Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 10 November 2013

DAH TAK MAHU




Temu janji telah dilakukan. Presentasi telah diberikan. Tawaran telah dikemukakan tapi malangnya penutupan jualan masih gagal lagi. Tak tahu apa yang nak diperkatakan. Amat melecehkan dan begitu mengecewakan. Semuanya berlaku dengan mendapat makluman satu perkataan mungkin secara sedar ataupun tidak sahaja iaitu ‘TIDAK’. Sememangnya tindakan yang perlu kita ambil tahu agar perkara sebegini tidak boleh berlaku sewenang-wenangnya di masa hadapan. Buang masa sahaja.

Antara yang berlaku kenapa perkataan ‘TIDAK’ boleh berlaku adalah kerana pelbagai alasan yang boleh mereka berikan kepada kita. Antara alasan-alasan glamer yang perlu di ketahui adalah 

i.             Saya tengah sibuk ni

ii.           Alamak saya terlupa dah lakukan temu janji dengan awak. Lain kali sajalah

iii.          Maaf saya tidak mempercayai awak.

iv.          Produk ni memang dalam senarai yang saya mahukan

v.            Tiba-tiba sahaja merasa sangsi dengan awak

vi.          Sebenarnya bukan saya yang awak fikirkan

vii.        Awak ni salah sasaran rasanya

viii.       Sebenarnya saya bukan suka diganggu orang

ix.         Cukuplah, saya tak mahu pisang berbuah dua kali.

x.           Tak yakin betul saya dengan awak ni, tak boleh percaya langsung

xi.         Tak kan tak tahu lagi kot yang saya ni sememangnya tidak berminat dengan apa yang awak perkatakan ini.

Inilah dugaan yang perlu dihadapi dengan tenang, tabah dan sabar. Jangan mudah melalut dan menggelabah tak tentu fasal. Ini ada caranya untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap kita semula. Ucapkan yang baik-baik sahaja dahulu. Sebarang penolakan mesti ada solusi nya semula. Berikan kemaafan semula kepada mereka yang menolaknya terlebih dahulu. Berundur bukan bermakna telah tewas buat selama-lamanya. Fikirkan semula di mana silap dan salahnya tindakan kita agar kita merancang semula perbaiki mana yang patut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan