Amat menjengkelkan rasanya jika jualan yang kita lakukan pasti menghadapi
halangan. Halangan yang timbul dan muncul secara tiba-tiba kalau tidak diurus
dengan baik pasti akan memberikan tekanan buat diri kita. Menyeksa kan dan
menyukarkan lagi tindakan kita. Adakah ini satu situasi yang perlu kita hadapi
sama sekali. Kenapa perlu melaluinya satu jalan yang sukar dan susah sama
sekali. Amat malang rasanya jika ini berlaku dan terjadi.
Pernah kah kita terfikir apabila terdapatnya halangan dalam jualan mungkin
berpunca dari kita sendiri. Kadang-kadang tanpa kita sedari sebenarnya kita
yang mencipta halangan itu sendiri buat diri kita. Adakah ini yang kita mahukan
dalam kita melakukan jualan? Satu persoalan yang perlu kita jawab secara
bersama. Kena ambil tahu agar di masa hadapan bukan halangan yang kita cipta
sendiri berlaku atas kita tetapi sebenarnya adalah rintangan yang datang hasil
ciptaan bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui. Sedar atau tidak mungkin
perkara seperti berikut sebenarnya tidak kita lakukan iaitu
i.
Tidak
mengikut proses jualan sebenarnya
Ingat
segera dan cepat mendapatkan penutupan jualan kita terlupa proses dalam
melakukan jualan seperti mendapatkan temu janji, melakukan presentasi,
perundingan ataupun presentasi yang sewajarnya. Kita tinggalkan perkara yang
sepatutnya sehingga kita terus melangkau semuanya memaksa mereka untuk menerima
tawaran yang ditawarkan. Adakah jualan suatu kebetulan atau satu usaha yang
berterusan? Fikir sebaik-baiknya agar setiap kali kita melakukan jualan tiada
langsung terlepas sasaran yang sepatutnya kita lakukan.
ii.
Persaingan
yang tiada hubungannya
Leka
menjual sehingga kita terlupa akan persaingan yang ada di pasaran. Seolah-olah
kita sahaja yang menjual dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ini. Pesaing langsung
kita ketepikan. Lebih banyak kita bermain anggapan dan tanggapan sahaja. Inilah
halangan pemikiran yang sepatutnya harus kita bersihkan dalam pemikiran kita
terlebih dahulu.
iii.
Tidak
menghormati mereka sebagai bakal pembeli atau pelanggan
Menjual ikut
suka hati sahaja merasakan keputusan kita adalah keputusan mereka juga. Tiada
wujud kompromi dan kata sepakat dalam melakukan jualan. Kita yang memerlukan
mereka dan bukannya mereka seratus peratus perlukan kita. Kita berikan ala
kadar sahaja mereka mampu mencari orang lain yang lebih baik dari kita. Adakah
ini yang kita cari selama ini?
iv.
Menjual
sahaja
Memanglah
kita di saran untuk menjual. Tapi kena fikirkan kita menjual bukan untuk
menjual terus-terusan begitu sahaja. Kena ada ‘GIVE AND TAKE’. Kena dengan apa
yang mereka perkatakan terlebih dahulu dan bukan main-main suka bagi tawaran
sahaja. Jumpa sesiapa sahaja beri tawaran tanpa memikirkan mereka yang kita
temui itu memerlukannya ataupun tidak. Gunalah sedikit kecerdikan yang ada pada
kita agar tidak berlaku perkara yang sebegini.
v.
Gagal
mendapatkan kepercayaan
Macam mana nak
menjual jika kepercayaan mereka gagal kita peroleh. Majoriti menerima tawaran
berdasarkan kepada kepercayaan ke atas seseorang yang menjual produk yang
ditawarkan. Selagi kepercayaan tidak diperoleh selagi itulah kita sememangnya
mempunyai halangan untuk melakukan jualan.
Ambil sedikit masa berfikir semula apa tindakan terbaik kita melakukan
jualan. Belajar dari kesilapan dan pengalaman orang yang berjaya melakukan
jualan. Dalami lagi ilmu melakukan jualan. Bukan main-main suka sahaja
menceburi bidang jualan berdasarkan logik akal sahaja. Ketahui segala cabaran
dan dugaan yang bakal menimpa agar kita tahu cara untuk atasinya pula. Lakukan
yang terbaik agar kita dapat berikan yang terbaik menghadapi setiap halangan
yang ada dan terdapat bila-bila masa sekalipun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan