Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 14 Julai 2013

FORMULA TerHaRU DALAM MENDENGAR



Kemahiran mendengar sememangnya diperlukan semasa melakukan jualan. Kurang mendengar sudah pasti apa yang di ingini oleh bakal pembeli atau pelanggan sampai bila kita akan sukar dan payah untuk memahami akan apa yang mereka mahu dan perlukan sebenarnya. Kerana itu kemahiran mendengar amat penting dalam melakukan jualan. Lagi mudah kita ketahui lagi mudah kita akan mendapatkan apa yang diperlukan oleh mereka selesaikan apa juga masalah yang ditanggung oleh mereka menerusi produk yang kita tawarkan.

Bagi mendapatkan kemahiran dalam mendengar dengan lebih teliti dan mudah memahami apa yang orang lain perkatakan terdapat dua tindakan yang perlu dilakukan iaitu

i.             Bersedia untuk mendengar dengan fokus dan meluangkan masa untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan
ii.           Beri perhatian sewajarnya. Jangan difikirkan perkara lain tapi beri tumpuan sewajarnya.

Terdapat satu formula di mana bagi mendapatkan kemahiran mendengar ini perlu dipraktikkan dan dilakukan adalah melalui formula ‘TerHaRU’ iaitu

i.             Terima (Ter)
Apa pun yang diperkatakan terima sahaja dahulu. Dengar dengan baik. Sebaik-baiknya jangan mencelah atau membalas balik apa yang diperkatakan walaupun kita mungkin mengetahui apa yang ingin disampaikan. Serap sahaja apa yang diperkatakan agar kita mudah mengetahui apa mesej sebenar yang ingin di sampaikan.

ii.           Hargai (Ha)
Hubungan mata amat penting di waktu ini sambil mengatakan ‘mmm’, ‘ya’, ‘ saya dengar’, ‘saya fahami’ atau ‘ok’ akan memberikan impak yang kita benar-benar ingin mengetahui dan mengambil berat akan apa juga yang mereka perkatakan. Teruskan mendengar dan sekali lagi jangan sama sekali mencelah atau menamatkan apa yang sedang mereka perkatakan.

iii.          Ringkaskan (R)
Ringkaskan apa yang kita dengari. Dapat ambil nota semasa mereka bercakap lebih baik. Buat ayat dari apa yang kita fahami agar mereka tidak berasa begitu sia-sia apa yang mereka perkatakan tapi kita satu pun tidak fahami. Elakkan perkara yang sebegini berlaku dan terjadi. Yang penting simpulkan selepas mereka habis berbicara dan bukannya semasa mereka sedang bercakap.

iv.          Ulangi (U)
Sebagai pengesahan, ulangi semula bagi mendapatkan apa yang mereka sampaikan kita fahami dan kemukakan soalan-soalan yang perlu bagi mendapatkan pengesahan sebenarnya akan apa yang mereka mahukan. Jangan mudah melakukan kesimpulan dikhuatiri nanti lain yang disampaikan lain pula kefahamannya. Lebih baik ambil tindakan bertanya dahulu dari memberi kesimpulan terus kepada mereka.

Lakukan dengan sebaik mungkin agar bakal pembeli atau pelanggan merasa kita benar-benar mengambil berat dan kita sememangnya ingin ketahui akan apa juga masalah yang mereka tanggung selama ini. Hulurkan bantuan dan pertolongan sewajarnya bagi selesaikan permasalahan mereka menerusi produk yang kita tawarkan. Mereka tahu kita ingin membantu sudah tentu mereka akan berikan apa juga info atau maklumat yang kita perlukan dari mereka. Bersedialah untuk mendengar mungkin peluang mendapatkan penutupan jualan akan lebih cerah lagi untuk mendapatkannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan