Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 29 November 2013

BETUL KAH JUALAN SUKAR DILAKUKAN?



Di samping mencari perolehan dan keuntungan di dunia, kehidupan kita di alam satu lagi jangan diabaikan. Boleh dilakukan serentak semasa kita hidup di dunia ini lagi. Perlu dilakukan ketika kehidupan di dunia dimanfaatkan manakala kehidupan di akhirat nanti dijadikan bekalan dari dunia ini. Kerana itu kita perlu kepada pengukuhan iman yang amat sangat. Iman yang kukuh dan kuat akan menjadi penentu segala-gala. Kerana adanya iman kita akan lebih mudah melakukan ibadat seperti solat, puasa, membaca Al-Quran dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja tapi segala apa juga yang berlaku dan terjadi akan lebih kita hadapi dengan redha dan tenang sentiasa.

Terdapat tiga perkara yang berhubung dengan sifat yang perlu kita lakukan demi mendapatkan iman yang kuat dan hebat. Seperti mana yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW bersabda ‘Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain’ (Hadis Riwayat Ahmad).  

Ketiga-tiga perkara tersebut adalah

i.             Jangan kedekut
100% pendapatan yang diterima sudah pasti bukan semuanya milik kita. Semuanya telah Allah aturkan buat kita. Kerana usaha yang dilakukan Allah telah anugerahkan pendapatan yang kita inginkan menjadi milik mutlak kita di dunia ini. Walaupun milik kita telah menjadi satu yang mutlak, alangkah baiknya kalau kita mampu berikan sedikit kepada orang lain untuk mereka sama-sama menikmati kehidupannya seperti kita. Jangan terlalu berkira nanti Allah akan berkira pula ke atas kita. Sabda Rasulullah SAW lagi ‘Barang siapa tidak mengasihi dan menyayangi manusia maka dia tidak di kasihi dan tidak disayangi Allah’ (Hadis Riwayat Bukhari). Peruntukkan lah  walaupun sedikit pendapatan kita secara konsisten dan berterusan agar apa juga yang kita lakukan sentiasa diberkati Allah setiap masa.

ii.           Penjagaan pada diri sendiri
Jangan kerana terlalu mengejar kehidupan di dunia kita abaikan pula tentang diri kita sendiri. Penjagaan rohani dan jasmani perlu diimbangkan dengan baik sama sekali. Jangan diabaikan. Kena jaga juga diri kita ini. Kalau memanjang sakit sahaja macam mana nak bertugas melakukan jualan. Kalau hati, jiwa dan perasaan tidak dijaga pula sudah pasti penyakit jiwa dan hati akan menjelma pula seperti menjadi seorang yang pemarah, tidak bersabar ataupun suka berdendam dengan orang lain pula. Semuanya kena dijaga dan dikawal dengan sebaik yang termampu. Selagi tidak kita lakukan selagi itulah kena berikan perhatian sewajarnya. Firman Allah bermaksud ‘Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya’. (Surah Al-Israk Ayat 36)

iii.          Beri salam
Perbuatan yang baik perlu dilakukan setiap masa dan ketika. Sama ada kita mengenali ataupun tidak berikan saja salam kepada mereka. Jalinan silaturahim perlu di jaga. Hanya dengan mendoakan kesejahteraan seseorang hubungan yang baik pasti dapat dijalinkan. Bukankan memberi salam itu perkataan di syurga nanti. Amalkan dan lakukan yang terbaik buat diri kita dan orang yang kita temui nanti. Rasulullah SAW bersabda ‘Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling mencintai. Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu jika kamu melakukannya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesama kamu’. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Nampak mudah tapi jarang kita praktik kan. Elok kalau dapat kita praktik kan dan amalkan dengan sebaik mungkin. Sambil menjual mencari keuntungan sama sekali tidak kita abaikan dalam mencari ke redha an Allah agar keberkatan apa yang kita lakukan dapat disemai sama. Semuanya berpunca dari hati kita sendiri sama ada mahu atau tidak untuk kita tentukan. Pilih yang terbaik sudah pasti ganjarannya cukup terbaik begitulah sebaliknya. Kitalah penentu tindakan segala-galanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan