Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 23 November 2013

MENAJAMKAN LAGI TEKNIK JUALAN




Satu yang perlu diingatkan dalam kita melakukan jualan pastikan kita jangan mudah merasakan apa yang kita lakukan adalah betul dan benar sahaja. Jangan sama sekali menganggap diri kita telah sempurna dengan skil dan kemahiran yang ada. Mudah bangga dan tinggi diri akan akibatkan kita mudah alpa dan lupa pada tanggungjawab sebenar kita akan tugasan yang perlu kita lakukan. Semuanya merasakan boleh dilakukan dan ditunaikan dengan sebaik mungkin padahal keputusan akhir tidak ke mana pun. Inilah padahnya jika kita melakukan jualan sering kali mudah bangga diri yang kita cukup mudah melakukannya.

Bagi mendapatkan kesempurnaan dalam melakukan jualan ada beberapa tindakan yang perlu kita lakukan bagi menajamkan lagi skil dan kemahiran yang sedia ada. Sentiasa perbaiki dan kemas kini apa yang ada pada diri kita agar setiap hari bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui merasa cukup terpesona dan terpikat dengan apa yang kita tawarkan kepada mereka. Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan adalah

i.             Tak pandai bercakap tak semestinya tidak boleh menjual. Jangan gugup dan gagap bila bercakap

ii.           Tahu mengujudkan suasana yang bersesuaian ketika humor dan serius apabila tawaran hendak dilakukan

iii.          Berikan keikhlasan dan kejujuran dalam kita menjual. Jangan ada yang terselindung dan tersembunyi tatkala menjual

iv.          Beri kepuasan kepada bakal pembeli atau pelanggan

v.            Penjual biasa beri tahu, penjual yang elok menerangkan manakala penjual yang terbaik menunjukkan

vi.          Kefahaman mereka biar jelas dan mudah difahami

vii.        Tawarkan apa yang hendak ditawarkan jangan lebih dari itu

viii.       Sentiasa berada di hadapan mereka

ix.         Lakukan saringan dan pemilihan yang betul dan tepat. Sasaran kena betul

x.           Ketahui apa yang mereka fikirkan bukan apa yang kita fikirkan

xi.         Ketahui kesesuaian untuk bertanya bila dan bagaimana

xii.        Jangan malu untuk bertanya bila boleh untuk menerima tawaran yang dikemukakan

xiii.      Berikan usaha yang terbaik agar keputusan terbaik boleh diperoleh

xiv.      Mantapkan pengetahuan produk termasuk kepunyaan pesaing agar perbandingan produk boleh dilakukan.

Demi karier dan periuk nasi berikan yang terbaik kepada mereka di luar sana. Jangan mudah mengeluh dan merungut hasilnya nanti tidak ke mana. Sentiasa berdaya maju dan agresif per tingkatkan skil dan kemahiran yang ada. Ilmu perlu dicari bukannya datang bergolek. Kalau kita bersusah payah demi kemajuan karier tidak mengapa asalkan jangan sama sekali kita abaikan begitu sahaja. Lakukan yang terbaik agar hasil yang diingini boleh diperoleh dengan apa yang kita mahukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan