Tertarik dengan konsep jualan Wakaf Al-Quran yang di adakan di sekitar
masjid-masjid utama Alor Setar. Mendapat sambutan yang baik dari
pengunjung-pengunjung masjid di mana dengan harga yang berpatutan dan mudah
diwakafkan menjadikan ia begitu mudah untuk mendapat sambutan. Pada yang
berkehendakkan, berkemampuan, berkeyakinan dan mencari keredaan Allah, hanya
perlu membayar untuk membeli beberapa naskhah Al-Quran lalu dicatatkan namanya
dalam Al-Quran yang akan diwakafkan nanti.
APA YANG DI PERLUKAN
Dengan meletakkan sebuah meja lipat dan kerusi bagi tujuan perletakkan
beberapa naskhah Al-Quran dan tempat duduk kakitangan yang menjaganya. Sebuah
stand banting memang akan diletakkan di sebelahnya biar orang ramai yang lalu
lalang begitu mudah mengetahui apa aktiviti kaunter tersebut diletakkan di
situ. Lagi ramai orang mengetahui bermakna lagi ramai orang yang akan sudi
mewakafkan Al-Quran nanti kepada mereka.
STRATEGI
Antara strategi-strategi yang dilakukan demi memastikan mendapat sambutan
adalah
i.
Diletakkan di masjid-masjid utama di lokasi yang cukup
strategi mendapat perhatian dan tumpuan orang mengunjungi masjid
ii.
Memastikan mengambil kesempatan sempena kehadiran bulan
Ramadhan. Lebih banyak seseorang untuk bersedekah dan menderma terutama sekali
mewakafkan harta mereka ke jalan Allah amat-amat diperlukan
iii.
Menyediakan kakitangan yang tahu tentang wakaf yang
diadakan supaya memudahkan segala keraguan dan pertanyaan sebelum sebarang
sumbangan orang ramai boleh diterima lagi
iv.
Stok naskhah-naskhah Al-Quran pastikan mencukupi agar apa
yang mereka mahukan pasti ada dan bukannya janji-janji omongan kosong sahaja
v.
Jualan berdasarkan kebajikan dan amalan bekalan untuk
hari akhirat nanti menjadi sumber kenyataan utama
vi.
Menerapkan keikhlasan, kejujuran, tanggungjawab, amanah dan
menerapkan kepercayaan mereka untuk mewakafkan harta mereka.
KESIMPULAN
Jualan berdasarkan kebajikan dan amalan akhirat sememangnya tidak dinafikan
lagi bahawa orang ramai pasti tidak sabar-sabar untuk menabur sumbangan bagi
tujuan sebagai satu bekalan buat diri sendiri sebagai kemudian hari.
Sememangnya melibatkan wang yang banyak mampu diperoleh. Jangan ditanya betul
ataupun tidak orang yang menjualnya itu benar-benar memberikan wakaf pada
tempat-tempat yang di nyatakan tapi tanyakan pada diri kita berapa banyak yang
boleh kita sumbang demi Agama dan persiapan menghadapi hari kemudian nanti. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan