Agak membimbangkan di kala ini terlalu ramai yang melakukan jualan langsung
tidak menghiraukan orang lain. Sikap terlalu mementingkan diri mengatasi
segala-galanya. Seolah-olah merasakan kita sahaja yang betul dan benarnya
sehinggakan orang lain dipandang mudah tak reti-reti melakukan jualan. Kalau
adapun pasti merasakan akan merosakkan lagi agenda perolehan keuntungan
peribadi kita. Langsung tak mahu berkongsi sama dan menganggap terlalu
mengganggu pula kehadiran mereka.
Jika segala-galanya kita asyik mementingkan kepentingan peribadi
sahaja
bermakna kita adalah seorang di mana
i.
Tamak sehingga kita sanggup lakukan apa
sahaja demi keuntungan diri kita dan tidak pada orang lain
ii.
Menjadi seorang yang berdendam. Asalkan
kita berjaya seorang sahaja sudahlah buat apa kita fikirkan tentang orang lain pula
iii.
Marah merupakan agenda utama. Angin kita
sahaja yang betul dan perlu dilayan oleh semua orang. Selagi tak marah selagi
itu dirasakan orang lain tidak mahu mendengarnya
iv.
Orang cakap apa pun semuanya salah dan
tidak betul. Kita sahaja yang betul dan benar.
v.
Hak kita adalah hak kita. Hak orang lain
pun dirasakan hak kita juga. Amat menyedihkan kalau perkara sebegini berlaku
dan terjadi.
vi.
Ilmu dirasakan cukup banyak sehingga orang
lain yang melakukan jualan ilmu mereka tidak ke mana. Semakin berilmu semakin
meninggi diri pula.
vii.
Kerana pentingkan diri kita lupa yang kita
ini setiap detik sentiasa diuji oleh Allah. Susah pun di uji apatah lagi ketika
senang.
Ini kah yang kita cari selama ini dalam melakukan jualan? Sentiasa nak
menang dan berjaya sehingga sanggup kita ketepikan hak dan rezeki orang lain
sama. Perlu kah kita berusaha keras memastikan kita sahaja yang betul tapi
menafikan hak orang lain dalam menjual. Perlu untuk kita semak semula. Jangan
main suka-suka hati hentam tak tentu fasal demi menegakkan perbuatan
mementingkan diri kita sahaja. Muhasabah semula agar bukan sahaja kepentingan
diri kita sahaja yang di jaga tetapi juga kepentingan orang lain perlu dijaga
sama. Itu yang sepatutnya kita lakukan agar kejayaan bukan setakat kita seorang
sahaja yang menikmatinya tetapi juga semua rakan-rakan setugas dan karier yang
sama dengan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan