Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 12 Julai 2013

PETUA MENJAUHI FITNAH



Jauhi dari memfitnah orang. Inilah amaran awal yang perlu kita ketahui apabila kita bertugas dan melakukan jualan secara berkumpulan dan menyertai mana-mana tim jualan. Sentiasa tawaduk kepada Allah dan berhemah sera bersopan kepada rakan setugas kita dalam melakukan jualan. Elakkan sama sekali melakukannya keran fitnah ini amat dilarang dalam agama. Jangan kerana fitnah kita bersumpah yang bukan-bukan hanya disebabkan untuk menegakkan benang yang basah.

Jadi kepada mereka yang masih suka menabur fitnah, BERHENTILAH SEGERA dan jangan sama sekali diamalkan sebagai satu bekalan hidup kita ini di dunia. Banyak perkara lagi yang boleh kita lakukan sebagai manfaat kehidupan kita. Tidak salah untuk berhenti yang salahnya kita masih beria-ia untuk melakukan fitnah lagi. Berikut adalah tip-tip  bagaimana gejala fitnah dapat dibendung dalam diri kita untuk tidak melakukannya. Antaranya adalah

i.             Bertaubat
Kembali kepada Allah. Jangan buang masa lagi. Firman Allah bermaksud “dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah Al-Nur 24 Ayat 31). Persiapkan diri segera betulkan semula keadaan agar selepas ini tiada lagi berlaku fitnah memfitnah lagi dilakukan oleh kita sendiri. 

ii.           Mohon keampunan
Tugasan paling berat. Kena buang segala ego dan tinggi diri kita demi memastikan ukhuwah dan silaturahim berkekalan dan mengujudkan suasana harmoni. Tidak salah memohon kemaafan walaupun sukar untuk dilakukan. Lebih baik memohon segera dari tidak langsung memohon kemaafan. Dah buat salah nak tunggu apa lagi, mohon maaf sahajalah. Itu lebih baik untuk dilakukan dan berjanji agar tidak melakukannya di masa hadapan.

iii.          Pulangkan haknya
Sebaik-baik tindakan nyatakan apa yang telah kita maklum dan sebarkan adalah dusta dan palsu. Perbaiki semula keadaan sebenarnya. Jangan berpeluk tubuh sahaja berdiam diri membiarkan fitnah tersebut tersebar begitu sahaja. Ceritakan perkara yang sebenarnya dengan jujur dan ikhlas. Ada hikmah nya walaupun perkara yang dimaklumkan cukup menyakitkan hati kita sendiri.

iv.          Jangan dipanjangkan lagi
Ada tahu perkara itu fitnah dan tahu apa yang dilakukan bersalah tolong jangan di panjang-panjangkan dan diburuk-burukkan lagi. Perbetulkan keadaan dengan segera. Dah berlaku bukannya boleh gostan balik tapi mulakan semula dengan satu situasi yang sepatutnya. Bila dah pulih semangat kerja akan meningkat semula dan semangat bekerjasama dan berpasukan sudah pasti boleh disemai dengan baik dan senang per tingkatkan prestasi sepatutnya.

v.            Bersahabat semula
Bukan senang tapi tidak mustahil. Mula-mula sememangnya sukar kerana parut yang ada bukan mudah untuk dihilangkan. Buktikan kejujuran dan keikhlasan kita untuk berjuang bersama melupakan perkara yang sudah berlaku dan terjadi. Mungkin ada hikmah nya tapi perjuangan dalam melakukan jualan perlu diteruskan. Belajar untuk mengabaikan apa yang berlaku dan terjadi teruskan sahaja dengan apa yang sepatutnya dilakukan.

Buanglah jauh-jauh sikap yang tidak membawa keuntungan pada diri kita untuk kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Mungkin boleh bersenang lenang dengan menabur dan membawa fitnah kepada orang lain tapi masalahnya berapa lama? Kebenaran akhirnya akan tercipta dan terbukti akan apa yang kita lakukan akan dibuktikan semula. Maka itu ambillah sikap berhati-hati dan jangan sama sekali mengambil sikap mudah untuk semakin senang menabur fitnah. Sebaik-baiknya lakukan segala perintah yang Allah mahukan agar kehidupan kita baik di dunia mahupun di akhirat menjadi senang dan mudah sampai bila-bila pun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan