Tidak dinafikan STRES mudah terjadi kepada siapa pun
juga. Tambahan pula kalau ada tekanan dalam melakukan tugasan. Melakukan jualan
juga tidak terkecuali sama sekali. Pasti menimpa dan tetap wujud sama sekali.
Semua orang yang normal pasti mengalami STRES. Cuma orang yang gila sahaja yang
tak rasa STRES. Ambil tindakan
berhati-hati kerana kalau STRES ini tidak dapat dikawal sudah pasti akan
membawa imej yang tidak baik dalam melakukan jualan.
Menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah terdapat banyak puncanya kenapa STRES ini boleh berlaku. Antara puncanya adalah
1. cuai tentang ibadah,
2. hati
yang kotor,
3. tak
sabar,
4. terlalu
cerewet,
5. perisau,
6. nak
jaga hati orang,
7. terlalu mahukan kesempurnaan (perfectionist),
8. kabur
& tak pasti apa nak buat,
9. tiada
skil untuk menghadapinya,
10.
kesihatan terganggu dan sebagainya
Antara
cara nak kawal stres:
1Solat, zikir dan selawat,
2. Baca al Quran /kitab agama,
3 Hidupkan sunnah,
4.Maafkan semua kesilapan orang lain,
5.Bersedekah,
6.Ingatkan mati,
7.Tidur yang cukup,
8.Bangun tidur secara konsisten,
9.Bertenang sebelum tidur,
10.Elak risau sebelum tidur,
11.Kawal alat elektronik,
12.Tilam yang sesuai,
13.Qoilullah (tidur sebentar sebelum zohor),
14.Mulakan hari dengan senyum & doa,
15.Peluk bayi,
16. Kegiatan riadah atau bersukan,
17. Mengawal diet,
18.Membelai orang tersayang selalu,
19.Jadi orang baru,
20.Senyum selalu,
21.Urut mengurut,
22.Mandi air suam,
23.Ceritakan masalah kepada orang lain/ kaunselor,
24.Tengok ikan dalam akuarium,
25. Menangis,
26.Tukar skrip, bisikan kendiri,
27.Lebih tegas (asertif),
28.Tukar imej diri dan tingkat harga diri,
29.Penafasan yang sempurna,
30.Bercerita dan mendengar cerita,
31.Bercuti/ berehat/ bersantai,
32.Menjerit di tempat yang 'private‘,
33.Bernasyid/qasidah/ menyanyi,
34. Muhasabah diri,
35.Melihat pemandangan atau sesuatu yang menarik dan
tenang,
36.Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung dan
sebagainya,
37.Beruzlah (berkhalwat),
38.Bersikap positif terhadap orang lain dan sayangi semua
orang,
39.Nilai semula pegangan dan keutamaan,
40.Sentiasa redha dan bersyukur,
41. Minta bantuan pakar/ ulama,
42. Menonton/ membaca kartun,
43.Perbaiki komunikasi,
44.Berterusan berdoa,
45.Dengar ceramah motivasi & ceramah agama,
46. Hiasan yang berbunyi bila ditiup angin (wind chimes),
47.Minum air masak lebih kurang 2 liter sehari,
48.Letak gambar belakang pintu,
49. Gambar dalam dompet/beg tangan,
50.Gambar atas meja,
51.Momento kenangan manis,
52.Buka tingkap (untuk udara/ cahaya/ bunyi burung),
53.Lihat bunga atau pokok hijau,
54.Berkebun/bertanam sayur,
55. Bermain dengan haiwan kesayangan,
56.Cari kumpulan sokongan yang positif,
57.Terapi Aroma ,
58. terapi Warna,
dan
banyak lagi. Moga Allah dirahmati & rawat stres kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan