Menembusi bakal pembeli atau pelanggan yang cukup setia dan tegar dengan
satu-satu produk tidak dinafikan betapa sukar dan payahnya untuk menembusinya
sama sekali. Biarlah penerangan yang terbaik diberikan ataupun menawarkan
perkhidmatan yang mengatasi pelanggan lain namun masih gagal juga untuk
diterima. Sememangnya cukup keras hati dan nampak betapa pintu yang ada pada
dirinya telah tertutup rapat pada produk atau jenama yang lain. Buatlah macam
mana pun pasti akan ditolak dengan mentah begitu sahaja.
Namun hati manusia keras macam mana pun kalau betul cara dan gayanya pasti
lambat laun akan terbuka pemikiran dan hatinya untuk berfikir semula. Nak
terima memang sukar tapi tidak mustahil boleh menukar fikiran pula. Selagi
sasaran kita itu manusia pasti ada cara dan kaedah terbaik boleh kita lakukan
dan tawarkan. Pasti ada jalan yang boleh terbuka hatinya bagaimana untuk
menarik minat ke atas produk yang ingin kita tawarkan kepadanya. Mungkin
cara-cara begini boleh kita lakukan dengan sebaik yang mungkin
i.
Jangan
ada sikap mudah berputus asa
Perbetulkan
diri kita dulu sebelum orang mudah menerima tawaran kita. Sememangnya bertemu
dengan orang yang dah terlalu setia ini memerlukan kesabaran dan kecekalan yang
tinggi. Jangan mudah pandang rendah kesetiaan dan pendirian mereka. Tunjukkan
kepada mereka yang kita juga tidak mudah berputus asa terhadap mereka. Hanya
kesungguhan dan kegigihan sahaja yang dapat membuktikan komitmen kita kepada
mereka. Selagi kita terlalu mudah berputus asa selagi itulah kita akan gagal
merobohkan pendirian dan kesetiaan mereka kepada produk pesaing. Atasi rasa
rendah diri suka berputus asa dan kecewa dengan secepat yang mungkin.
ii.
Cari
kelemahan produk pesaing
Gunakan
kreativiti dan pergunakan pengetahuan yang ada untuk rajin mencari dan
menyelongkar apa yang ada pada produk pesaing. Gali sedalam-dalamnya agar kita
ketemu apa kelemahan dan keburukan pada produk pesaing. Bandingkan dengan
produk kita agar ia nya menjadi kekuatan untuk diri kita pula. Yang pasti
jangan diburuk-burukkan pula pesaing di depan mata bakal pembeli atau
pelanggan. Sekali kita memburukkan orang lain sudah pasti di masa hadapan
mereka akan sukar mempercayai kita lagi. Buat perbandingan secara diterima akal
dan berhemah biarkan mereka yang menentukan. Jangan berbelit tapi berikan
secara berfakta dan diterima akal fikiran. Ada kesungguhan sudah pasti ada
keputusan yang berbalik kepada kita akan apa yang kita sasarkan.
iii.
Bertemu
secara konsisten
Jangan
hanya melakukan satu pertemuan dah tahu kesetiaan pada yang lain langsung
batang hidung kita tidak diketemui lagi. Elakkan sama sekali. Berhubung mencari
kawan dan mendapatkan dahulu kepercayaan darinya. Lakukan secara konsisten.
Dapatkan secara berkala lagi baik. Tidak ada apa pun yang rugi. Mungkin di masa
kini masih belum dan mampu untuk kita peroleh tapi di masa hadapan siapa pun
tak akan menduga dan mengetahuinya. Berusaha lagi dan lagi tanpa mengenal erti putus
asa dan kecewa.
iv.
Cari
kawan-kawannya
Berhubung
dengan kawan-kawan dan kenalannya. Mungkin dari mereka akan kita temui
jawapannya. Kita orang baru mungkin sukar untuk menilainya tapi kenalan
kawan-kawannya apatah lagi yang rapat dengan mereka mampu untuk memaklumkan
sesuatu kepada kita. Jangan berhenti mencuba tapi terus lakukan umpama wartawan
hiburan yang sentiasa dahagakan berita sensasi tentang kehidupan artis-artis
tanah air. Di mana ada kemahuan pasti di situ ada jalannya.
v.
Jangan
putus-putus berdoa
Yakin dan
percaya. Bantuan Allah jangan dinafikan. Tugas kita berusaha dan minta saja
pada Allah agar apa yang kita lakukan sentiasa dipermudahkan. Mudah mendapat
jualan, mudah mendapat layanan terbaik dan mudah menerima apa yang ditawarkan.
Lakukan dengan ikhlas bukan sahaja pada pelanggan tetapi juga pada Allah.
Segala yang berlaku ada hikmah nya dan bukan untuk dipermainkan. Teruskan
penyerahan diri kepada Allah pasti Allah juga yang akan membantu kita semula.
Memang sukar tapi tidak mustahil untuk dilakukan. Sekeras-keras kerak nasi
boleh dilembutkan ini kan pula hati manusia. Jangan mudah mengalah tapi
teruskan usaha agar akhirnya apa yang kita sasarkan mampu menemui kejayaan.
Kerana itu jangan ada sama sekali sikap mudah mengalah dan putus asa. Sekali
sikap ini berada dalam diri kita pasti kejayaan akan terlepas begitu sahaja
dengan mudahnya. Biarlah apa yang akan diperkatakan kepada kita kerana mereka
akan melihat betapa bersungguhnya dan gigihnya kita mahukan mereka menerima
tawaran yang kita kemukakan kepadanya. Walaupun pada awalnya tidak dilayan tapi
kerana nampak kesungguhan kita untuk melakukannya pasti akhirnya mereka yang
dulu, kini dan selamanya akan cair juga dengan tindakan kita. Bersabar dan
bertenang sentiasa di samping jangan mudah berhenti memohon bantuan dan
pertolongan dari Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan