Masih ramai sehingga kini yang sangsi dalam melakukan jualan. Bolehkah atau
tidak boleh untuk melakukannya. Macam senang jer. Macam mudah jer. Semuanya
pada penglihatan dan pengamatan dari diri kita sendiri. Tapi bila kita mula
melakukannya rupanya indah khabar dari rupa. Seolah-olah melakukan jualan
adalah satu perkara yang menyukarkan sama sekali. Seperti tiada persamaan
dengan apa yang kita tengok dengan apa yang telah dimaklumkan oleh kenalan kita
dalam melakukan jualan.
Betul ke ni? Mereka ni semua nak permain kan kita ke? Atau mungkin nak
pekena diri kita. Mentang-mentanglah kita ini lebih banyak yang tak tahu
langsung begitu mudah pula dipermainkan orang begitu sahaja. Seperti mengambil
kesempatan ke atas diri kita yang serba tidak mengetahuinya. Inilah yang perlu
kita atasi dan lakukan ambil tindakan yang terbaik mengenali beberapa perkara
asas dalam melakukan jualan yang perlu untuk kita ketahui terlebih dahulu.
Antaranya adalah
i.
Penjual
Menjual
bukan setakat bermatlamatkan keuntungan untuk diperoleh sahaja. Kena ada luagan
masa untuk melakukannya. Perancangan kena ada agar setiap tindakan melakukan
jualan pasti boleh dilakukan. Jangan dengar apa orang lain perkatakan tapi
lakukan dengan sepenuh hati dan tenaga. Niat kena betul iaitu bantu dan tolong
orang menerusi produk yang ditawarkan. Hulurkan bantuan sudah pasti pada
akhirnya nanti keuntungan akan datang dengan sendirinya. Tiada satu pun perkara
yang mudah dan senang melainkan sanggup menghadapi apa juga cabaran dan ujian
yang mendatang.
ii.
Pelanggan yang layak
Nak menjual
bukan bermakna jumpa siapa pun juga kena menjual. Kena ada sasarannya. Umpama
nak memanah kena sasarkan tempat yang betul supaya mengena apa yang kita
mahukan. Ketahui dahulu ragam dan corak pelanggan yang sesuai dengan produk
yang kita tawarkan. Jangan main hentam sesuka hati nanti hasil yang dimahukan
tidak ke mana. Buat penat sahaja melakukannya. Pencarian kena betul dengan
melakukan saringan terlebih dahulu. Ambil masa sedikit dari langsung tak buat
apa pun.
iii.
Kemahuan atau kehendak pelanggan
Apa yang
mereka mahukan dan carikan perlu untuk kita kenal pasti terlebih dahulu.
Menerusi produk yang ditawarkan kena tahu pelanggan yang bagaimana yang akan
boleh memiliki produk yang ditawarkan. Bukan semua bakal pembeli atau pelanggan
mahu menerima produk yang ada melainkan
mereka yang benar-benar berminat untuk memilikinya. Teruskan pencarian ketahui
pelanggan yang bagaimana untuk kita bantu dan tolong selesaikan masalah yang
mereka tanggung selama ini.
iv.
Produk yang ditawarkan
Ketahui
pengetahuan produk yang mendalam dan betul-betul segala kelebihan, manfaat dan
ciri-ciri produk yang ditawarkan. Ambil sedikit masa ketahui pengetahuan
produk. Setiap kali melakukan jualan sudah pasti ada yang membangkang dan
membantah. Tak perlu risau bagaimana untuk menjawabnya mencari alternatif untuk
mengatasinya. Selagi pengetahuan produk kita kukuh dan diketahui apa juga
persoalan yang timbul sudah pasti boleh dilakukan dengan sebaik yang mungkin.
v.
Strategi yang betul
Umpama kita
mahu pergi ke sesuatu lokasi yang tidak kita ketahui, sudah pasti kita akan
bertanya kepada orang lain bagaimana kita boleh sampai ke sana atau pun dengan
menggunakan GPS. Dalam jualan pun sama, kena fikirkan apa strategi yang terbaik
untuk melariskan produk yang ditawarkan. Bukan main hentam begitu sahaja. Nak
ketahui cepat belajar dari orang yang telah berjaya melakukannya untuk kita
melakukannya pula. Jangan malu dan segan. Semakin hari melakukan jualan semakin
akan menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan kita dalam jualan. Semakin
bertambah pengalaman semakin mudah untuk kita tahu strategi yang bagaimana
boleh kita lakukan bagi memastikan jualan yang dilakukan cukup boleh mendapat
sambutannya.
Belajar untuk tidak menyalahkan sesiapapun atau apa juga keadaan yang
berlaku dan terjadi. Setiap apa yang dilakukan dan ditempuhi ini semuanya
adalah ujian dan cabaran dari Allah SWT untuk diri kita. Senang atau susah kena
tempuhi. Belajar untuk melakukan jualan dipermudahkan untuk melakukannya. Bukan
dilakukan secara tanggapan dan andaian sahaja. Pencarian ilmu perlu dilakukan
dari masa ke semasa agar sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana untuk menjual
dan berinteraksi dengan hebat apabila bertemu dengan bakal pembeli atau
pelanggan. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal pasti tak akan dilepaskan bila-bila
pun.