Komited dalam Kamus Dewan membawa pengertian kepada mempunyai
atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu) atas usaha dan tanggungjawab yang
diberikan dan di percayai. Jelas disini apabila seseorang yang melakukan jualan
sudah pasti amat diperlukan agar kita sentiasa komited dalam melakukan tugasan
yang diamanahakan dan diberikan tanggungjawab yang sepenuhnya. Sama sekali
tidak dipermainkan atapatah lagi untuk memungkirinya pula.
Komited dalam mendapatkan jualan.
Komited dalam memberikan penghasilan penutupan jualan membawa
pelanggan-pelanggan yang berkualiti kepada organisasi. Komited menentukan
sasaran yang diberikan dapat dicapai dengan sempurnanya tanpa berbelah bagi. Komited
melakukannya tanpa perlu dipaksa dan di beri kata dua oleh pihak pengurusan.
Komited kepada amanah dan komited bukan setakat menjaga nama sendiri tetapi
juga menjaga nama baik organisasi yang di wakili.
Oleh itu, dalam memastikan kita sentiasa
dalam keadaan komited pada tugasan perkara-perkara sebegini jangan di amalkan
iaitu
i.
Melakukan hanya sebagai
satu tanggung jawab sahaja
Sememangnya menjadi
satu tanggung jawab buat kita untuk menunaikannya. Tidak seperti melepaskan
batuk ditangga. Bukan paksaan kerana kita sendiri yang memilih bidang ini untuk
kita ceburi. Tiada sesiapa yang mengajak masuk secara percuma dan suka-suka
hati sahaja melainkan kita telah menghadiri satu sesi temu duga yang terpaksa
kita lalui dahulu. Kalau kita benar-benar merasakan ianya satu tanggung jawab
yang perlu di pikul dan di laksanakan, tunggu apa lagi lakukan dengan segera.
Tunjukkan kita begitu komited dengan apa yang kita lakukan.
ii.
Takut kena marah
Kalau kita begitu
komited dengan tugasan kita. Tidak perlu ditakuti untuk dimarahi apatah lagi di
hemburi dengan kata-kata nista yang menyakitkan hati apabila kita gagal
melakukan jualan. Memang tiada siapapun yang mahukan kegagalan tapi kalau
kegagalan itu datangnya dari diri kita sendiri adakah kejayaan boleh menjelma
begitu sahaja tanpa sebarang usaha. Melakukan jualan bukannya umpama mengosok
teko megeluarkan si Jin yang boleh mengabulkan tiga permintaan kita. Takkan
dalam karier pun cerita donggeng perlu di jadikan sebagai satu sandaran dan
rujukan.
iii.
Dah kena buat
Sememangnya menjadi urusan
kita untuk melakukan jualan. Karier jualan semenangnya penuh cabaran dan
dugaan. Kalau bukan kita siapa lagi? Memang kena buat. Kita dah setuju terima
syarat-syarat menjadi kakitangan jualan, kena tunggu apa lagi teruskan sahaja
usaha kita. Lakukan dengan penuh iltizam dan konsisten dalam melakukannya.
Jangan beri pelbagai dan sebarang alasan, dah kena buat tapi beri macam-macam
masaalah sehingga kita lupa tanggung jawab sebenar kita melakukan jualan. Tiada
segan taida malu tapi teruskan usaha sehingga kejayaan yang di ingini dapat
diperolehi juga.
Perkataan paing sesuai dalam memberikan komited kita kepada
jualan adalah KETABAHAN. Tabah dalam mengharungi segala dugaan, cabaran dan
dugaan yang di hadapi agar segala permasalahan dan kesukaran yang kita tempuhi
dapat di hadapi dengan tenang dan sabar. Itulah peranan penting dalam menuju
kejayaan. Tiada siapa yang inginkan kegagalan. Komited untuk melakukannya pasti
hasil yang di ingini sudah pasti menjelma juga akhirnya. Percaya pada diri
sendiri yang kita pasti boleh melakukannya.
Sabda Rasulullah SAW bersabda bermaksud ‘Tunaikanlah amanah
kepada orang yang memberi amanah kepada mu dan jangan pula kamu khianati orang
yang mengkhianati diri mu’ (Hadis di riwayatkan oleh Abu Daud)