Selepas menikmati makan malam di Restoran Warung Tekko di
Jakarta ketika keluar dari restoran tersebut tiba-tiba di datangi oleh dua
orang kanak-kanak berumur 10 dan12 tahun. Kedua-duanya hadir hanyalah
semata-mata bagi menjual tisu bagi kegunaan yang berharga lima ribu rupiah.
Tidak mengira siapa pun yang hadir dan keluar dari restoran tersebut sudah
pasti akan diserbu dan didatanginya. Biarlah apa pun orang perkatakan kedua-dua
kanak-kanak tersebut sudah tentu menjualnya dan menawarkan produk tisu untuk
dibeli oleh orang yang ditemui.
Modus operandinya mudah sekali, tidak kira siapa pun juga
mereka yang datang dan keluar dari restoran tersebut sudah pasti tisu yang
dipegangnya akan dijual dengan bersungguh-sungguh dengan muka yang tebal dan
bersahaja. Bermatlamatkan tisu yang di jual tanpa meminta sedekah, mainan emosi
dan perasaan seseorang akan menjadi permainan utama dalam jualannya. Demi
memastikan matlamat utama mereka dapat menjual tisu yang berada di tangan
mereka.
Apa yang menarik perhatian gelagat dan kerenah kedua-dua
kanak-kanak ini
i.
Bagaimana tabah dan tenangnya mereka menawarkan produk tisu
tersebut kepada orang lain walaupun kelihatan ada yang tidak membelinya tapi cukup
sekadar memberi sedekah kepada mereka namun jualan tisu tetap ditawarkan.
ii.
Menampakkan kasihan dan simpati kepada mereka supaya orang
lebih mudah membeli dan menerima produk yang ditawarkan.
iii.
Tiada penerangan apa-apa pun, memang mudah kerana semua orang
sudah tahu akan penggunaan tisu kepada orang ramai. Hanya menawarkan sahaja itu
sudah memadai.
iv.
Sama sekali tidak berputus asa dan mudah kecewa dalam menawarkan
produk yang ditawarkan
v.
Konsisten dan fokus dalam melakukannya tanpa perlu merasa
malu, segan dan putus asa untuk melakukannya
Sedangkan dua orang kanak-kanak yang kecil cukup berjaya melakukan
jualan walaupun tiada kepastian boleh ataupun tidak mendapatkan penutupan jualan
seperti mana yang diharapkan. Yang penting terus-terusan berusaha tidak mengira
siapa pun yang ditemui asalkan orang tersebut mahu menerima produk yang ditawarkan.
Tiada istilah putus asa tapi cuba dan terus mencuba asalkan produk yang ada pada
akhirnya berjaya juga dijual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan