Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 5 Julai 2013

SATU KELEBIHAN DAN FAEDAH DALAM MENDENGAR



Selalu merasakan bahawa dalam melakukan jualan terlalu banyak mendengar akan menyebabkan jualan tidak ke mana. Sudah pasti membuang masa dan ketika. Seolah-olah bukan untuk menjual tapi asyik mendengar leteran dan masalah orang sahaja. Padahal kita yang melakukan jualan bukanlah seorang pakar kaunseling yang sanggup untuk mendengar dan menghabiskan masa untuk menadah telinga terus mendengar keluhan dan rintihan tentang permasalahan yang ditanggungnya.

Inilah orang jualan, kena sanggup mendengar peruntukkan masa apa yang diluahkan oleh bakal pembeli atau pelanggan perkatakan. Banyak hikmah nya seseorang yang sanggup meluangkan sedikit masa kepada mereka mendengar apa yang diperkatakan dan utarakan tentang apa juga yang mereka mahukan, carikan, permasalahan mereka atau mengadu tentang apa yang mereka tanggung selama ini. Semuanya perlu didengar secara teliti dan cermat tanpa ada keraguan. Itulah kelebihan yang perlu kita ketahui bersama. Antara kelebihan-kelebihan tersebut kenapa perlu ada diperuntukkan masa untuk mendengar adalah kerana

i.                     Menunjukkan keprihatinan

Sudah pasti apa yang bakal pembeli atau pelanggan lihat dan alami merasakan kita benar-benar mengambil berat akan apa yang mereka perkatakan. Seolah-olah kita tidak membuang masa dan ketika tapi memberikan keyakinan kepada mereka yang kita benar-benar ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang apa yang mereka tanggung selama ini.

ii.                   Mengurangkan kesalahan dan kesilapan

Ambil tindakan berhati-hati dan berwaspada setiap masa. Kawal diri untuk bersabar dan bertenang. Jangan buang masa mereka tapi berikan kesanggupan pada diri kita mendengar segala rintihan dan permasalahan mereka agar apa juga produk yang ditawarkan kepada mereka sememangnya amat bersesuaian dengan apa juga masalah mereka untuk diselesaikan. Sudah pasti selepas itu akan kita kemukakan solusi terbaik elakkan kesilapan dan kesalahan yang sepatutnya berlaku.

iii.                  Melahirkan oportuniti dan peluang

Bila kita mendengar dengan baik sudah semestinya lagi banyak peluang dan oportuniti yang boleh kita peroleh antara sedar ataupun tidak. Kebiasaannya apabila kita mendengar dengan baik sudah tentu segala isi hati dan luahannya akan diketahui dengan lebih mendalam lagi. Pasti akan memberikan berapa alternatif dan peluang kepada kita untuk mendapatkan lagi apa yang mereka mahukan. Oleh itu dengar dengan baik dan fahami apa yang diperkatakan agar sudah pasti ada lagi rahsia yang tersembunyi yang boleh kita selongkar kan lagi lebih mendalam.

iv.                 Komunikasi lebih baik dan jelas

Apa kita dengar kita fahami dengan baik memberikan pertuturan dan komunikasi berikan yang terbaik mengikut apa yang mereka mahukan dan carikan selama ini. Pertuturan akan menjadi lebih teratur dan lebih baik dengan apa yang kita dengari terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya apa yang kita perkatakan sudah tentu mengikut apa yang mereka mahukan. Bukan omongan kosong tapi satu keputusan dan tindakan terbaik buat mereka memberikan apa yang mereka mahukan.

v.                   Mengujudkan kepercayaan

Makin kita mendengarnya makin kita dipercayai. Seolah-olah mereka telah melepaskan apa yang tersembunyi dan tersirat selama ini. Apa yang mereka tanggung mereka lepaskan untuk kita mendengarnya dengan lebih baik. Semakin banyak mereka perkatakan semakin mereka percayai kepada kita. Bukankah itu satu kelebihan kepada kita. Berikan pendengaran yang terbaik agar mereka lebih banyak menceritakan kepada kita apa yang terbuku dalam fikiran mereka selama ini untuk kita selesaikan melalui produk yang kita tawarkan.

vi.                 Per tingkatkan perkhidmatan yang ditawarkan

Berikan yang terbaik sebagai satu tanda kita memberikan tahap kelas satu perkhidmatan terbaik kita tawarkan. Bukan mengambil kesempatan tapi berikan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Sewajarnya untuklah tindakan yang sepatutnya kita lakukan demi memastikan apa yang kita jual pada akhirnya diterima dengan hati yang terbuka oleh mereka.

Yakin dengan apa yang kita lakukan agar bakal pembeli atau pelanggan yang berada di hadapan kita seboleh-bolehnya mempercayai apa yang kita lakukan. Dengar dengan baik dan tekun. Jangan dipermainkan agar mereka sudah tentu tidak merasa tertipu dengan segala tindak tanduk kita. Ambil langkah berhati-hati dan berwaspada agar selepas itu kita boleh memberikan satu solusi atau penyelesaian terbaik kepada mereka. Dengarlah dan fokus akan apa yang kita lakukan di hadapan mereka agar boleh dan pasti memberikan keputusan terbaik kepada mereka dan diri kita sendiri juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan