Syukur alhamdulillah kita diberi peluang untuk
hadir sekali lagi untuk menyambut 1 Muharam. Tidak dinafikan penghijrahan
Rasulullah bersama Sayidina Abu Bakar ke Kota Madinah menjadi satu titik
sejarah buat kita semua. Bukan sahaja sebagai satu kenangan peristiwa tetapi
juga sebagai menandakan tahun baru dalam kalendar Islam. Perlu kepada perubahan
setiap masa dan ketika bagi memastikan kejayaan dapat diraih sebagaimana yang
kita mahukan.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya seluruh amal
itu tergantung kepada niatnya dan setiap orang akan mendapatkan sesuai niatnya.
Oleh karena itu, barang siapa yang berhijrah karena ALLAH dan Rasul Nya, maka hijrahnya
kepada ALLAH dan Rasul Nya. Dan barang siapa yang berhijrah kerana (untuk
mendapatkan) dunia atau wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu
kepada apa yang menjadi tujuannya (niatnya)." (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim).
Sempena Maal Hijrah ini marilah kita
bersama-sama mengukuhkan lagi mencapai kejayaan dalam karier kita melakukan
jualan. Melakukan jualan mesti bermula dengan membantu dan menolong orang yang
mempunyai masalah untuk diselesaikan menerusi produk yang kita tawarkan. Bantu dan
tolong mereka secara ikhlas dan jujur barulah mereka tahu kehadiran kita
sememangnya untuk membantu dan tidak sama sekali mengambil kesempatan ke atas mereka.
Antara tindakan-tindakan yang diperlukan bagi memastikan kejayaan berterusan
dinikmati oleh kita yang melakukan jualan ini adalah
i.
Lakukan dengan minat
Tanamkan minat yang mendalam untuk melakukannya. Perkara yang
kita minat pasti boleh untuk dibuat bagi mendapatkan keputusan seperti mana yang
dimahukan. Jangan pula malu dan segan untuk melakukannya. Kerana itu kita kena
minat untuk melakukannya dan jangan sama sekali seperti melepaskan batuk di tangga
sahaja.
ii.
Ilmu dan mentor
Apa juga yang kita lakukan mesti ada ilmu yang berkaitan. Paling
baik ada seorang guru yang sentiasa boleh mengajar, mendidik, berdamping dan
menegur segala tindakan kita. Makin kita berilmu makin handal kita melakukan
tugasan dalam menjual. Tiada keraguan tapi kepastian yang diperoleh. Makin banyak
kita lakukan makin bertambah matang menceburi bidang jualan ini.
iii.
Istiqamah
Sentiasa konsisten dan lakukan secara bersungguh. Jangan hangat-hangat
tahi ayam nanti orang mudah gelakkan diri kita. Dah ceburi lakukan sebaik
mungkin. Maruah diri perlu dijaga. Tanamkan keyakinan agar apa yang kita
lakukan perlu kejayaan. Kalau menjual asyik temui kegagalan tentu sukar kalau
begini. Lakukan dengan memberikan yang terbaik.
iv.
Muhasabah
Tawakal pada Allah apa yang telah diusahakan. Setiap kali kita
lakukan periksa semula apakah yang kita lakukan ok atau sebaliknya. Kesan segera
kalau ada apa-apa kesilapan atau kesalahan yang dilakukan supaya kita boleh
perbetulkan semula secepat yang mungkin. Biar kesempurnaan sentiasa ada apabila
kita berhadapan dengan bakal pembeli atau pelanggan.
Semoga dengan empat perkara yang dinyatakan ini
akan tetap dilakukan tidak kira apa pun yang berlaku dan terjadi. Kena sentiasa
kemas kini diri kita agar kita sentiasa mampu bersaing dalam pasaran
mendapatkan kepercayaan dan keyakinan bakal pembeli atau pelanggan. Jangan mudah
putus asa dan kecewa tapi berazamlah melakukan yang termasuk sempena kehadiran
Maal Hijrah ini. Berhijrah dari sukar kepada senang, sedikit kepada banyak dan
takut kepada berani. Tiada yang mustahil yang penting lakukan mengikut ilmu
yang ada tanpa perlu ada nya ragu-ragu sama ada boleh atau tidak untuk
melakukannya. Kita sendiri yang menentukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan