Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 9 Julai 2013

PERSEDIAAN KEHADIRAN RAMADHAN



Ramadhan muncul tidak lama lagi. Hanya mengira detik bila akan munculnya bulan Ramadhan ini. Sudah kah kita bersedia dari segi mental dan fizikalnya? Hanya kita seorang sahaja yang mampu memberikan jawapannya. Agak mencabar kerana tugasan seorang yang melakukan jualan tidak seperti tugasan orang lain yang mungkin bekerja dan bertugas dalam keadaan yang setempat tidak seperti kita yang perlu keluar masuk pejabat mencari bakal pembeli atau pelanggan. Semuanya itu perlukan persediaan yang rapi dan jitu.

Jadi sudah kah kita bersedia? Lakukan persediaan awal sebelum Ramadhan hadir nanti. Antara yang perlu dilakukan adalah

I.           Set kan fikiran
Tetapkan dalam fikiran kita bahawa berpuasa bukan satu halangan dalam melakukan jualan. Satu cabaran yang perlu ditempuh menguji keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Lagi kita berpuasa semakin kuat semangat kita untuk menempuhnya walaupun tekak terasa kering perut semakin lapar dibuatnya. Beriltizamlah agar apa yang kita lakukan ini sentiasa di redhai Allah jua sepanjang masa.

II.        Bersedia bukan masa memberi alasan
Berpuasa bukannya satu alasan terbaik malas dalam melakukan jualan. Lagi kita malas lagi mengecil dan mungkin tiada pula pendapatan yang boleh diterima. Anggap satu cabaran dan bukannya masalah yang besar. Berpuasa bukan mengajar seseorang menjadi pemalas tapi mengajar kesabaran dan ketabahan dalam melakukan amal ibadat kepada Allah.

III.     Ingat tanggungjawab
Sebagai seorang Muslim ini merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul dan dilaksanakan dengan hati yang terbuka. Satu perkara yang wajib kita kena patuhi kerana terkandung dalam salah satu Rukun Islam yang lima. Bukan satu perkara yang boleh dipermainkan tapi merupakan satu perkara yang mesti kita lakukan walaupun sedikit sebanyak akan menjejaskan pergerakan kita dalam melakukan jualan.

IV.       Bukan kesukaran tapi satu ibadah
Selagi kita anggap ia nya satu kesukaran hanya kerana berpuasa selagi itulah kita tidak akan mendapat apa-apa ganjaran dari Allah sebagai satu ibadat. Kena rela hati dan terbuka hati menerima dan melakukannya dengan sebaik yang mungkin tanpa menjejaskan prestasi kita dalam melakukan jualan. Ingatlah setiap kesukaran yang kita lalui hanya kerana Allah sudah pasti akan Allah balas balik dengan sesuatu kebaikan pula kepada kita. Yakinlah pada Allah keran Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya.

V.           Orang lain boleh melakukannya kenapa kita tidak
Pelik dan aneh. Kalau orang lain begitu hebat melakukannya walaupun berpuasa kenapa kita boleh tumbang dan tidak larat begitu cepat mengalah? Bukankah kita ini juga manusia yang beragama Islam yang sama seperti mereka? Fikirlah dengan sebaik yang mungkin agar kita juga sama seperti mereka sentiasa bertenaga dan larat dalam melakukan tugasan jualan walaupun berpuasa.

VI.       Ganjaran Allah ada di mana-mana
Selagi ia nya baik tidak bercanggah dengan Agama sudah pasti ganjaran Allah berikan cukup besar. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita melakukan amal kebajikan dari pekerjaan yang kita lakukan dengan diberi satu ganjaran yang amat besar di sisi Allah kemudian hari nanti. Yang penting niat kena betul agar jualan yang kita lakukan di samping mencari rezeki yang halal kita juga perlu menolong dan membantu mereka-mereka yang memerlukannya menerusi produk yang kita tawarkan.

Bersiap sedialah. Jangan sama sekali menganggap satu bebanan atau meletihkan apa juga tindakan kita melakukan jualan. Terima kehadiran Ramadhan ini satu kegembiraan buat diri kita menabung seberapa banyak ganjaran dan pahala yang Allah akan berikan kepada kita. Berniatlah dengan betul agar tidak terbabas dari landasan yang di redhai. Sesungguhnya setiap kesukaran yang Allah berikan sudah pasti akan ada kesenangan pula di kemudian hari. Percaya dan yakinlah lah janji Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan