Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 26 November 2013

KESAN JIKA RISAU YANG DIFIKIRKAN





Antara penyebab kegagalan dalam melakukan jualan adalah apabila kita mudah sangat merasa risau dengan apa yang kita mahu lakukan. Walaupun sikap risau ini adalah satu yang normal pada manusia tapi kalau diikutkan sama satu hari nanti boleh menjejaskan keupayaan dan keyakinan kita dalam melakukan jualan. Siapa yang tidak ada perasaan risau? Semua orang pasti ada. Yang membezakannya bagaimana kita mampu dan boleh untuk mengawal kerisauan tersebut.

Terdapat banyak sebabnya terjadi kerisauan dalam melakukan jualan. Kalau berlaku sekalipun cuba elakkan ia menjadi terus berlarutan. Kesannya kita juga yang menanggungnya. Elakkan sama sekali kerana pasti akan memberi impak yang negatif dan tidak baik bukan sahaja kepada karier tetapi juga diri kita sendiri. Kalau berlaku juga bermakna kita tidak akan ke mana. Sudah pasti karier kita dalam melakukan jualan akan musnah dan punah begitu sahaja. Mungkin risau yang dimaksudkan ini adalah apabila

i.             Terlalu takut melakukan yang salah

ii.           Merasakan diri terlalu hodoh dengan penampilan diri tidak digemari orang

iii.          Kepandaian dan kecekapan yang ada masih tidak memadai

iv.          Hadirnya diri kita sebagai pengganggu kepada mereka

v.            Takut orang lain merasakan kehadiran diri kita suka pekenakan mereka

vi.          Kemungkinan akan berlaku penolakan begitu sahaja

vii.        Dimarahi dengan mudah

viii.       Terdapatnya halangan atau sekatan yang bukan-bukan

Semuanya menjadi risau. Sepatutnya boleh kita atasi menjadi lain pula kesan dan impaknya. Pasti keyakinan diri akan hilang jika kita masih takut dan gerun untuk melakukannya. Hanya kerana risau menjadikan diri kita langsung tidak ke mana pun. Orang lain boleh ke hadapan menuju puncak kejayaan tapi kita masih di tahap yang sama sahaja langsung tiada perkembangannya. Hadapilah dengan tabah dan senang. Urus kerisauan kita dengan sebaik yang mungkin. Makin dilayan kerisauan kita makin kita tidak ke mana. Usahakan sebaik mungkin agar kita tahu yang kita boleh melakukannya sentiasa sama ada sukar atau pun senang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan