Bila berlakunya bangkangan dan bantahan, ini yang melecehkan tugasan
jualan. Mahu atau tidak terpaksa lalui dan terima dengan hati yang terbuka.
Sememangnya satu ujian buat kita kerana buat semua orang sentiasa mahu dan
boleh terima bulat-bulat apa yang kita perkatakan. Adat resam dalam melakukan
jualan pasti ada yang berminat apatah lagi untuk membantah. Semuanya kena hadapi
dengan ketenangan dan kesabaran yang tinggi.
Kena ketahui apa situasi sebenarnya. Terdapat empat situasi yang mungkin
berlaku kenapa bangkangan dan bantahan boleh berlaku terhadap kita.
Sekurang-kurangnya kalau kita ketahui apa situasi tersebut sudah tentu akan
memudahkan lagi kita melakukan jualan terhadap mereka. Apa yang dimaksudkan dengan
situasi pemikiran mereka adalah
i.
Tidak berminat langsung
Maklumlah
macam mana sekalipun kalau dah tak berminat pasti penolakan akan berlaku dan
terjadi. Pasti dimulakan dengan bangkangan dan bantahan yang kadang-kadang
boleh menyakitkan hati kita. Sekurang-kurangnya kita ketahui yang mereka tidak
berminat lagi dan nampak boleh per senda kan kita pula. Ambillah jalan selamat
agar boleh berundur secepat yang boleh.
ii.
Beri peluang kepada kita
Peluang
masih ada cuma kena gunakan kebijaksanaan dan kecerdikan akal mengatasi
bangkangan dan bantahan yang berlaku. Mungkin ini peluang kedua ketika kepada
mereka. Berikan penerangan sebaik-baiknya agak tarikan perhatian dapat
dilakukan dan diberikan dengan sebaik yang mungkin. Gunakan secara berfakta dan
logik akal agar apa yang kita persembahkan diterima baik oleh mereka.
iii.
Menguji kita
Permainan
dalam perundingan terutamanya sama ada mahu atau tidak untuk menerimanya.
Sememangnya menguji kesabaran dan kecekalan kita dalam menghadapi karenah dan
tabiat mereka. Mungkin terdapat permintaan yang bukan-bukan pula tapi kalau
kena gaya dan caranya tidak mengapa teruskan niat baik kita lakukan jualan.
Bersabar sahaja dan pergunakan segala pengetahuan produk dengan sebaik yang
termampu.
iv.
Memang memerlukan
Dapat pelanggan
yang sebegini lega juga rasanya. Banyak yang mereka mahukan input dari kita
mengesahkan dan menguatkan lagi rasa mahu terima mereka akan tawaran yang di
kemukakan. Berikan sahaja yang terbaik agar penutupan jualan akhirnya boleh
berlaku. Mungkin akan ada soalan-soalan yang mengelirukan tapi selagi
pengetahuan produk boleh kita kuasai soalan susah macam mana pun sudah pasti
boleh kita beri jawapannya. Berikan yang terbaik puaskan hati mereka mana-mana
bahagian yang mereka rasakan masih mahu diberi penerangan lebih lanjut lagi.
Jangan ada sikap putus asa dan mudah kecewa. Hadapilah dengan sebaik
mungkin. Setiap permasalahan yang timbul pasti ada jalan keluarnya. Hadapi
setiap bangkangan dan bantahan yang berlaku secara profesional dan berhemah.
Jangan kalut dan menggelabah. Lakukan dengan baik dan memuaskan hati mereka.
Kalau kita beradab sudah pasti mereka juga akan beradab dengan kita. Selagi ada
keyakinan diri selagi itu apa jua masalah yang timbul pasti kita boleh atasinya
dengan sebaik yang mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan