Amat
malang rasanya jika di dalam tim jualan perkara fitnah memfitnah berlaku dengan
sewenang-wenangnya. Hanya disebabkan dorongan hawa nafsu dan demi kepentingan
diri sendiri diutamakan terus-terusan budaya memfitnah berlaku dengan mudah
sekali. Hanya kerana fitnah seseorang akan terjejas kariernya, dirinya mula
dibenci orang, kepercayaan orang lain terus malap, diperkatakan orang
sekeliling seolah-olah seperti tiada maruah lagi yang harus ditegakkan lagi
kebenarannya. Cukup malang rasanya jika perkara sebegini berlaku di dalam tim jualan
yang disertai. Firman Allah bermaksud
“Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar
bahayanya daripada pembunuhan" (Surah Al-Baqarah Ayat
191).
Runtuh
semangat ukhuwah dan silaturahim. Tiadalah kemesraan dan tolong menolong akan
membantu antara satu sama yang lain. Inilah yang ditakuti andai kata budaya fitnah
memfitnah ini berlaku di dalam sesebuah tim jualan. Sudah pasti semangat untuk
menaikkan tim jualan tersebut akan musnah begitu sahaja tanpa di sedari.
Motivasi diri sendiri juga akan semakin berkurangan hanya disebabkan sibuk
menabur fitnah dan merana badan bagi mereka yang menerima fitnah. Inilah satu
azab yang bakal diperoleh oleh satu tim jualan kalau perkara seperti ini
berlaku dan diamalkan.
Kenapa boleh
berlaku fitnah ini dengan berleluasa? Puncanya adalah hanya kerana hasad dengki
tidak boleh melihat dan mengaku seseorang itu lebih hebat dan terunggul
mengatasi orang lain. Apabila fenomena fitnah ini melanda dalam satu-satu tim
jualan sudah pasti hanya di sebabkan
i.
Lemah imannya.
Orang yang imannya lemah sudah pasti akan berani menabur
fitnah. Sedangkan Allah tidak ditakutinya apatah lagi manusia. Yang penting
jangan ada seseorang pun melebihi dan mengatasi akan kehebatan dirinya.
ii.
Tiada keberkatan.
Sudah pasti orang yang menabur fitnah ini hidupnya tidak
ada keberkatannya. Walaupun gembira dengan fitnah yang ditaburkan namun
tindakan Allah itu Maha Adil. Mulalah merasakan punca kewangan tidak mencukupi,
di timpa pelbagai musibah yang tidak di jangka atau produktiviti dalam tugasan
semakin menurun. Ini semua hanya disebabkan terlalu sibuk fokus dengan
memberikan pelbagai fitnah yang tidak sepatutnya demi kepentingan kerjaya diri
sendiri sahaja.
iii.
Jiwa tidak tenang
Pasti fokus lari, melakukan jualan entah ke mana tapi
asyik fikirkan bagaimana nak melingkupkan orang lain. Semuanya bagi memastikan
dirinya jadi yang terbaik dengan jalan yang mudah. Tidak memikirkan masa depan
orang lain mengganggu periuk nasinya terus menabur dan menabur segala fitnah
yang ada walaupun yang dikenakan fitnah tersebut adalah rakan seperjuangannya
sendiri. Fikiran jadi tidak tenteram dan asyik memikirkan bagaimana untuk menjahanamkan
orang tersebut. Fokus kehidupan telah lari hanya disebabkan untuk menjatuhkan
orang lain.
iv.
Menipu dan
berbohong
Kaki tabur fitnah sememangnya kuat menipu dan membohongi
orang lain. Dahlah dapat dosa lakukan fitnah ditambahkan pula dengan dosa
menipu. Adakah ini yang kita cari-cari dalam kehidupan ini bagi menampung punca
rezeki kita? Sememangnya menipu dan berbohong ini semakin hebat dilakukan
apabila semakin kuat kita menipu semakin ramai pula yang mempercayainya.
Seolah-olah punca berita dan cerita yang disampaikan oleh kita boleh dipercayai
bulat-bulat oleh semua orang yang mendengarnya.
v.
Hasad dengki
Apa gunanya bekerja dalam satu kumpulan atau tim yang
disertai jika sifat dan sikap kita terlalu berdengki dengan pencapaian orang
lain. Sepatutnya kita bersaing secara sihat. Bukannya menjatuhkan orang lain.
Terlalu tamak dan pentingkan diri sendiri pasti akan mengakibatkan kita sedaya
upaya akan cuba untuk menjatuhkan rakan sekerja kita tanpa memberi ruang
sedikit pun asalkan kejayaan kita nikmati walaupun di jalan yang tidak betul
dan di redhai.
vi.
Tiada nikmat
dalam kehidupan
Bagaimana hendak mendapatkan nikmat dan keseronokan hidup jika kepala
otak kita asyik memikirkan bagaimana untuk menjatuhkan orang lain mencari bahan
cerita dan berita bagi tujuan memfitnah lagi dan lagi. Selagi kawan tersebut
tidak tersungkur jatuh selagi itulah fikiran dan perasaan masih mencari jalan
memikirkan jalan dan laluan menabur fitnah lagi dan lagi. Sudah pasti bukan
sahaja kehidupan harian tidak senang dan tenang tetapi pada waktu tidurnya lena
tidur pun sukar sama sekali untuk dinikmati.
Beringatlah pada
doa orang-orang yang teraniaya di mana doanya sudah pasti terus menerus tanpa
sebarang hijab dan sekatan diterima Allah SWT. Jauhkan dari menabur dan memberi
fitnah atas orang lain kerana kesannya nanti akan berbalik semula kepada kita.
Tiak kiralah cepat atau lambat yang pasti satu hari nanti kebenaran yang
membuktikannya jua. Oleh itu berhati-hatilah dalam melakukan fitnah kerana
dalam Islam fitnah amat dilarang sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan