Sering kali mengeluh dan merasa kecewa di atas keengganan bakal pembeli
atau pelanggan membenarkan masuk ke dalam premis mereka. Agak sukar untuk
melakukan jualan apatah lagi untuk berkenalan sahaja. Semuanya disebabkan
gara-gara sama ada
i.
Terdapat pengawal keselamatan
ii.
Terdapat notis ‘Jurujual dilarang masuk’
iii.
Pintu yang berkunci yang memerlukan kenalan
yang ada di dalamnya
iv.
Langsung tiada tempat yang bersesuaian
untuk melakukan perundingan sebaik yang mungkin
v.
Terlalu banyak rahsia yang perlu disimpan
oleh organisasi mereka
vi.
Majikan tidak mahu pekerja mereka diganggu
dengan sewenang-wenangnya.
Semuanya memerlukan perancangan yang teliti bagaimana untuk menembusi
tempat yang mereka tidak benarkan bagi tujuan melakukan jualan. Tiada yang
mustahil di dunia ini. Selagi kita melakukan jualan kreativiti dan keikhlasan
hati dalam melakukannya kena ada dan perlu diwujudkan. Lakukan dengan sebaik
yang mungkin dengan cara
i.
Mengenali kakitangan yang bertugas di dalamnya
terlebih dahulu
ii.
Ketahui dengan lebih mendalam apa kesulitan
dan kepayahan kenapa begitu sukar melakukan jualan
iii.
Cari tempat yang bersesuaian walaupun di luar
premis mereka yang berhampiran
iv.
Bagi yang menggunakan pengawal keselamatan
dapatkan apa prosedur dan tata cara yang terbaik untuk memudahkan kita memasukinya
v.
Per banyakkan berdoa dan berdoa tanpa
putus-putus per mudahkan apa yang sepatutnya kita lakukan.
Konsep mendapatkan referral dan diperkenalkan amat diperlukan dalam situasi
yang sebegini. Kena rajin sedikit usaha bagi tambah segala kegigihan yang diperlukan.
Jangan mudah putus asa apatah lagi merasa kecewa yang bukan-bukan. Teruskan
pencarian dengan sebaik yang mungkin. Setiap halangan, cabaran dan rintangan
pasti ada jalan penyelesaiannya. Janji jangan merungut, memberi alasan dan
ulasan, mengeluh dan patah semangat sudahlah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan