Bulan yang paling hebat dugaannya sudah semestinya bulan Ramadhan. Bukan
setakat menjadi tumpuan bagi melakukan amal ibadat tetapi juga merasakan betapa
perit dan sukarnya dalam bulan Ramadhan ini untuk mengawal emosi bagi menghadapi
kehadiran Ramadhan. Sesuatu perkara kalau dirasakan terlalu membebankan sudah
tentu akan memberikan satu tekanan emosi kepada seseorang merasakan ke tidak
selesanya dirinya untuk melakukan yang menjadi kebiasaan beliau melakukannya.
Bila emosi terganggu mulalah merasakan mudah penat, marah, murung, sedih dan
sebagainya yang boleh turut rasa terganggu tugasan jualan harian kita.
Sebagai orang Muslim kena anggap bahawa ini adalah satu pengorbanan dan
perjuangan kita memberikan kesungguhan dalam diri melakukan amal ibadat yang
lebih hanya kepada Allah sahaja. Kena ada niat sebegitu barulah setiap cabaran
dan dugaan yang dihadapi akan dihadapi dengan ketabahan, ketenangan dan
kecekalan yang sepatutnya. Perkara-perkara yang terlalu mudah akan mengganggu
emosi seseorang terutamanya dalam keadaan berpuasa adalah
i.
Bila perut telah berbunyi
Tidak dinafikan
perut memang terasa yang amat sangat laparnya. Bagi yang tidak bersahur lagilah
teruk rasanya. Memang lapar sangat-sangat dibuatnya. Inilah satu latihan diri
yang perlu dilakukan. Sememangnya perut kosong akan memudahkan seseorang
menjadi mudah marah dan panas baran dibuatnya. Kena bersabar banyak kawal emosi
yang ada agar jangan terbawa-bawa sentiasa sikap emosi yang buruk ini.
ii.
Kering tekak
Makin banyak bercakap
sudah pasti makin kering tekak dibuatnya. Punyalah dahaga sampai melihat air di
longkang pun nak disedut untuk diminum. Bila tekak dah menjadi kering sudah
pasti pertuturan selepas ini akan di jaga maklumlah tekak semakin kering sudah
pasti akan menyakitkan. Ini yang akan membuatkan seseorang akan cukup malas
untuk bercakap walaupun demi kepentingan tugasan jualannya. Kerana itu pada
bulan Ramadhan ini kurangkan bergurau dengan sesiapapun yang kita temui dan
kawal pertuturan kita kepada yang perlu sahaja selepas ini.
iii.
Terkuap-kuap mengantuk
Mungkin lewat
tidur bertadarus bangun awal untuk bersahur. Timing tidur pasti terjejas kalau
tidak dikawal dan dijaga dengan teliti. Sudah tentu tak cukup tidur akan
memberikan impak yang tidak baik di siang hari hanya dengan mata yang
terkebil-kebil mengantuk, menahan dari tidur akan menyebabkan rasa pening dan
berair air mata menahannya dan sering menguap tak tentu hala dan fasal. Mungkin
kerana kita menjual terlelap tu mungkin tidak tapi kalau tidak dikawal tidak
mustahil boleh berlaku. Carilah jalan terbaik selesaikan untuk dilakukan
penyusunan semula waktu tidur kita di bulan Ramadhan ini.
iv.
Teringat-teringat MENU nak berbuka
Sememangnya akan
mengganggu apa yang nak kita makan sebagai juadah untuk berbuka nanti. Sibuk
memikirkan sehingga terganggu tugasan jualan seharian kita. Ini belum lagi
Aidil Fitri nanti dah sibuk fikirkan pula kuih-muih apa pula yang hendak
ditempah dan dibeli. Semuanya memerlukan fokus yang tepat dan betul agar apa
yang kita fikirkan tidak sama sekali mengganggu tugasan kita dalam bulan
Ramadhan ini.
Per banyakkan bersabar. Kena tempuh. Sedangkan pada zaman Rasulullah dulu
bulan puasa bulan pergi berperang lagi. Inikan pula kita. Kena hadapi dengan
sebaik yang mungkin. Anggaplah sebagai satu ibadah, perjuangan diri kita
menguji ketahanan diri dan mental kita kepada Allah dan bukannya satu bebanan
sebagai satu keluhan dan alasan dalam melakukan tugasan menjual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan