Amat merunsingkan jika orang perkatakan
bahawa cara dan tindakan kita menjual hampir sama dan menyerupai bagaimana
pesaing lakukan. Nampak seperti tiada apa yang membezakannya sama sekali.
Seolah-olah yang menjual produk yang mungkin sama ataupun menyerupai mempunyai
kaedah jualan yang sama sahaja langsung tiada apa yang boleh dibezakan sama
sekali. Adakah ini yang kita mahukan dan carikan selama ini?
Jualan memerlukan kreativiti dan kesesuaian
situasi dalam melakukan jualan. Menarik minat seseorang untuk menerima
kehadiran kita sememangnya memerlukan fokus yang jitu dan betul. Bukan main
hentam sesuka hati janji boleh lakukan jualan. Kena ada kaedah dan caranya.
Paling baik melakukan jualan biarlah kita lakukan dengan cara dan gaya yang
tersendiri berbeza dengan apa yang lain lakukan. Yang dimaksudkan dengan
perbezaan yang perlu dilakukan ini adalah
i.
Permulaan pertemuan
Bezakan dari orang lain dan bukannya sama atau menyerupai orang lain pula.
Apa ayat terbaik kita sebagai pengenalan diri, menerangkan kita dari mana dan
apa tujuan sebenar kita. Cari kreativiti agar boleh dibezakan antara kita dan
orang lain. Jangan ambil mudah merasakan apa yang kita lakukan janji boleh
diterima sahaja oleh mereka itu dikira sudah cukup memadai. Sekurang-kurangnya
mereka mengetahui bahawa apa yang kita lakukan nampak perbezaannya terutamanya
dari pesaing berikan. Kalau dalam permulaan pertemuan ini kita telah gagal
bagaimana kita boleh meneruskan lagi jualan kita nanti bagi mendapatkan
penutupan jualan? Fikirkan kaedah yang terbaik agar minat dan tumpuan mereka
dapat kita kuasai dengan sebaik yang mungkin.
ii.
Katakan yang terbaik
Setiap produk pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Tidak boleh dinafikan
sama sekali. Kerana itu pengetahuan produk amat perlu supaya kita tahu di mana
terletak segala kelebihan, kekuatan dan kehebatan yang ada pada produk yang
ingin ditawarkan. Bertemu dengan mereka memerlukan cerita-cerita dan
penyampaian akan apa yang hebat pada produk kita. Bagaimana produk kita dapat
membantu dan menolong mereka selesaikan masalah kita jika dibandingkan dengan
pesaing atau orang lain boleh tawarkan. Semuanya perlu dikuasai agar keyakinan
dan kepercayaan mereka terhadap kita semakin menebal dan terpikat dengan apa
yang kita maklumkan.
iii.
Sesuatu yang eksklusif
Lain dari yang lain yang mempunyai sesuatu yang berbeza dari apa yang
diketahuinya ataupun apa yang pesaing tawarkan. Tak perlu nak beri hadiah,
penghargaan ataupun cenderamata yang berlebihan kepada mereka walaupun
kadang-kadang perkara ini boleh menarik perhatian mereka. Cukuplah kita berikan
sesuatu yang boleh memberikan amat berharga buat mereka untuk memiliki produk
yang ditawarkan. Memberi kefahaman dan
menawarkan apa yang boleh selesaikan masalah yang mereka tanggung selama ini
akan membuatkan mereka akan terus setia melekat pada kita mengetahui dengan
lebih mendalam lagi. Jangan pula mudah mendabik dada akan apa yang kita lakukan
boleh disahkan dengan penutupan jualan pula. Selagi tawaran kita belum disahkan
lagi penerimaannya lakukanlah dengan sebaik yang mungkin agar tumpuan mereka
akhirnya beralih arah juga kepada kita.
Ambillah tindakan terbaik sepanjang kita
melakukan jualan tidak kira dengan siapa pun kita temui. Niat biar betul dan
sentiasa fikirkan bahawa adakah tindakan yang kita lakukan ini adakah yang
terbaik ataupun tidak. Dapat kah kita membezakan kehebatan produk yang
ditawarkan dengan pesaing berikan perlu diketahui dengan lebih mendalam agar
segala persiapan boleh dilakukan dengan baik. Kalau persiapan yang rapi boleh
kita lakukan sudah semestinya akan terbina keyakinan diri untuk melakukan
jualan dengan mudah dan senangnya walaupun terdapat bantahan atau bangkangan
jualan diperoleh. Elakkan sama sekali mudah berputus asa kerana kalau dibiarkan
ini terjadi sudah semestinya akan melemahkan lagi tindakan kita untuk menjual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan