Sempena
kehadiran Nuzul Quran sebagai satu peristiwa di mana Al-Quran di turunkan dari
Allah menerusi Jibrail kepada Rasulullah SAW. Adalah dipercayai dan mengikut
kata sepakat ulama, surah al-Alaq ayat 1-5 adalah ayat al-Quran pertama
diturunkan.. Peristiwa Nuzul
Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi
Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap
sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran
berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi
Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan
tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah
dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi
SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang
serius memikirkan rahsia al-Quran.
Peristiwa
berlakunya Ayat Al-Quran diturunkan kepada baginda tidak melihat sebagai satu
mimpi melainkan dengan jelas seperti sebuah serlahan cahaya pagi. Kemudian baginda
diberi kegemaran bersemadi di tempat sunyi di Gua Hira. Di sanalah beliau
beribadat beberapa malam lamanya sebelum pulang kepada keluarganya dan
berbekalkan itu, beliau pulang lagi kepada Siti Khadijah dan berbekal yang lain
pula seperti itu sehingga datanglah kebenaran ketika baginda berada di dalam
Gua Hira.
Ia
didatangi malaikat Jibrail yang berkata kepada baginda “Bacalah!” Jawab baginda
“Aku tidak pandai membaca.” Dan Rasulullah bersabda Lalu malaikat itu datang
memeluk ku hingga membuat aku penat, kemudian ia melepaskan aku sambil berkata:
“Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak pandai membaca.” Lalu ia memeluk ku kali
kedua sehingga membuat aku penat, kemudian ia melepaskan aku sambil berkata:
“Bacalah.” Aku menjawab: “Aku tidak pandai membaca.” Lalu ia memeluk ku kali
ketiga kemudian ia berkata dalam surah al-Alaq:
1.
“(Wahai Muhammad!) Bacalah dengan nama Tuhan yang telah
menciptakan (seluruh makhluk).”
2.
“Ia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.”
3.
“Bacalah dan Tuhan mulah yang paling pemurah.”
4.
“Yang mengajar dengan pena.”
5.
“Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Selepas
itu, Rasulullah SAW kembali dengan ayat-ayat ini dalam keadaan menggigil ketakutan
sehingga baginda masuk ke dalam rumah menemui Siti Khadijah dan berkata:
“Selimutkan aku! Selimutkan aku!” Lalu Siti Khadijah menyelimutkan beliau
sehingga hilang ketakutan baginda.
Lalu
beliau berkata: “Wahai Khadijah! Mengapa aku jadi begini?” Kemudian baginda memaklumkan
kepada Siti Khadijah apa yang berlaku dan berkata: “Aku bimbang terhadap diri ku.”
Lalu dijawab Siti Khadijah: “Tidak. Senangkan hati anda. Demi Allah, Allah
tidak sekali-kali akan menghinakan anda, kerana sesungguhnya anda seorang yang
sentiasa membuat hubungan baik dengan kaum kerabat, sentiasa bercakap benar,
menanggung bebanan menolong orang yang lemah, sentiasa memuliakan tamu dan
sentiasa menolong orang yang dilanda bala bencana.”
Satu
ungkapan sejarah yang perlu kita ketahui bagaimana sukarnya Rasulullah yang
kita sayangi, cintai dan rindui ini betapa susahnya baginda untuk menerima
kalam Allah yang di sampaikan menerusi Jibrail. Betapa seksanya menerima ilmu
Allah sehingga mudah merasa takut dan gerun untuk menerimanya. Tiada jalan
mudah untuk menerima dan mengambil ilmu. Tidak kira ilmu tersebut kita gemari
ataupun tidak.
Begitulah
kita, pencarian ilmu memang penting dan menjadi satu keutamaan dalam Islam.
Rasulullah SAW nak mendapat ilmu pun cukup terseksa dan sukar buat kali
pertamanya. Apatah lagi kita yang serba daif ini. Terlalu banyak yang perlu
kita pelajari dan cari supaya boleh kita pergunakan dengan sebaik yang mungkin.
Jangan mudah putus asa dan kecewa kerana untuk mendapatkan ilmu bukan satu jalan
mudah dan senang untuk diperoleh. Pasti ada cabaran, dugaan dan rintangan yang perlu
untuk dihadapi untuk kita sentiasa tenang, sabar, cekal dan tabah untuk menimba dan mencari ilmu sebanyak yang termampu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan