Ambil kesempatan sempena
kehadiran bulan Muharam ini. Setelah membaca doa awal tahun pada 1 Muharam yang
lepas kini sudah sampai masanya kita melakukan satu ibadah lagi iaitu berpuasa
dan memberikan kegembiraan kepada ahli keluarga kita secara menjamu makanan
secara bersama setelah kita berpenat lelah melakukan jualan mencari rezeki seperti
mana yang kita inginkan. Rabu ni 9 Muharam. Ini bermakna kita disarankan
berpuasa sama ada
i.
Sama ada 9, 10 dan 11 Muharam (terus menerus tiga hari)
ii.
Tak mampu berpuasa sama ada 9 dan 10 Muharam atau 10
& 11 Muharam
iii.
Tak mampu juga berpuasalah pada 10 Muharam sahaja.
iv.
Tak mampu juga rugilah tak dapat sunah Rasulullah SAW
Imam Syafie menyebutkan
di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', “Disunatkan berpuasa tiga hari iaitu
hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharam.
Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharam sahaja”.
Hanya untuk mencari
keredaan Allah kerana tindakan berpuasa sebaik-baik selepas berpuasa di bulan
Ramadan adalah pada 10 Muharam. Dari Abu
Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Sebaik-baiknya puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah, Muharam.
Dan sebaik-baiknya ibadah setelah ibadah wajib adalah solat malam.” (Hadis Riwayat Muslim).
Terdapat banyak dalil-dalil
yang perlu kita ketahui kenapa pada kehadiran 10 Muharam ini kita dituntut
untuk berpuasa walaupun hanya sebagai satu sunat sahaja iaitu
Dari Ibnu Abbas r.a.
katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang Yahudi
berpuasa pada hari Asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab
mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan
Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya".
Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada
kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa
pada hari Asyura.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Dari Aisyah r.a. katanya
"Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah
berpuasa pada hari Asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di
Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain
berpuasa juga". (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklah lah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklah lah dia puasa juga sejak mendengar pengumuman ini sampai malam". (Hadis Riwayat Muslim).
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, "Penduduk Khaibar berpuasa pada hari Asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, di mana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Hadis Riwayat Muslim).
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharam). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Hadis Riwayat Muslim)
Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam "Syu`abul Iman" daripada hadits Sayidina Abu Hurairah RA yang menyatakan: "Sesiapa yang melapangkan atas keluarganya dan ahli rumahnya pada hari `Asyura, Allah akan melapangkan atasnya sepanjang tahunnya."
Diriwayatkan oleh Ibnu `Abdil Bar dengan sanad yang jayyid (elok) daripada Sayidina Jaabir bin Abdullah yang berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang meluaskan (yakni melapangkan atau menyenangkan) atas dirinya dan ahli keluarganya pada hari `Asyura, Allah akan meluaskan (rezekinya) sepanjang tahun." Sayidina Jabir RA berkata: "Kami telah mencubanya dan memperoleh yang sedemikian tadi (yakni apa yang dinyatakan tadi)." ("Tuhfatul Muhibbin wa Minhatul Mustarsyidin" pada halaman 71-72)
Nawawi al-Jawi mengatakan: “Sungguh telah datang hadis mengenai puasa dan memberikan kemudahan pada keluarga (pada hari Asyura). Ada pun selain keduanya tidak ada hadisnya.” (Nihayatul Zain, Dar al-Kutub al-Islamiyah, Hal. 226).
Selamat berpuasa dan bergembira di samping keluarga
tercinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan