengan komunikasi yang diwujudkan ini sudah tentu pelbagai persoalan
boleh dirungkaikan dengan sebaik yang mungkin mengikut acuan kita sendiri
mengetahui apa yang dicari dan diperlukan oleh bakal pembeli atau pelanggan.
Cuma perlu bertenang dan bersabar melayan karenah mereka terlebih dahulu.
Penting untuk kita yang melakukan jualan mengawal keadaan dari mereka yang
mengawal keadaan kepada kita.
iv.
Mengetahui situasi
sebenar
Ketahui apa
yang berlaku hanya dengan mengemukakan soalan-soalan yang mampu mereka
maklumkan kepada kita. Jangan pentingkan diri kita dengan memberikan anggapan
dan tanggapan terlebih dahulu. Utarakan persoalan dengan berhemah dan bersopan
yang tidak membangkitkan kemarahan seseorang. Lagi banyak kita tuturkan secara
baik lagi banyak yang akan kita ketahui. Jangan turutkan keghairahan hati nak
lakukan jualan dengan cepat dan segera tapi bermulalah secara spontan dan
tenang sahaja tanpa ada sebarang tekanan.
Bertindak dengan bijak dan waras. Jangan sama sekali diturutkan hati yang
mudah panas dan membara. Bawa bertenang dan bersabar setiap masa. Nak dapat
jualan mudah kena berkata baik dan mulut kena manis. Bukan senang nak dapatkan
perhatian orang kalau tidak kena caranya. Ikut apa yang telah Rasulullah
perkatakan bukan sahaja dalam kehidupan kita sehari-hati tetapi juga ketika
melakukan jualan terhadap mereka. Mana tahu dengan pertuturan yang baik-baik
ini akan lebih memudahkan kita melakukan jualan Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan