Amat menyedihkan apabila berkehendakkan
kejayaan tapi masih lagi berkawan dan bersahabat dengan mereka yang masih negatif
pemikirannya. Nak berkawan pun kena tengok juga orangnya siapa. Umpama bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima
percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya
akan mencarik kan baju kita. Pesan
Nabi Muhammad SAW bersabda "Seseorang
insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu
melihat dengan siapa kamu bersahabat." (Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim).
Pilihlah sahabat yang baik dan
boleh berkongsi suka duka dalam menjalankan tugasan jualan ini. Sanggup memberikan
idea dan pandangan untuk terus-terusan mencapai kejayaan yang diingini. Terlalu
banyak kesan buruknya kalau kita berkawan dan bersahabat dengan mereka yang berfikiran
negatif tentang melakukan jualan. Kesannya nanti akan menjadikan seseorang itu
·
Suka mengadu tidak tentu fasal
·
Terikut-ikut dengan kemalasan yang di
tunjukkan
·
Mempengaruhi untuk tidak bersemangat
lakukan tugasan
·
Tersebar perkara-perkara yang tidak baik
untuk didengari
·
Sentiasa mencari jalan tugasan yang
dilakukan berbaloi dengan pendapatan yang diterimanya setiap bulan
·
Menjadikan kepentingan diri sendiri
mengatasi segala-galanya
Elakkan sama sekali. Walaupun sahabat baik, rakan sekerja sehidup semati
atau jiran tetangga yang mengambil berat
dan prihatin namun perlu berhati-hati supaya kita tidak sama sekali
sewenang-wenangnya mudah terpengaruh. Bergaullah dengan orang-orang yang
berjaya dan sentiasa berikan nasihat dan pandangan yang berguna bukan setakat
dalam bidang tugasan jualan ini sahaja tetapi juga tentang kehidupan kita.
Dalami sekali ilmu pengetahuan kita setidak-tidaknya membaca buku-buku
motivasi, jualan dan agama yang melambak-lambak di jual di pasaran. Sasarkan
agar kita rajin membaca buku sekurang-kurangnya sebuah buku setiap bulan.
Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik
dan kawan yang tidak baik..
Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang
bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
Kedua :
PILIH kawan yang
berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang
jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..
Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasiq
kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
Keempat :
PILIH kawan yang sederhana.
JANGAN pilih kawan yang
tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.
Kelima :
PILIH kawan yang bercakap
benar.
JANGAN pilih kawan yang
selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.
Semoga bermanfaat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan