Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 31 Januari 2012

DOA MURAH REZEKI


Rasulullah SAW berdoa bermaksud : “ Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan padaku keluasan pada tempat tinggalku, dan berkatilah pada rezeki yang Kau kurniakan kepadaku” Riwayat al Tirmizi dan dianggap sebagai sahih oleh al-Nawawi.

Menurut penulis artikel ’Keberkatan dalam rezeki dan faktor-faktor murah rezeki dalam Al-Quran dan al-Sunnah’ di samping doa, ada sembilan perkara yang boleh menyebabkan terbukanya pintu rezeki buat seseorang Muslim

i.                     Bertakwa kepada Allah

ii.                   Bertawakkal kepada Allah

iii.                  Membaca ‘Bismillah’ dalam setiap urusan

iv.                 Bersyukur kepada Allah

v.                   Memperbanyakkan istighfar dan taubat

vi.                 Berusaha mencari rezeki menerusi cara yang sepatutnya

vii.                Bersikap mulia dalam mencari rezeki

viii.             Jauhi pembaziran

ix.                 Mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW

Mengamalkan zikir dan doa merupakan jalan memperolehi rezeki dan keberkatan.  Zikir dan doa juga dapat menolak musibah dan bala. Orang yang beramal secara istiqamah dengan zikir dan doa, mendekatkan dirinya dengan Allah SWT, dan menjauhkannya dari syaitan. Rasulullah SAW qudwah umat yang terbaik, adalah seorang insan pilihan yang sentiasa berzikir kepada Allah SWT pada setiap masa, berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat untuk dirinya dan sekalian umat baginda.

** Sumber :  Buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih karangan Ustaz Zahazan Mohamed ms 159 -160.




Read more >>

Isnin, 30 Januari 2012

REDAKAN KEMARAHAN PROSPEK/PELANGGAN KITA


Bukan mudah untuk mengatasi prospek/pelanggan yang sedang membara marahnya kepada kita. Kerana karenah dan ragam prospek/pelanggan yang kita temui ini telah tersembur kata-kata marahnya kepada kita, habis hilang mod kita pada keseluruhan hari kita pada hari tersebut. Sesuatu perkara yang menimpa kita pasti kita tidak akan ketahuinya melainkan kita telah menempuhnya terlebih dahulu.

Di sinilah tugasan kita untuk menganggapnya sebagai satu cabaran paling mencabar karier jualan kita. Anggap yang positif dahulu , ada hikmahnya sesuatu itu berlaku dan terjadi tanpa memikirkan satu bebanan kepada diri kita sendiri. Berani untuk menghadapinya dan anggap sebagai satu perjuangan yang perlu di teruskan tanpa mengeluh dan susah hati.

Antara tindakan-tindakan yang perlu di ambil perhatian dan bagaimana untuk kembalikan semula keyakinan dan kepercayaan prospek/pelanggan adalah

i.                    Jangan ambil hati

ii.                  Jangan tinggikan suara

iii.                Jadilah seorang pendengar yang baik

iv.                 Empati

v.                   Mohon kemaafan

vi.                 Jangan di salahkan

vii.               Bertanya sentiasa

viii.             Berjanji dengan tepat

ix.                 Lebihkan penghargaan

x.                   Lakukan pengulangan pertemuan semula

xi.                 Berdoa kepada Allah

Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dos-dosa sebagaimana Engkau membersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran

Menurut Imam al-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW sentiasa berdoa dengan doa di atas untuk mengawal dirinya daripada sifat panas baran. Tujuan beramal dengan doa ini ialah supaya mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara di luar jangkaan akibat kegagalan mengawal emosi marah yang memuncak-muncak dan tidak di duga serta di luar kawalan.

Imam Al-Ghazali mengatakan sifat marah ini adalah satu sifat yang d kenali dengan sifat mazmumah. Sifat mazmumah ini biasanya berpunca daripada hati yang kotor dan tidak baik sehingga sentiasa beranggapan dan merasakan dirinya dalam keadaan yang sempurna dan orang lain serba kurang. Justeru itu, dia sentiasa memperlekehkan orang lain yang sentiasa dia temui.

Ambil iktibar dan pengajaran akan apa yang berlaku supaya perkara yang mendatang tidak berulang lagi. Semakin banyak kesukaran dan kepayahan yang kita lalui, semakin mematangkan kita lagi untuk melakukan jualan dengan hati yang terbuka dan tenang sentiasa. Sentiasa mahu berusaha dan tanpa mengenal erti putus asa, kecewa dan kekalahan. Apa yang penting kejayaan dalam mendapatkan jualan itu menjadi teras utama dalam karier sebagai seorang yang melakukan jualan.



Read more >>

Ahad, 29 Januari 2012

REALITI DALAN JUALAN


Tidak di nafikan melakukan tugasan jualan bukanlah sesuatu yang mudah dan senang untuk di lakukan dan di praktik oleh mereka yang menceburi bidang ini. Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan kesukaran, kepayahan dan kesusahan akan berlaku dan terjadi apabila  berhadapan dengan pelbagai rintangan, dugaan dan permasalahan yang perlu di tempuh sama ada suka ataupun tidak. Mungkin perkara-perkara negatif ini perlu di ambil kira iaitu

I.                    Menghadapi kesukaran

II.                  Merasai kekecewaan

III.                Melaksanakan penangguhan

Bendung dan atasilah segera tanpa perlu menoleh ke belakang lagi dan membiarkan ianya terjadi begitu senang dan mudah sekali terhadap kita. Jalan- jalan penyelesaiannya segera adalah dengan cara

I.                    Motivasikan diri kita

II.                  Hadapi kenyataan untuk terima hakikat sebenarnya

III.                Tambah skil kita dalam pencarian prospek, presentasi dan penutupan jualan

IV.                Buka peluang dan oportuniti seluas yang boleh

V.                  Bina kehidupan yang baik dan menarik sebagai peransang dan pendorong

VI.                Sentiasa lakukan yang terbaik demi kejayaan

Adanya unsur-unsur sebegini kita sama sekali tidak akan goyang dan mudah luntur walaupun tsunami melanda diri kita. Tetap berdiri teguh dan tenang dalam menghadapi apa juga rintangan dan dugaan yang mendatang. Tiada mencari alasan tetapi sentiasa perbetulkan nawaitu dan cara tindakan yang sepatutnya tanpa adanya rasa penyesalan dan kekecewaan. Yang pasti kita sentiasa dapat melakukannya dengan memberikan keputusan yang terbaik bukan sahaja kepada diri kita sendiri tetapi juga kepada organisasi tempat kita bernaung.




Read more >>

Sabtu, 28 Januari 2012

SENYUMAN - FAEDAH DAN SEBABNYA

Begitulah hebatnya menguntum sebuah senyuman yang cukup ringkas dan mudah. Belajarlah bersenyum ketika kita melakukan jualan kerana banyak faedah yang mungkin kita boleh dapati seperti

i.                     Memudahkan interaksi kita bersama prospek/pelanggan buat pertemuan pertama kali

ii.                   Mengurangkan stres bukan setakat diri kita tetapi juga kepada prospek/pelanggan yang melihat kita sentiasa senyum

iii.                  Membentuk suasana yang harmoni dan tenang hanya kerana senyuman kita

iv.                 Setiap senyuman yang kita lakukan kita telah mengikuti sunnah Rasulullah SAW

v.                   Prospek/pelanggan mudah menerima kehadiran kita dan bersedia untuk mendengar presentasi dan membantu kita mempermudah lagi urusan kita kepadanya

vi.                 Keyakinan prospek/pelanggan akan lebih terserlah lagi dan memberikan kita juga penuh keyakinan menjalankan urusan jualan kita kepadanya juga.

vii.                Prospek/pelanggan akan mudah mengingati kita hanya kerana kita mudah dan tidak kedekut dengan senyuman

viii.              Hanya dengan senyuman kemarahan dan emosi prospek/pelanggan dapat di kurangkan atau di redakan secara tidak langsung

Di waktu menjalankan urusan jualan terhadap prospek/pelanggan kita pasti tidak mengetahui sama ada prospek/pelanggan tersebut berada di dalam ‘mod’ yang baik atau tidak dan kita sendiri pula mengambil pukul rata sahaja dengan menganggap semua keadaan dan situasi yang bakal kita tempuhi adalah sama sahaja semuanya. Bertemu dengan prospek/pelanggan sama sekali jangan terlalu kikir atau kedekut dengan melakukan dan melontarkan senyuman terlebih dahulu, Mungkin hanya dengan senyuman sahaja dapat menyelamatkan diri kita dari di usir keluar atau di marahi tak pasal-pasal dari prospek/pelanggan tersebut walaupun satu temu janji telah pun di buat awal darinya. Senyumlah sentiasa kerana terdapat banyak faedah yang mungkin kita mudah dan senang dapati hasil dari menguntum sebuah senyuman.



Read more >>