MASJID QIBLATAIN |
Nama lengkapnya Anas bin
Malik bin an-Nadhar bin Dhomdhom al-Anshory al-Khazrojy. Beliau lahir di
Yatsrib (Madinah) 8 tahun sebelum Hijrah. Biasa dipanggil Abu Hamzah, juga
digelari ‘Khodim ar-Rasul’ (Pembantu Rasul). Anas diserahkan oleh ibunya Ummu
Sulaim, kepada Rasulullah di kala Rasulullah datang dari Mekah setelah
perintah Hijrah dari Allah SWT. Penduduk Madinah saat itu benar-benar
mengalu-alukan kedatangan Rasulullah, termasuk Anas yang masih kecil dan Ibunya
Ummu Sulaim. Ummu Sulaim telah menanamkan di hati Anas yang masih kecil rasa
cinta terhadap Rasulullah, sehingga dia tidak sabar untuk bertemu Rasulullah
SAW.
Ayah Anas sempat menentang
Ummu Sulaim memeluk agama Islam, namun tentangan dari ayah Anas tidak
menggentarkan sedikit pun hati Ummu Sulaim dalam memeluk Islam sebagai sebuah
kepercayaan yang mencerahkan peradaban manusia kala itu, agama samawi yang
diajarkan Muhammad Rasulullah SAW. Ayah Anas di khabarkan meninggal dalam
sebuah perselisihan ketika dia sedang berada di luar rumah, sehingga akhirnya
Anas hidup sebagai seorang yatim.
Akhirnya tiba masa
hijrahnya Rasulullah SAW dari Mekkah. Mendengar hal ini Anas dan Ummu Sulaim
sangat bahagia seperti halnya apa yang dirasakan oleh penduduk Madinah lainnya
yang telah memeluk Islam. Ketika Rasulullah tiba di Madinah, penduduk
berbondong-bondong menyambut beliau. Mereka memberikan hadiah kepada
Rasulullah, hingga akhirnya sampailah giliran Anas dan Ummu Sulaim bertemu
dengan beliau. Ummu Sulaim berkata, ”Ya Rasulullah, orang-orang Ansar baik
lelaki mahupun perempuan telah memberikan hadiahnya kepada tuan. Tetapi saya
tidak memiliki apa-apa untuk saya hadiahkan kepada tuan kecuali anak saya ini.
Maka ambillah dia berkhidmat kepada tuan untuk membantu apa yang tuan mahukan.”
Rasulullah pun menerima hadiah Ummu Sulaim dengan senang hati. Sejak saat itu
Anas bin Malik yang berusia 10 tahun hidup bersama Rasulullah dalam bingkai
rumah Rasulullah.
Dalam rumah Rasulullah
inilah Anas belajar dan menangkap perilaku Rasulullah yang mulia. Anas
menyaksikan perilaku Rasulullah SAW dan berinteraksi secara langsung dengannya.
Hampir segala perilaku atau sikap Rasulullah SAW diperhatikan dan kemudian
diamalkan olehnya. Abu Hurairah berkata, “Saya belum pernah melihat
orang yang menyerupai solatnya Rasulullah kecuali Ibn Ummu Sulaim (maksudnya
Anas)”. Selain itu, Ibnu Sirin berkata, “Anas adalah
sahabat yang solatnya paling bagus, baik di rumah maupun pada waktu Safar.”
Anas menyaksikan secara
langsung bagaimana mulianya akhlak Rasulullah dalam kehidupan
sehari-hari. Anas pernah berkata, “Saya berkhidmat kepada
Rasulullah selama sepuluh tahun. Tidak pernah sekalipun Rasulullah berkata:
“Mengapa kamu buat begitu…” jika saya melakukan sesuatu. Apabila saya tidak
melakukan sesuatu perkara, Baginda tidak pernah berkata: “Mengapa kamu tidak
lakukannya…”
Anas bercerita, “Suatu hari
Rasulullah menyuruh ku untuk suatu keperluan. Saya pun keluar rumah. Dan jalan
berjumpa dengan anak-anak sedang bermain. Saya pun ikut bermain bersama mereka.
Saya malah tidak memenuhi perintahnya. Selesai bermain dengan mereka, tiba-tiba
saya merasa ada orang berdiri di belakang saya. Setelah saya menoleh, ternyata
Rasulullah sambil memagang baju ku. Sambil tersenyum Rasulullah berkata, “Wahai
Anas, Apakah kamu sudah kerjakan perintah ku?” Saya merasa bersalah. Saya pun
menjawab, “Baiklah, saya pergi sekarang.”
Rasulullah SAW memanggil
Anas dengan panggilan kasih sayang, Unais, dan terkadang Beliau memanggil “Anak
ku”. Rasulullah sering memberikan nasihat-nasihat kepadanya. Seperti nasihatnya
kepada Anas berikut ini, “Anak ku, bila
kau mampu berada di pagi dan petang hari tanpa ada dengki di hati mu pada siapa
pun, maka lakukanlah…! Anak ku, yang demikian adalah termasuk sunah ku, barang
siapa yang menghidupkan sunah ku maka ia telah mencintai ku… barang siapa yang
mencintai ku maka ia akan berada di syurga bersama ku…Anak ku, jika kau masuk
ke dalam rumah ucapkanlah salam karena itu akan membawa keberkatan bagi mu dan
juga bagi penghuni rumah mu.”
Rasulullah pun pernah
mendoakan atas Anas bin Malik, “Allahumma
Urzuqhu Maalan wa Waladan, wa Baarik Lahu (Ya Allah, berikanlah kepadanya harta
dan keturunan, dan berkatilah hidupnya).” Doa
Rasulullah SAW tersebut dikabulkan oleh Allah, Anas dikurniakan usia yang
panjang. Anas bin Malik hidup selama 103 tahun lamanya, ketika Rasulullah
meninggal, Anas masih melanjutkan perjalanan hidupnya hingga 80 tahun kemudian.
disebabkan anugerah usianya yang panjang Anas bin Malik berkata, “Tidak ada orang
yang tersisa (dari sahabat) yang dapat solat di masjid Qiblatain kecuali saya.”Anas juga dikurniakan keturunan yang banyak oleh Allah
SWT, iaitu tidak kurang dari 100 orang anak serta cucu beliau. Apabila
mengkhatamkan al-Quran, beliau mengumpulkan isteri dan anak-anaknya dan
kemudian berdoa. Anas juga dikurniai oleh Allah harta yang cukup banyak.
Sehingga beliau menjadi salah seorang pemuda terkaya dari kalangan Ansar.
Anas adalah Muslim yang
soleh, dan taat terhadap perintah Rasulullah. Anas bin Malik tidak berperang
dalam perang Badar Akbar, karena usianya masih muda. Tetapi beliau banyak
mengikuti peperangan lainnya sesudah itu. Anas bin Malik turut serta ikut dalam
perang Yamamah, di mana perang ini hampir saja jiwanya terkorban saat terkena libasnya
dari besi panas yang dilempar dari benteng musuh. Namun atas izin Allah beliau berjaya
diselamatkan oleh saudaranya sendiri Baro’ bin Malik.
Beliau adalah seorang
Mufti, Qari, penulis dan perawi hadis.
Beliau mendapatkan banyak ilmu dari Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar, Usman,
Mu’ad, Usaid Al Hudair, Abu Tholhah (ayah tirinya),ibunya sendiri Ummu Sulaim
putri Milhan, ibu saudaranya Ummu Haram dan suaminya Ubadah bin Shamit, Abu
Dzar, Malik bin Sha’sha’ah, Abi Hurairah, Fatimah dan masih banyak lainnya. Pada
waktu Abu Bakar meminta pendapat Umar mengenai pelantikan Anas bin Malik
menjadi pegawai di Bahrain, Umar memujinya :” Dia adalah anak muda yang cerdik
dan boleh membaca dan menulis, dan juga telah lama hidup bersama dengan
Rasulullah”.
Dalam perjalanan 10 tahun
bersama Rasulullah Anas bin Malik telah meriwayatkan ribuan hadis. Anas bin
Malik merupakan sahabat ketiga terbanyak meriwayatkan hadis, iaitu
sebanyak 2.286 hadis . Hal yang paling membuat sedih Anas bin Malik adalah
saat-saat Rasulullah wafat. Jika ia terkenang kepergian Rasulullah maka ia akan
sangat bersedih hati hingga orang-orang di sekelilingnya juga turut bersedih.
Anas bin Malik berkata, “Aku melihat Nabi SAW saat Baginda datang kepada kami,
dan aku pun melihatnya saat Baginda wafat. Sampai kini aku belum menemukan hari
lain seperti kedua hari tersebut. Pada hari Baginda datang ke Madinah, Baginda
mampu menerangi semuanya… dan pada hari hampir Baginda melangkah menuju
sisi Tuhannya, maka seolah-olah semuanya menjadi gelap. Kali terakhir aku
melihat Baginda adalah hari Isnin di saat langsir bilik Baginda di buka. Aku
melihat wajah Baginda seolah-olah lembaran kertas. Saat itu semua orang berdiri
di belakang Abu Bakar seraya memandang ke arah Baginda. Hampir saja mereka tak
kuasa menahan diri. Lalu Abu Bakar memberi isyarat kepada mereka untuk bertenang.
Lalu wafatlah Rasulullah SAW di penghujung hari itu. Kami belum pernah melihat
pemandangan yang lebih pelik pada kami melebihi wajah Baginda saat kami
menguburkan jasad Baginda dengan tanah.”
Saat-saat yang paling
membahagiakannya adalah saat pertama beliau bertemu Rasulullah SAW, dan saat
yang paling membuatnya sedih adalah saat di mana Rasulullah pergi ke pangkuan
Allah. Sepeninggalan Rasulullah SAW Anas pergi ke Damaskus. Dari Damaskus
beliau pindah ke Basrah. Dengan bekal pelajaran langsung dari kekasih
Allah, Rasulullah SAW Anas bin Malik mengamalkan setiap pelajaran berharga yang
beliau dapati selama 10 tahun bersama orang yang menjadi ikutan bagi umat Muslim
di seluruh dunia saat ini.
Setelah menjalani hidupnya
sekitar satu abad beliau wafat pada tahun 91 Hijrah. Saat terakhirnya ia jatuh
sakit dan pada saat tersebut dia berpesan kepada keluarganya, “Ajarkan aku
kalimat La ilaha illahu, Muhammadur Rasulullah.” Dia terus mengucapkan kalimat tersebut hingga pada akhirnya dia meninggal
dunia. Pada wafatnya Muwarriq berkata: “ Telah hilang separuh ilmu. Jika ada
orang suka memperturutkan kesenangannya bila berselisih dengan kami, kami
berkata kepadanya, marilah menghadap kepada orang yang pernah mendengar dari
Rasulullah SAW.”
Anas bin Malik pembantu
Rasulullah yang senantiasa mencintai Rasulullah SAW hingga akhir hayatnya
adalah salah satu sahabat yang patut kita teladani kesetiaannya. Anas sentiasa berkeinginan
untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW saat di akhirat, Anas bin Malik sering
berkata, “Aku
berharap dapat berjumpa dengan Rasulullah SAW pada hari kiamat sehingga aku
dapat berkata kepada Beliau: “Ya Rasulullah, inilah pembantu kecil mu, Unais.”
Doa untuk diamalkan
اللَّهُمَّ
أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي
عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي
Doa Nabi Muhammad SAW untuk Anas bin Malik ra bermaksud : ,Ya Allah ! Perbanyakan lah harta ku & keturunan ku, berkatilah aku pada apa yang Kau berikan, panjangkan umur mu dalam ketaatan pada Mu, perbaikilah amalan ku & ampunkan akan diri ku. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan